My Insta

Instagram

Wednesday, January 14

Bilik Gaza

Alhamdulillah... finally!

Tak ada lagi buku berselerak sana sini dan kerusi tunggang-langgang. Study room cum office yg dikongsi, akhirnya organized! Masing2 dah ada space sendiri. 



As usual setiap ruang dalam rumah kami, ada nama tersendiri. Utk study room nie, Awin yg bagi nama. Bila aku tanya anak2 "Apa nama bilik ini?" Laju jer Awin jawab "Gaza! sebab warna2 matching dgn bendera Palestin." So officially its Gaza Room! 

Bab warna nie aku ambil masa  untuk decide. Selalunya aku bermain dgn earth colour but this time aku sengaja lari dari tema tu. Tapi tak sangka pula sama dengan bendera Palestin...hitam, putih, merah, hijau. Ahaks!


Sejuk sikit mata memandang buku2 yg tersusun. Hopefully its stay that way forever. Tapi kalau berterabur jugak dalam carcass memasing, lantak kome ler! Asalkan aku tak nampok!

Thanks to my neber, Kak Zura yang buatkan zebra roller blind nie. Harga agak berpatutan...sekitar RM400++ sekeping. Cantik dan convenient. Kos keseluruhan kabinet pula tak lebih dari RM4 ribu. Aku ada survey tempat lain sebelum nie tapi ada yg mintak sampai RM5 ribu, RM7 ribu pun ada! Puiii! Giler ke apa? Padahal ini design aku, bukan design dia. Tapi Alhamdulillah Allah temukan aku dengan Madi. Tak kenal pun, just pm FB dia, suruh datang ambil ukuran then dia terus bagi quotation, siap buat kiraan depan aku, malam tu diskas dgn asben then esoknya settle terus bayar deposit, tiga minggu kemudian, siap dipasang! Alhamdulillah, lancar. Sesape nak buat kabinet, bolehlar rekomen... *peace*








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...