My Insta

Instagram

Tuesday, March 17

Rabun Warna & Lesen Memandu

This is my firsthand experience. Someone  close to me had this experience recently dan  I bet, kalau uols baca, uols takkan rugi malah you'll learn something from it. So please find time to read this article especially mereka yang  rabun warna.

Uols pernah dengar tentang golongan rabun warna, kan? Uols tahu tak hidup golongan ini sebenarnya sangat susah walaupun hanya sebab rabun warna. Dan kepada yg tak tahu, rabun warna tak boleh diubati, there's no cure kecuali uols beli cermin mata rabun warna yg berharga RM800++ sepasang dan pakai seumur hidup. Hehehe...

Golongan rabun warna ini alami kesukaran dari semua segi yg berkaitan warna. Kesukaran yg mereka hadapi ini drpd sekecil-kecil perkara seperti memilih warna pakaian sehinggalah kpd hal penting seperti memilih pekerjaan.

Kat sini i nak cerita bab lesen memandu. 

Bagi orang rabun warna, mereka perlu menduduki Ujian Warna terlebih dahulu. Ujian warna ini compulsory dan ada dalam ujian berkomputer yg dikeluarkan oleh JPJ. Langkah pertama, golongan ini perlu melalui ujian itu untuk pengesahan gagal (seperti di bawah). Selagi Ujian Warna tak lulus, uols tak boleh ambil Ujian Penglihatan.



Kemudian bila dah confirm gagal, uols perlu dapatkan surat & borang daripada JPJ untuk menjalani pemeriksaan mata di klinik kerajaan sahaja. Ingat ya, klinik swasta tak dibenarkan.



Di klinik kjaan pula, doktornya susah nak beri kelulusan rabun warna. Tapi kita boleh minta budi bicara doktor utk beri kelulusan mengikut kategori rabun. Sekiranya rabun warna uols amat teruk, (tak dapat bezakan warna langsung), uols memang takkan dapat kelulusan doktor (seperti di bawah).




Jika rabun warna uols tak teruk (tak dapat bezakan warna yg bercampur, tetapi blh bezakan warna merah, hijau & kuning), insyaAllah doktor akan beri kelulusan. Then doktor mesti isi borang JPJ tadi dan beri sedikit komen (seperti di bawah).




Kemudian, uols serahkan borang JPJ tadi berserta surat doktor kpd pegawai JPJ yg berkaitan. Di situ, pegawai tersebut akan padamkan kategori 'Ujian Warna' utk uols. Then uols boleh menduduki semula ujian berkomputer tanpa ada Ujian Warna, dalam erti kata lain, lulus ujian warna secara automatik.

Semasa re-seat ujian berkomputer, uols akan proceed dengan Ujian Penglihatan dan Ujian Statik. Sekiranya semasa uols nak mulakan ujian, Ujian Warna masih lagi tertera pada skrin, terus laporkan kepada person-in-charge. Ini kerana ada masanya pihak JPJ agak lambat mengupdate sistem induk mereka.

Last but not least, pastikan uols lulus ujian berkomputer kali kedua bagi memudahkan uols dapat lesen memandu. Kalau gagal, uols perlu ulang balik proses di atas. 



Untuk lulus, markah uols mestilah 42 ke atas. Bila dah lulus, uols dah boleh ambil lesen L. Semoga info ini memberi manfaat. 

*Panduan di atas adalah untuk memohon lesen motor dan kereta.







21 comments:

azizi bridge said...

Ohh...jadi ye sye kne duduki ujian warna tu kalau gagal baru boleh kita minta pengesahan dari jpj

nadiah said...

salam..saya pun ada masalah macam awak.saya gagal bahagian rabun warna tu..saya ada pergi ke jpj untuk mendapatkan borang yg seterusnya yang macam awak cakap tu.tapi kan kerani jpj tu cakap dia nak borang kita daftar lesen motor tu.tapi saya punya dah hilang.saya cuma bawa borang yang mengatakan saya gagal ujian undang-undang yang macam awak post kat blog awak tu.lepas tu dia tak nak layan.so sampai sekarang saya tak tahu nak buat macam mana.awak boleh bantu saya tak macam mana ye,,

