My Insta

Instagram

Monday, September 28

Raya Sakan...20092009


20 Sept 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H. Seperti orang lain, kami sekeluarga juga tak sabar2 nak sambut raya. Anak-anak apatah lagi and tema kami tahun ini.... biru. Tapi bukanlah biru sedondon, ngeri pulak rasanya. Raya this time jadual balik kampung berubah sikit. Selalunya lepas solat raya, kami terus berangkat balik ke Alor Star (rumah PIL). Tapi tahun ni, kami semua balik ke rumah arwah atuk & nenek aku kat Alor Gajah Melaka. (Both places starts with Alor). Lepas beraya di rumah mak dan abah di Gombak, petang tu kami terus berangkat ke Alor Gajah. Petang tu, masa kami sampai di Alor Gajah, mak, abah dan adik-adik aku yang lain semuanya dah sampai kecuali Iwan dan Jiji yang beraya di rumah mertua mereka tahun ni. Maklong & family dari Cheras pun dah sampai sejak hari Jumaat. Then, 2 hours later, Chek Lan and family sampai dari Bukit Beruntung, then Busu & family sampai dari Selayang. Itu yang anak2 aku suka balik Alor Gajah, sebab di situ lebih meriah daripada di Alor Star.



Aku dan Anim depan Mahkota Parade, Melaka on 2nd day raya. Kami beraya di rumah arwah atuk & nenek sampai raya ke-3. Semua adik-beradik abah yang di KL balik Melaka. Tuh yang seronok. Nasib baik mak, orang KL kahwin dengan abah, orang Melaka. Kalau mak kahwin dengan orang KL, jawabnya kami adik-beradik tak ada kampung!


Adik-adikku... Alan (final year in Uitm) and Ikah (staff IJN)
Masa ni kat rumah mak & abah di Gombak.


Selepas solat sunat raya kat SU, kami terus bertolak ke Gombak, ke rumah mak dan abah. Hubby kata, itu dah tradisi keluarga kami. Kami tidak seperti sesetengah keluarga yang bergotong-royong melakukan persiapan di kampung. Untuk berlaku adil, kami masak-memasak di rumah sendiri. Then rendang, kuah kacang, lemang, kuih-muih, etc akan dibawa pulang ke kampung.

Cantik sungguh bidadari dan segaknya pahlawan-pahlawanku ini.
Pagi ini cukup hening... sayu pula terasa hati.


Raya ke-4, semasa on the way balik ke Alor Star, kami sempat singgah di Bandar Baharu, Perak. Kami singgah beraya di rumah Disturbia, my fellow blogger. Kami kenal thru Internet, tak pernah jumpa pun sebelum ni. Based on address yang Disturbia smskan, kami pun redah. Mujur tak susah nak cari address tu. Tapi time kami sampai pun, dah agak lewat. Kesian Disturbia... kena tunggu kami sehari suntuk. Lepas Maghrib, kami teruskan perjalanan ke Alor Star. Sampai kat rumah PIL pukul 10mlm. Semua orang pun keletihan sebab tunggu kami.

p/s: Disturbia, nanti turun KL, singgah rumah kami pula ya. :-D


The following day, kami ke Kangar, Perlis. Ada tiga tujuan sebenarnya. Pertama, Awin nak singgah beraya di rumah Ayuni, best friend dia yang sama dorm. Rumah Ayuni pun tak susah nak cari, based on address melalui sms Ayuni. Kebetulan neber Ayuni buat kenduri kahwin, so kami ni macam langkah kanan la. Apa taknya... di rumah Ayuni, familynya hidangkan laksa Perlis. Then half an hour later, pergi pulak makan kenduri atas jemputan bapak pengantin. Kami selesa sungguh dengan family Ayuni, terasa macam dah lama kenal. Keluarga yang hidup serba sederhana tetapi cukup kaya dengan budi bahasa dan ramah. Kami pula yang terasa segan sebab time kami nak balik, kami dibekalkan tiga jenis kuih yang dibuat sendiri. Sebelum balik, aku sempat berpesan pada mak Ayuni, kalau turun KL, datanglah singgah ke rumah kami. Lama juga kami di sini, sempat solat jamak takdim.

