My Insta

Instagram

Sunday, October 12

Raya sebulan...


Bila dah habis beraya di kampung, anak2lah yang excited. Tak sabar nak beraya dengan kawan2. But as for my two boys, this year... ada restriction skit. Apa taknya year-end exam is just around the corner. Xtvt collect duit raya, ronda raya, kena 'freeze' kejap sebab kena jenguk buku latihan mana yang patut kena buat. Lepas exam, pulun sakanlah!

Pyzam Bubble Maker Toy

Aku dulu, kalau nak pergi beraya di rumah kawan, berbakul2 pesanan mak dalam kepala otak aku. "Duduk bersopan, makan elok2, minum jangan bagi tumpah, jangan gelak kuat2, bla.. bla... bla...".

Pyzam Bubble Maker Toy

Dah jadi rules... kalau nak keluar berjalan, mesti lepas zohor. Anak2 aku kena settlekan solat dulu. Then baru boleh keluar beraya. Kebetulan kawan2 diaorg datang beraya, so solat berjemaahlah mereka sebelum sambung kutip duit raya...

Pyzam Bubble Maker Toy
Orang sibuk beraya, dia sibuk main gitar.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...