My Insta

Instagram

Friday, March 6

Hantaran Orang Penang

Last weekend, adik aku, Jiji bertunang. Aku tak dapat turut-serta ikut rombongan meminang di Penang sebab kena hantar Awin ambil anugerah pelajar cemerlang. Kelas pun aku tak pergi last weekend sebab majlis anugerah tu. Tapi mak sempat tapaukan untuk aku hantaran dari pihak perempuan. Antaranya...


Kata mak, pihak perempuan balas 19 dulang sedangkan pihak kami cuma 7 dulang ajer. Imagine, perjalanan dari KL ke Penang takkan nak bawa berbelas2 dulang kot! Aku tertarik dengan gubahan hantaran dari pihak perempuan. Cukup kreatif, aku tak pernah tengok gubahan se 'real' ini.



Cakar ayam dan gula-gula digubah jadi
sarang burung.

Kek oren digubah jadi buah durian. Mak tahu aku hantu kek oren! Aku joke dengan mak, "Belum ada lagi sesiapa makan durian dengan kulitnya sekali kecuali Kaklong!"



Kuih tart digubah jadi carrot.
Tak pernah seumur hidup, aku ratah carrot sebatang.
Tapi kali ni memang sekali ngap terus masuk mulut!



Gula2 sumi digubah jadi bunga teratai.
(tapi bunga teratainya dah gone!)

Actually banyak lagi gambar gubahan dalam laptop abah aku. Nanti nak copy & upload kat sini. Apa-apapun, selamat bertunang Azizi-Marlia. (eh, macam Marlia Spa Q la plak!)


p/s: tinggal seorang lagi adik lelaki yang masih solo... Azlan!
Tapi dengar citer dah ada calon, sama2 study @uitm!
Alan, ingat pesan abah!
"Belajar sampai habis dulu!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...