Yang itu baru tujuan pertama. Tujuan kedua ialah singgah di Padang Besar, Perlis. Tapi sayangnya tak sempat nak snap gambar sebab sibuk shopping!

Below ialah tujuan ketiga kami datang ke Perlis...


Ini kali kedua kami beraya di rumah keluarga Wan-Zan (owner Tripple One Zone belakang Tajudin Maju) di Kuala Perlis. Entah kenapa, on this day, Celcom buat hal. Call sana-sini tak dapat. Coverage bukan saja bad but worst! Kami sepatutnya beritahu Wan yang kami nak ke sana, tapi disebabkan masalah talian, kami redah ajelah. Nasib baik Zan ada stand-by kat rumah. Time kami sampai ni pun dah agak lewat, almost 6.30 petang. Lepas semua orang solat Maghrib, tiba-tiba Wan ajak pergi makan kat Kuala Perlis. Apa lagi... jalan-jalan cari makanla kami.


First time datang makan kat sini. Masakannya memang sedap. Sebut apa saja, semuanya sedap. Both thumbs up!

As usual, bila makanan sampai, tak sempat nak snap sana-sini. Bila dah habis makan, baru teringat nak ambil gambar. Aku dan Zan, perhabiskan apa yang ada. Lan dan Wan leka bersembang bila perut dah kenyang.

Bilangan anak2 kami sama... aku ada lima orang, Zan pun lima orang. Bezanya, anak Zan semuanya girls dan aku, one girl and 4 boys. Syiraz dan Danial sebaya... they know each other sebab dulu depa dalam kelas yang sama. Kebetulan time tengah makan ni, TV3 tengah tunjuk movie Jangan Tegur. So semua orang terlopong tengok cerita hantu tu. Inilah peluang aku dan Zan nak sembang sakan....


Wan melayan Qish main bunga api depan laman rumah. Qme cuma perhatikan dari jauh, tak berani nak dekat. Story raya last year, here.

Syawal ke-8... beraya di rumah Ustaz Abu Anas di Tanjung Karang, Selangor. Ustaz yang datang ke rumah kami, mengajar kami sekeluarga mengaji pada setiap malam Ahad. Moga-moga ilmu yang beliau curahkan kepada kami sekeluarga selama ini... hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Amin...


10 comments:

Kherun said...

Salam... raya ni, mmg masa utk mkn2.....makan...makan... dan makan...

Runiza said...

waahhh... sama tema kita tahun ni.. biru!! :) I love blue!!

Sakan betul you beraya ya! Dari selatan ke utara u cover! :) Jealous I tenguk!! Sbb I tak ambil extra cuti... relief orang je tahun ni.. huhu.. :(

Teratak Hami said...

Hi Yanty,
Selamat Hari Raya dan maaf Zahir batin.

Jemputlah datang beraya ke rumah kami ye!

Disturbia said...

kak yanti..

sorry ek kalau layanan yang diberikan hati tu kurang memuaskan... :). bila2 balik alor star singgah ler umah lagi ek...

p/s tolong emailkan pic2 hari tu ek.. nak simpan buat kenangan...

Yanti Arshad said...

Kherun,

tu yang risau tu... sebab makan, makan, makan... non stop!

Yanti Arshad said...

Iza,

tahun ni memang raya sakan GILER! hahaha! Blue is my favourite color too. Anything yang blue, nampak cantik.

Yanti Arshad said...

Fizah,

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Jangan lupa datang ye... sure dah dapat sms i, kan? :-D

Yanti Arshad said...

Disturbia,

tak ada apa yang tak memuaskan, semuanya ok. InsyaAllah... sure singgah punya.

ok, nanti akak emelkan ek?

norizan said...

kami pun tahun ni baru rasa kemeriahan beraya...tidak seperti 2 tahun lepas...baru dpt merasa duit hasil titik peluh...dpt belanja hampa...kehkehkeh...ada rezeki tahun depan kita pi Langkawi plakkkk...jom rombongan che kiah ke Langkawi plak...insyaAllah

Yanti Arshad said...

Zan,

duit hasil titik peluh itu lebih bermakna dan berkat. Langkawi? No prob.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...