My Insta

Instagram

Wednesday, November 26

Surat buat Mukhriz yang pecah tradisi!


To my Mukhriz, my handsome boy, here's what I wanna say...

"Firstly, tahniah sebab at least you got 1A. Walaupun my least expectation was 4A 1B, but it's the opposite. Ibu  nak Mukhriz tahu yg ibu redho, ibu ikhlas terima dengan hati terbuka, ibu berlapang dada. You wanna know why? Sebab dari dulu lagi ibu selalu pasakkan kat telinga Mukhriz, "Once the result is out, tak kira seteruk mana pun result tu, ibu takkan bising. Ibu akan bising sebelum exam. Nak bising selepas result, dah tak berguna. Buang air liur jer." Ingat tak? Ibu selalu cakap macam tu, kan?

Pagi tadi ibu nampak selepas solat Subuh, Mukhriz buat solat hajat. Ibu rasa, itulah solat hajat paling lama yang Mukhriz buat, then Mukhriz baca Yaasin, ngaji sekejap dan berdoa. Ya, ibu dapat rasakan kecuakan Mukhriz tu. For a while I felt so calm and I wish you could have done more often before. 

Tadi lepas ambil result, Mukhriz kata, "Maafkan Mukhriz sebab tak dapat score 5a macam kakak & abang." Ibu rasa terharu sangat2. Again, ibu okey dengan result tu. Memanglah frust sikit but I can manage. Ibu tahu, sampai situ saja rezeki Mukhriz. InsyaAllah, Allah nak beri yang lebih lagi next time. Percayalah. Ibu tahu kelemahan dan kelebihan Mukhriz. Ibu yakin satu hari nanti Mukhriz akan buat ibu bangga juga, InsyaAllah.

Lagipun, ibu anggap ini ujian buat ibu. Selalu sangat berdepan dengan kejayaan anak2, maybe kali ini Allah uji ibu dengan keputusan yang sebegini. Ibu terima, ayah pun terima. Malah ibu bangga dgn anak2 ibu tak kira apa resultnya. Result tu tak mengubah sikit pun kasih sayang ibu pada Mukhriz, tak jadi kudis pun. Ibu sayang Mukhriz sampai akhir nyawa ibu.

By the way, terima kasih sebab pecah tradisi! But lain kali tak nak pecah yang macam ini ya. Heheheh..."



Satu lagi sejarah tercipta dalam keluarga kami. Kali ini sejarah yang betul2 memecah tradisi dalam keputusan UPSR. Since last nite aku susah nak tidur bila fikirkan result UPSR, ntah kenapa kali ini lain macam rasanya. Tapi bila dah dapat result, memang lain macam pun.


I'm so anxious. Mujur ada neber, Kak Fina. Kurang sikit gemuruh tu. Tapi macam biasa, aku dah tahu result awal2 melalui SMS.


Frankly speaking, as expected. So aku tak terkejut sangat. Lebih kepada redho, terima dengan hati yang terbuka dan ini sebenarnya pengalaman baru buat aku. Sebelum ini Awin, Danial & Afiq semuanya 5A. But I'm totally okay with the result bcoz I know such effort will give you such result. So I'm quite content with the result.


With my neber with 3 different experience, I would say. Kak Fina (L), dengan result anak bongsunya, Ali. He got 4A 1B, congrats!!!! Kak Fina happy sangat, I know how she feels. Then Ara, (R), with her 1st experience UPSR doter, she got 3A 2B. Congrats tooo!! 















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...