My Insta

Instagram

Wednesday, August 6

Raya Tema Alam

Selalunya tema raya ikut warna, tapi kami dah dua tahun ikut situasi. Last year kami tema Ribena. Tahun nie, kami tema alam. So alam ada warna hijau, coklat, hitam, putih, kuning cair dan biru. 

Seperti biasa, selepas solat raya, kami balik Alor Star, hometown en. asben. Mine kat Gombak jer. Sepanjang perkahwinan, begitulah rutin, balik selepas solat raya. Never balik sebelum raya sebab kami nak beraya sesama sendiri dahulu, family first. Lagipun bila balik 1st day raya, jalan tak jem. So stress-free.

 Berehat di RTC Perak, tapi tak best! Huhu... 


Malam raya ke-2, ikut en. asben g gathering sekolah lamanya di Kolej Sultan Abdul Halim. Perasminya of course lah Tuanku Sultan Kedah merangkap Agong yang ke-14 pada tahun ini...kolej tu kan nama baginda. Orangnya kecik molek jer. 

 Berselfie tak habis2. 

Petang 3rd raya, kami ke Perlis. Mengunjungi kenalan2 rapat.
Bersama Azie & family di Kangar.


Sempat berselfie dengan Wan & Shiraz di Kuala Perlis. 


One for the album.

Si ibu yang gila selfie. Haha!

 Sillhoute...Daniel tunggu sunset.

 The very next day, kami ke Penang pulak. Saja makan angin. 


 Tiga bujang pingitan! Ambil gambaq kat meriam, poyo betul!


Destinasi yang 'mesti-pergi' tiap kali balik AS... Pekan Rabu.

 Ibu dan anak2nya. Terasa diri sudah tua bila tengok anak2 dah besar.

Si hensem Bale, kawan Daniel & Afiq, sama maktab di mrsmAG. 
Sampai di Penang pun boleh jumpa jugak. 

 Nenek & cucu2nya.

Keluarga besaq Sir Ismail & Cikgu Rashidah.
Besaq ke? Hehehe...


The Whites with sunset.

L: jambatan lama
R: jambatan baharu

Tibalah masa untuk meninggalkan Alor Star.  So kami masuk Penang, ikut bridge lama dan kluaq ikut bridge baharu,  Jambatan Sultan Abdul Halim Shah. Saya suka pemandangan bridge baharu nie sebab dia bengkang-bengkok, scenery pun cantik, angin lintangnya sangat laju. Nampak lebih spacious, kalau bandingkan dengan bridge lama yg lurus. Joruney AS-KL ambil masa 14 jam. Pecah rekod! Kami bertolak dari AS pukul 10 pagi dan sampai rumah pukul 12 tengah malam! Tak jem pun sebenarnya cuma kereta banyak. Tapi tak apalah, biar lambat janji selamat. 







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...