My Insta

Instagram

Wednesday, July 16

Debat Si Jebat!

Semalam aku sempat jugak tengok debat hangat. Tapi tak tengok 'live'. Something came up dan aku managed recordkan melalui Astro Max kesayangan aku. Bila anak-anak dah tidur, baru aku onkan recorded programme tu.

Nak kata excited sangat nak tengok, tak ler jugak. Saja nak tengok gelagat dua Jebat 'terhangit'. Frankly speaking, aku bukanlah anti-pembangkang dan bukan juga pro-kerajaan. Buat masa ni, sementara menunggu pilihan raya akan datang, i choose to be an independent soul. (PARTI BEBAS of my own). Aku nak tengok lagak pak-pak menteri selama lima tahun ni dalam menyelesaikan beban rakyat, then i will make my decision again.

Point of view aku? Actually debat tu tak ada apa sangat. Tak ada iktibar yang boleh aku cedok dari perdebatan tu. Tapi banyak info lama yang aku baru tahu. Tak sangka, ek? Pak Liwat tu rupa2nya memang ketua perhimpunan haram sejak tahun '74. Maknanya stail dia tak pernah berubah. Asal tak puas hati jer, buat perhimpunan haram. Asal tak puas hati jer, buat perhimpunan haram! Aku tak nak sentuh pasal sodomy yang juga merupakan satu trend oleh Pak Liwat. Itu ke pemimpin yang dibangga-banggakan sangat oleh pengikut taksubnya?! MasyaAllah...

Aku akui, kerajaan sekarang memang goyah, banyak 'slack'nya, 'kebocoran' sana sini. Tapi zaman dah berubah, tak perlu nak riot here and there! Oh, pleazeeee! Tengok apa jadi Isnin lepas bila perhimpunan haram nak dibuat depan Parlimen. Huru-hara KL dibuatnya. Jem sana, jem sini. Memang menyusahkan. Tapi padan muka dengan penyokong pembangkang! Disebabkan 'peringkat atasan' pembangkang jugalah, penyokongnya turut jadi mangsa! Aku cuma mampu tersenyum sinis bila tengok front page Berita Harian. Dalam hati, "Serves you right!"

Dulu masa Tun M memerintah, Pak Liwat kata dia amalkan nepotismelah, guna kronilah, makan duit rakyatlah, itulah, inilah. Now tengok apa jadi dengan Pak Liwat. Same thing juga. Baru jadi penasihat pembangkang, dah letak anak bini dalam pilihan raya sebab Pak Liwat tahu dia tak boleh bertanding, jadi dia jadikan anak bini sebagai bridge. Tapi gelagat yang paling seronok aku tengok ialah penyokong Pak Liwat yang bersifat sementara. Ada yang gelar mereka ni pencacai. Orang gelar, bukan aku. Aku follow ajer.

Contohnya X, si pencacai yang gila kuasa. Macam dia sorang saja yang duduk kat kawasan kampung tu. Pencacai ni nak bolot semua jawatan. Kononnya nak dikenali sana sini macam wakil rakyat. Pirahh! Dialah ketua kampung, dialah AJK persatuan, dialah orang kuat PIBG, dialah tauke MLM, dialah AJK masjid, dia jugalah 'pak cik van' yang menghantar anak2 jiran ke sekolah. Paling best, dialah juga ketua mat rempit. Senang citer, dia nak jadi KETUA KEPADA SEGALA KETUA! Peliknya, tak nak pulak apply jadi imam!

Nak kata dia bagus, dia memang 'bagus'. Bagus dalam usaha menjatuhkan orang lain dengan cara kotor, memfitnah orang, menikam dari belakang untuk kepentingan dirinya!! Rata-rata semua penduduk kampung tahu tentang perangainya tu, tapi dia jer yang tak sedar sebab dia fikir dia 'BAGUS. Kalau kroni dia buat sesuatu yang salah di sisi undang-undang, contohnya buka kilang haram dalam kawasan kampung, dia boleh buat 'deq' ajer... tutup sebelah mata. MasyaAllah, tak tahulah apa nak jadik dengan si pencacai nie. Moga-moga dia mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah. Amin....

Back to debat semalam. Actually tak ada jalan penyelesaian pun. Yang aku tengok, Jebat-jebat tu nak tunjuk 'terror'. Kan lebih baik kalau pak-pak menteri rendahkan sikit ego, bersatu, bermuzakarah serta cari cara nak kurangkan beban rakyat. Buat debat bukannya boleh kurangkan harga minyak, bukan boleh kurangkan inflasi! Takkan tu pun nak habaq, kot!

Pada aku, debat semalam sekadar nak buktikan pada rakyat Jebat mana lebih hebat berdebat melalui strong points masing-masing. Tapi debat je lebih, tak ada tindakan pun tak guna juga, kan.

Jadi kepada Jebat-jebat di luar sana.... lu pikirla sendiri!

footnote : artikel ini sekadar untuk bacaan, feedback tidak dialu-alukan.

2 comments:

Anonymous said...

typical... kutuk orang bukan main sedap tapi bila masa nak berhujah tak dialu-alukan pulak....

Anonymous said...

apa ke bongok benor ko nie? kat situ kan dah terang lagi bersuluh tulis 'sekadar untuk bacaan'!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...