My Insta

Instagram

Monday, May 4

my 8th android

Cut a long story short...


Lepas balik kenduri kahwin di KKG, terus ke The Store. Tujuannya nak beli congkak, untuk tambah family game di rumah. Misi tercapai, damage around RM40 jer. Then lalu tepi kedai Oppo. Plan nak survey jer sbb kamera Note3 dah totally gone. Dah gi Samsung SC ari tu, total repair RM900 termasuk gst. Then warranty cuma tiga bulan. Parah!!!!

Amoi Oppo tu dgn sabar melayan pertanyaan aku dan suami, satu demi satu series yg dia keluarkan. Tapi hati aku dah terpaut kat R5, the slimmest phone ever. Terpaut tu bukan sebab 'slimmest', tapi terpaut sebab kameranya guna teknologi kamera Sony. Lebih buat aku terpaut ialah the processor, it's OCTACORE!!! Octacore nie macam lapan buah laptop dimasukkan ke dalam satu android. It's octa, it means eight. Lagipun tak semua android ada octacore, it's rare, it's depending on the capability android juga.  

Then aku bgtaw amoi itu, aku nak trade-in dgn Note3. Laju jer amoi tu jawab, "Boleh, no problem maaaa". Setelah amoi itu congak-mencongak, Amoi tu hanya setuju nak ambil Note3 aku dengan harga RM900 setelah mengambil kira faktor kamera yg rosak. Aku pun tanpa fikir panjang, terus sambar offer dia dengan senyum lebar sampai ke telinga sebab tak sangka masih tinggi offer trade-in Note3.

Selepas bayaran baki dilangsaikan sebanyak RM700++, kami pun terus meluncur laju tanpa mahu menoleh ke belakang, menonong terus ke 'kuda berenjin' yg menunggu di parking lot. Sambil encik suami memandu, aku pun mula belek gajet terbaharu nombor lapan sambil tersenyum puas. 

So this is not  'cut a long story short' entry, kan?







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...