My Insta

Instagram

Monday, November 17

Buta!


Buta... penyakit yang menghalang kita melihat apa yang ada di depan kita. Pendek kata, tak nampak. Buta ni subjective. Buta seperti seorang isteri yang tak mampu mengesan rasa cemburu sang suami, buta seperti seseorang yang tak nampak musuh boleh jadi kawan. Pendek cerita, dunia ini penuh dengan insan yang tak mampu 'melihat'. Yang paling bahaya ialah buta hati. Akibat buta hati, ada cerdik pandai hanya pandai membaca tapi tak reti berfikir.

Jika buta akal, jadilah dia bangsa yang beku, tak bertamadun akibat kosong ilmu pengetahuan. Buta nafsu pula ialah hati menjadi raja kepada diri, ini selalunya terjadi bila dah tak tahu membezakan mana baik, mana keji.

Orang buta warna pula confused dengan warna. Bagi yang celik warna, ada masanya buta untuk memilih matching color. Last but not least, buta huruf! Di zaman siber nie, susah kita nak jumpa, tapi ia ada... kekadang depan mata kita, tapi kita tak nampak sebab kita 'buta'!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...