My Insta

Instagram

Tuesday, July 1

Ihya Ramadan

*Jangan salah anggap dgn title di atas. Just to make it catchy. 

Alhamdulillah...Dapat bertemu dgn Ramadan 2014. Terima kasih Allah kerana mengizinkan lagi aku menjalankan Rukun Islam yang ke-3 ini. Dari Syaaban lagi aku dah pesan kat anak2, "Ramadan ini kita simple dan jimat." Memang tiap tahun pun begitu cuma kali ini aku betul2 nak tekankan konsep nie. Kalau dulu, setiap anak boleh choose air & kuih yang deme nak tapi this year, pilih salah satu saja. Air atau kuih. Tak nak membazir!

Utk hari ke-2 puasa ini, nampaknya konsep itu berkesan. Moga2 berterusan hingga ke penghujung. Kalau dulu, semua anak akan turut-serta 'menyesakkan' lagi pasar Ramadan. But this time, hanya seorang saja yang akan ikut en. asben pergi beli juadah. Tapi Ramadan kali ini cuma kami berempat saja sebab lagi 3 anak stay di hostel, so kurang meriah sikit waktu berbuka. Puasa kali ini aku plak berazam, kalau boleh, aku tak nak menjejakkan kaki ke PaRam. (except masa hantar Dan & Af balik maktab hari tu, terpaksa singgah di Pekan Alor Gajah sekejap). Kalau diikutkan, sudah lebih 30 tahun aku ke PaRam, so sudah2lah. Lagipun suasananya sama saja.

Untuk bufet ramadan pula, selalunya aku dan en.asben dah tempah awal2. Tapi tahun ini macam belum decide lagi nak pergi ke tak memandangkan 3 anak tak ada bersama kami. Rasa tak complete kalau separuh ada, separuh lagi tak ada. Lagipun kata konsep 'Simple dan Jimat', kan? Hehehe... Nak tahu ceritanya, klik buffet.Tentang puasa anak2, alhamdulillah, mereka dah ready, especially Mukhriz & Qme. Cerita first time Mukhriz dan Qme belajar puasa click sini

Berkenaan solat terawih pula, this year aku dan en. asben plan nak buat mosque hopping. Maknanya akan berterawih di masjid atau surau2 yang berbeza sekiranya keadaan mengizinkan. Tahun2 sebelum ini, kami stick dgn satu masjid jer tapi this year nak tukar angin pula. Nak try berterawih di masjid atau surau2 berbeza, insyaAllah. 



Suasana di PaRam Pekan Alor Gajah semasa  menghantar Dan & Af balik maktab.


Gerai air ini betul2 mencuri perhatian aku. Inilah gerai air terpanjang yang aku pernah jumpa. Macam2 air ada kat sini, siap label lagi sebab takut keliru, pilih jer. Rasa kagum pun ada. 

Satu kelainan sikit Ramadan kali ini ialah berlangsungnya Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil. As usual, targetted teams would be the Oranje, Little Canary, The White & Sky Blue  and The Team. Nak tahu ini team mana? Try gugel sendiri. 


Nanti saya update cerita World Cup pula.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...