My Insta

Instagram

Monday, August 4

Raya Lain Dari Lain

Raya kami tahun ini agak lain. Kalau 2nd & 3rd raya, org sibuk beraya ke sana sini, kami pulak menyibukkan diri beraya di kebun. Bukan apa, sebab setahun dah tak jenguk kebun2  nie....ayahanda bonda pun dah 'berbunyi'. So demi menjaga hati mereka, kami kensel plan beraya dan 'berjimba' di kebun dekat Kuala Nerang nie.


Ini kebun getah en.asben aku. Luasnya dalam 1.5 ekar. Tahun nie, getah merosot. Hanya boleh dapat rm1.50 sekilo, sedangkan dulu boleh mencecah belasan ringgit sekilo. Tapi mujurlah kerajaan BN prihatin, sempena kejatuhan harga getah, setiap pemilik kebun getah diberi pampasan RM500. Alhamdulillah. Thank you, Pak Jib & Abang Mukhriz (MB Kedah). Pokok2 getah nie pun dah tua so kami plan nak buat penanaman semula dengan kerjasama RISDA. 


Seterusnya kami ke kebun buah my PIL. Kebun nie tak jauh dari kebun getah tadi, dalam 5 minutes on foot. My PIL beli tanah kebun nie sejak 10 tahun lepas. Katanya untuk cucu2 makan. Kat sini macam2 buah ada....durian, cempedak, rambutan batu, rambutan budak sekolah, dukong, pisang, langsat, mata kucing, ulam2 and the list goes on.  


Kat kebun nie, my PIL ada bina rumah. So tak menjadi masalah kalau tiba2 ada yang sakit perut atau ada yg terasa mcm nak terkucil. Kalau musim buah, memang rasa macam tak nak balik. Satu lagi, tempat nie dekat dengan Tasik Pedu & Puncak Janing, so suasana kat sini memang nyaman, tenang, apatah lagi dikelilingi dengan pokok2, sejuk jer.


 Aku dan Mukhriz memulakan jelajah dgn memetik buah mata kucing. 


Ini area buah dukong. Kiri kanan, depan belakang, semuanya buah dukong. Kalau uols nak tahu, buah dukong nie bila  dah terlalu masak, rasanya tawar. So kalau uols beli, rasanya manis, maknanya ia sedang ranum. Kat sini ada banyak pokok dukong, rasanya lebih dari 5 batang. Tak larat nak ambik semua. Hehehe...


Ini area rambutan. Bagusnya di sini ialah pokok2nya rendang, within reach, senang. Tapi si Afiq nie, nak jugak kait buah yang tinggi2. Kat sini, my PIL tanam dua jenis pokok rambutan.

Yang dalam baldi tu, rambutan budak sekolah. Satu lagi tu, rambutan batu. Feveret aku, rambutan budak sekolah sebab ia sangat manis, lekang & tak berair. 


Background, pokok2 durian! Mabeles!


 Orang suruh dia kait buah, dua beradik nie berselfie pulak!




Orang masuk kebun bawak pengait, sabit, parang, karung guni. Dorang nie bawak smartphone, camcorder, DSLR, tripod, monopod segala bagai! 




 Mukhriz dengan teknologi galah moden. Terbaek!!!


 Selepas penat mengait dan kutip buah, jadi tarzan pulak!

 Terbaek dari ladang! Itulah kisah raya aku tahun ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kami akan ke sini lagi tahun depan.


Salam Aidil Fitri daripada kami di kebun getah Kuala Nerang. Till we meet again. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...