Yanti Arshad said...
This comment has been removed by the author.
siti said...

kalau dh gagal ujian warna lepastu gagal pulak ujian statik kali kedua,kene jumpa doktor balik ke ataupun bayar je

Yanti Arshad said...

siti,

kalau dah gagal ujian warna, confirm kena jumpa doktor. kalau doktor dah sahkan awak rabun warna, awak tak perlu jalani ujian warna untuk kali kedua tapi ujian statik kena teruskan sampai lulus dan setiap kali gagal, setiap kali kena bayar unuk next test.

siti said...

ujian penglihatan tu macam ujian warna jugak ke kene teka no kat bintik2 tu, saya lemah sikit lah selalu confuse..

Yanti Arshad said...
This comment has been removed by the author.
Shahrilazhar Zakaria said...

soalan...lesen L sy dah mati... kalau sy buat lesen sekali lagi ad x ujian warna. mse buat dlu pkai surat doctor..

Yanti Arshad said...

Shahrilazhar,

U perlu renew L dulu.
Kalau doktor dah sahkan u rabun warna, so tak adalah ujian itu lagi.

Nor Amir said...

Assalamuaikum,saya perasan yg saya ni memang x leh jwb soalan dlm bintik warna tu tpi masih belum ambik ujian buta warna tu..boleh ke saya terus ambil surat pengesahan doktor tanpa mnduduki ujian buta warna terlebih dahuly?

Yanti Arshad said...

Amir,

tak boleh. you kena ambil ujian itu dulu. bila dah gagal ujian warna, baru blh ambil surat pengesahan doktor.

Luqman Hariz said...

Askm. Nak tanye. Lepas hantar surat doktor dekat jpj. Lame tk kite kene tunggu untuj reseat test?

Yanti Arshad said...

wsalam.

Lukman haziq,

Lama atau sekejap bergantung kepada sekolah memandu book date test kita.

Afiq6699 said...

Assalamualaikum...saya nak tanya lepas kita wat pengesahan doktor then kita wat ujian komputer then gagal...perlu ke kita ke ulang balik buat pengesahan doktor lagi sekali atau hanya bayar untuk ujian itu balik??

Yanti Arshad said...

dear readers,

baca dan fahami teks saya. kebanyakan soalan anda sudah ada di dalam teks saya. ikut langkah2 yg saya berikan dan insyaAllah, ok. Soalan2 selain daripada teks di atas, tidak akan saya layan.
Harap maklum.

Unknown said...

saya dh gagal ujian komputer bahagian warna.saya pegi ke klinik dan disahkan saya buta warna dan ditanda pada warna merah dan hijau.adakah ini bermakna saya tidak akan mempunyai lesen?

Lann A said...

saya dah gagal ujian komputer bahagian warna.sy sudah ke klinik setelah mendapat borang dari jpj.setelah pemeriksaan,disahkan saya penghidap buta warna,dan doktor tidak mengesahkan saya untuk mendapatkan lesen.adakah ini pengahkiran bagi saya untuk mendapatkan lesen L

Yanti Arshad said...

unknown,

menjawab kepada soalan anda. mengikut undang-undang, begitulah.

Yanti Arshad said...

Lann A

Alternatif lain ialah cermin mata rabun warna.
Boleh tanya di kedai cermin mata sebab tak semua kedai cermin mata ada cermin mata itu dan harganya mahal.

Hidayat Irfan said...

banyak dugaan orang rabun warna ni.. kat trafik light saya banyak kali tak perasan berubah warna hijau..sampai kena hon.. nak pilih course di U pon kena pilih betul-betul .. medic,electrical engineering dan banyak lagilah memang kena tolak tepi awal-awal.. kita hanya boleh redha je.. mungkin banyak hikmahnya.. hmm

Unknown said...

Saya ada 1 soalan.dlu sy pernah buat lesen motor.dan gagal ujian warna.,selepas sy ekt semua syarat tu.sy berjaya dptkn lesen motor..tpi sekarang ni sy nak buat lesen kereta.adakah sy akan jalani ujian warna lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...