My Insta

Instagram

Wednesday, August 27

Loom Band

Last week, my lil' tot, Qme tanya aku, "Ibu, suka gelang warna apa? Qme nak buatkan satu utk ibu." Then 1st impression aku ialah (mana2 ibu pun akan mcm ini), "Gelang apa pulak nie? Tak payahlar bazir2 duit." Then Qme sambung, "Kalau Qme buat, mesti ibu suka punya, percayalah." Itulah cara dia mengayat aku.


Then semalam tiba2 dia bagi aku gelang ini (di atas). Aku tanya, mana beli? Katanya buat sendiri, aku macam tak caya. Then dia tunjukkan aku cara buat loom band ini, siap ada peralatan untuk buat. Aku jadi leka sekejap melayan dia buat yg lain. Katanya, ada kawan2 kat sekolah buat side income dengan loom band ini. Selepas aku post pasal loom band ini kat FB, sorang demi seorang kawan aku post loom band yg dihasilkan oleh anak mereka. Rupanya2 dah jadi viral benda nie! Dahsyat!

Aku plan dengan Qme nak buat bandangan nie... heheh


 Nice combination colours!


Tetiba aku terfikir nak buat casing Note3 aku. Ini betul2 viral gilerrrr! 


Nicely done!


Loom Band Kit





Friday, August 22

Geng Raya Rabak!

Kali ini misi beraya bersama kwn2 yg gojes mojes! 

 Misi pertama di rumah Dessy. 
Hampir semua kwn2 dapat join sebab dibuat waktu malam. 
Boleh consider as raya dinner! Hehe..

Bila tiga lampai bergambar bersama.


Kami ini memang cukup pantang bila berjumpa!
Pantang bergambar! Hahaha...


Then misi ke-2 ke rumah Hani & Sue.
Yang nie tak ramai join sebab buat wikday, siang.
Ini ala2 hitea raya gitu, ahaks!


Misi diteruskan ke rumah Bee pulak.
Yang nie special sikit sebab temanya Raya Breakfast on sunday morning.
Kerlasss gitu, kan? Kihkih... 


Posing sana-sini!

The following week, Nani pulak buat openhouse. Here's the menu.


 Aku dan Dessy tetamu terawal... so sempat berposing dengan
tuan rumah yg kurang sihat sebab memasak sakan untuk kami. 

Kebetulan on this day ialah hari Malaysia Berkabung,
so we decided to wear black or dull colour.
Tapi si Zaida dah tersilap baca mesej and Hani too. 


Aku suka gambar ini.  Semua  nampak serious sweet.

Great company!

 Ini bila memasing dah sengal sebab terlebih makan.


Semoga kita dapat teruskan tradisi ini di lebaran akan datang. InsyaAllah













Wednesday, August 20

Rindu Awak 200%

Lately nie macam2 kerinduan bertandang,
especially perkara2 yg melibatkan hati dan perasaan.



ekceli citer nie aku follow first 2 episod jer. why? no reason. lebih kurang 3 minggu aku tinggalkan. then tiba2 satu awal pagi, aku tak boleh tidur. aku pun on TV3 dan ada drama nie.  Time tu episod 9. Aku pun layan. Eh, macam best jer, macam nak follow jer. the next day, aku terus bukak TonTon and habiskan dari episod 10-21. Pergh!!!! Marathon giler. Ini sume gara2 penangan Zul Ariffin yg hensem tu. Ari tu Amar, sekarang Zul pulak. Alahai handsome boy, look at what you have done to me now! you make me become an avid follower. Tapi i sukee....







Tuesday, August 19

P0L15

Another passion of mine! Capturing any catchy plate number.
These numbers were captured during my hari raya holiday in Kedah.

The owner must be paying 5 or 6 figures to buy this number.


To find-out more about my catchy plates, click  ---> sini.
You will be amazed!






Wednesday, August 6

Raya Tema Alam

Selalunya tema raya ikut warna, tapi kami dah dua tahun ikut situasi. Last year kami tema Ribena. Tahun nie, kami tema alam. So alam ada warna hijau, coklat, hitam, putih, kuning cair dan biru. 

Seperti biasa, selepas solat raya, kami balik Alor Star, hometown en. asben. Mine kat Gombak jer. Sepanjang perkahwinan, begitulah rutin, balik selepas solat raya. Never balik sebelum raya sebab kami nak beraya sesama sendiri dahulu, family first. Lagipun bila balik 1st day raya, jalan tak jem. So stress-free.

 Berehat di RTC Perak, tapi tak best! Huhu... 


Malam raya ke-2, ikut en. asben g gathering sekolah lamanya di Kolej Sultan Abdul Halim. Perasminya of course lah Tuanku Sultan Kedah merangkap Agong yang ke-14 pada tahun ini...kolej tu kan nama baginda. Orangnya kecik molek jer. 

 Berselfie tak habis2. 

Petang 3rd raya, kami ke Perlis. Mengunjungi kenalan2 rapat.
Bersama Azie & family di Kangar.


Sempat berselfie dengan Wan & Shiraz di Kuala Perlis. 


