My Insta

Instagram

Monday, December 1

4-flat again...and again!

Syukur alhamdulillah! Memang ada hikmahknya bila Awin transfer dari Universiti Tanta, Mesir ke Pusrawi Medical School, Malaysia. Selama dua tahun Awin di Mesir, keluhan yang aku selalu dengar ialah, "Susah nak score, bu. Awin study, tapi payah nak score. Kalau lulus pun, itu dah cukup baik." Dan selama dua tahun itulah aku redho dgn semua keluhan itu, pasrah. 

But sejak Awin transfer ke Msia, alhamdulillah, tak dengar dah keluhan2 macam itu. Tiap kali aku tanya tentang study dia, mesti dia kata "Ok, boleh buat." or at least, "Susah tapi boleh score, insyaAllah." Dan dah terbukti, 2 sem dapat 4.0 utk semua subjek. Alhamdulillah! Aku tahu dia boleh buat cuma tak sangka boleh 4-flat. 

Mungkin itulah hikmahnya. Aku assume, bila berjauhan dgn family, berada di bumi asing apatah lagi bumi yang non-stop bergolak, maybe susah nak belajar, susah nak fokus, tiada kekuatan. Maybe bila belajar di negara sendiri, dekat dengan family, confident levelnya lain sikit. Itu aku cakap tentang anak akulah, mybe anak orang lain ok jer belajar di oversea. Tapi menurut cerita Awin semalam, ramai classmate dia di Mesir yg tak transfer ke Msia, tahun depan terpaksa repeat year! OMGeeeee! Nauzubillah! 

So ada lagi 3 tahun untuk Awin struggle. Then masuk alam lain pulak, practical & clinical. Pastu housemanship plak, hopefully tak ditransferkan ke hospital pedalaman di Sabah Sarawak. Haha, siapa aku nak tentukan semua itu, kan? Ke mana saja ditempatkan Awin, aku terima sebab aku tahu dia reti jaga diri, tahu mana baik mana buruk. InsyaAllah.

To Awin, hopefully result nie maintain sampai ke penghujung, insyaAllah. Ibu & ayah sentiasa doakan kejayaan Awin. 





2 comments:

Sofu Hashim said...

Tahniah Awin..Keep it up

Sofu Hashim said...

Tahniah Awin
Keep it up girl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...