My Insta

Instagram

Tuesday, May 5

Raja Buah


Ini memang buah feveret dunia akhirat aku! Kalau orang tak pelawa, aku boleh sentap! Hahaha...  Cuaca yang dingin buat aku tergerak nak makan buah durian. Kebetulan semua anak balik bercuti, berkumpul. Dah lama tak berkampung dengan anak2 makan durian.

Semenjak dua menjak ini, aku guna taktik baharu. Aku dah tak kuasa lagi pilih sendiri buah durian, (haippp! aku expert pilih durian taw! arwah atok aku ada dusun durian dulu, arwah yg ajar). Now aku tukar strategi bagi memastikan money value, especially bila beli durian mahal. Strategi aku ialah bawak tupperware. So dgn cara ini, si penjual takkan dapat tipu. Confirm dia akan pilih buah elok punya. Tak percaya, cubalar cara aku nie. 

Inilah antara hasil yang aku bawak balik. Berbaloi, kan? Oh, lupa nak citer. Ini durian Raja Kunyit, rasanya lebih sedap daripada durian Udang Merah & D24, Harga memang mahal sikit, tapi kalau nak murah, cuba pergi beli malam2 sikit, time durian dah nak habis & penjual dah nak tutup gerai, sure dorang letgo murah2. Itu second strategi aku, selalunya berhasil.

Nampak tak isinya yang montok dan menggiurkan itu? I described it as if it's a lady, kan? Hahaha. Memang terbaek dan sedap Raja Kunyit nie! 







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...