One for the album.

Si ibu yang gila selfie. Haha!

 Sillhoute...Daniel tunggu sunset.

 The very next day, kami ke Penang pulak. Saja makan angin. 


 Tiga bujang pingitan! Ambil gambaq kat meriam, poyo betul!


Destinasi yang 'mesti-pergi' tiap kali balik AS... Pekan Rabu.

 Ibu dan anak2nya. Terasa diri sudah tua bila tengok anak2 dah besar.

Si hensem Bale, kawan Daniel & Afiq, sama maktab di mrsmAG. 
Sampai di Penang pun boleh jumpa jugak. 

 Nenek & cucu2nya.

Keluarga besaq Sir Ismail & Cikgu Rashidah.
Besaq ke? Hehehe...


The Whites with sunset.

L: jambatan lama
R: jambatan baharu

Tibalah masa untuk meninggalkan Alor Star.  So kami masuk Penang, ikut bridge lama dan kluaq ikut bridge baharu,  Jambatan Sultan Abdul Halim Shah. Saya suka pemandangan bridge baharu nie sebab dia bengkang-bengkok, scenery pun cantik, angin lintangnya sangat laju. Nampak lebih spacious, kalau bandingkan dengan bridge lama yg lurus. Joruney AS-KL ambil masa 14 jam. Pecah rekod! Kami bertolak dari AS pukul 10 pagi dan sampai rumah pukul 12 tengah malam! Tak jem pun sebenarnya cuma kereta banyak. Tapi tak apalah, biar lambat janji selamat. 







Monday, August 4

Raya Lain Dari Lain

Raya kami tahun ini agak lain. Kalau 2nd & 3rd raya, org sibuk beraya ke sana sini, kami pulak menyibukkan diri beraya di kebun. Bukan apa, sebab setahun dah tak jenguk kebun2  nie....ayahanda bonda pun dah 'berbunyi'. So demi menjaga hati mereka, kami kensel plan beraya dan 'berjimba' di kebun dekat Kuala Nerang nie.


Ini kebun getah en.asben aku. Luasnya dalam 1.5 ekar. Tahun nie, getah merosot. Hanya boleh dapat rm1.50 sekilo, sedangkan dulu boleh mencecah belasan ringgit sekilo. Tapi mujurlah kerajaan BN prihatin, sempena kejatuhan harga getah, setiap pemilik kebun getah diberi pampasan RM500. Alhamdulillah. Thank you, Pak Jib & Abang Mukhriz (MB Kedah). Pokok2 getah nie pun dah tua so kami plan nak buat penanaman semula dengan kerjasama RISDA. 


Seterusnya kami ke kebun buah my PIL. Kebun nie tak jauh dari kebun getah tadi, dalam 5 minutes on foot. My PIL beli tanah kebun nie sejak 10 tahun lepas. Katanya untuk cucu2 makan. Kat sini macam2 buah ada....durian, cempedak, rambutan batu, rambutan budak sekolah, dukong, pisang, langsat, mata kucing, ulam2 and the list goes on.  


Kat kebun nie, my PIL ada bina rumah. So tak menjadi masalah kalau tiba2 ada yang sakit perut atau ada yg terasa mcm nak terkucil. Kalau musim buah, memang rasa macam tak nak balik. Satu lagi, tempat nie dekat dengan Tasik Pedu & Puncak Janing, so suasana kat sini memang nyaman, tenang, apatah lagi dikelilingi dengan pokok2, sejuk jer.


 Aku dan Mukhriz memulakan jelajah dgn memetik buah mata kucing. 


Ini area buah dukong. Kiri kanan, depan belakang, semuanya buah dukong. Kalau uols nak tahu, buah dukong nie bila  dah terlalu masak, rasanya tawar. So kalau uols beli, rasanya manis, maknanya ia sedang ranum. Kat sini ada banyak pokok dukong, rasanya lebih dari 5 batang. Tak larat nak ambik semua. Hehehe...


Ini area rambutan. Bagusnya di sini ialah pokok2nya rendang, within reach, senang. Tapi si Afiq nie, nak jugak kait buah yang tinggi2. Kat sini, my PIL tanam dua jenis pokok rambutan.

Yang dalam baldi tu, rambutan budak sekolah. Satu lagi tu, rambutan batu. Feveret aku, rambutan budak sekolah sebab ia sangat manis, lekang & tak berair. 


Background, pokok2 durian! Mabeles!


 Orang suruh dia kait buah, dua beradik nie berselfie pulak!




Orang masuk kebun bawak pengait, sabit, parang, karung guni. Dorang nie bawak smartphone, camcorder, DSLR, tripod, monopod segala bagai! 




 Mukhriz dengan teknologi galah moden. Terbaek!!!


 Selepas penat mengait dan kutip buah, jadi tarzan pulak!

 Terbaek dari ladang! Itulah kisah raya aku tahun ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kami akan ke sini lagi tahun depan.


Salam Aidil Fitri daripada kami di kebun getah Kuala Nerang. Till we meet again. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...