My Insta

Instagram

Tuesday, April 1

Bell's Palsy


I believe not many know about this Bell's Palsy. Kenapa aku bukak topik ini? Sebab my Mukhriz sedang mengalami Bell's Palsy.

Bell's Palsy ialah otot pada sebelah muka menjadi lemah atau bahasa kasarnya, lumpuh sebelah muka! BP bukan berpunca daripada strok, tetapi kerosakan pada saraf muka yang mengawal otot, menyebabkan sebelah muka menjadi senget. Saraf yang rosak itu juga boleh memberi kesan kepada deria rasa, air mata serta air liur. Keadaan ini boleh berlaku dalam sekelip mata dan selalunya boleh disembuhkan. It is treatable. Ia bukan komplikasi kekal. Menurut pakar perubatan, punca BP ini tidak jelas namun kebanyakan kes adalah berpunca daripada virus  yg terdapat di dalam badan.

Contohnya Mukhriz yang menghidap Chicken Pox baru-baru ini. So, virus chicken pox itu agak teruk. Masuk minggu ketiga, aku perasan mimik muka Mukhriz berubah terutama apabila dia bercakap. Pipi kanannya senget. Jangan confused ya. Pipi yang senget itu ialah muka yang normal sebab ia boleh bergerak. Pipi kiri yang statik itu yang dipanggil BP kerana 'saraf tidur'. Mulanya aku sangka dia main-main. Tapi setelah aku perhatikan betul2, then aku bawa dia ke klinik for confirmation, yes, it's Bell's Palsy, CONFIRMED! 

Secara fizikal, percakapan Mukhriz normal. So no serious treatment needed. However it may take weeks or months for the muscle to get stronger. So doktor advised dia menjalani fisioterapi sendiri di rumah with some simple steps. Antaranya menyebut huruf2 vokal  a, e, i, o, u. Simptom selalunya sebelah muka sahaja. Muka akan terasa kebas, tertarik sebelah dan muka nampak lain. Sometimes, Mukhriz mengadu lenguh. Sian anak ibu. :-(


 Kesan Bell's Palsy pada pipi yang terlibat iaitu pipi kiri:-

1- mata kiri tak boleh ditutup.
2- susah untuk minum sebab air akan meleleh.
3- pipi kanan jadi lenguh kerana berfungsi sebelah sahaja.
4- mata kiri kering akibat tak boleh tertutup rapat
5- pipi kiri jadi kebas kerana tiada pergerakan.
6- tiada deria rasa pada mulut & lidah belah kiri.
7- telinga kiri kurang mendengar.

*tompok2 bekas chicken pox pada muka.*


Semua kesan ini dialami oleh Mukhriz. Selalunya BP boleh didiagnos dengan melakukan latihan fizikal seperti di atas tetapi kena rajin buat. Selain latihan di atas, boleh juga dituamkan kain panas suam2 kuku pada pipi.


Mengunyah chewing gum juga digalakkan oleh doktor, ia bertujuan untuk mengaktifkan semula saraf2 yang 'tidur'. Jangan terkejut jika saya katakan ada selebriti terkenal mengalami BP ini. Antaranya ialah...


Hero Gravity kita, George Clooney. Nampak tak perbezaan both pipi? Patutlah dia tak nak senyum lebih2. Ahaks!


Slyvester Stallone. Dulu saya ingat memang muka dia macam tu. Tapi rupa2 BP.



Hero James Bond, PB with BP. Nampak tak? Pipi kiri pasif, pipi kanan aktif.


Same goes with Mukhriz. Bila senyum, pipi kanan senget ke atas. Comparekan gambar di atas. Gambar kanan ialah gambar awal tahun, gambar kiri ialah gmbr latest. But alhamdulillah, the good news is...


...ini supply ubat utk sebulan. Prednosolone ialah steroid yg diperlukan utk percepatkan keaktifan saraf. Eyedrop adalah utk mata yg kering. Apabila mata tak boleh tutup rapat, mata akan jadi kering. Neurovit ialah vitamin utk saraf. InsyaAllah dengan segala ikhtiar ini, tempoh paling cepat untuk sembuh ialah sebulan, paling lambat ialah berbulan-bulan, tapi ia akan sembuh juga satu hari nanti sebab saraf itu cuma tidur, bukan mati. Usaha serta doa sudah saya lakukan, kini  saya bertawakal kepadaNYA kerana segala yang berlaku itu ialah kehendakNYA.

Di dalam entry akan datang, saya akan ceritakan apa kaitannya virus BP ini dengan MITOS chicken pox. Ini penting, nantikan entry saya.




3 comments:

MLanz said...

Sekarang dah ok..boleh post a new pic

Yanti Arshad said...

will do.

Sheila CellMaxx said...

Assalamualaikum Yanti semoga Mukhriz sudah semakin pulih. Tahukah Yanti CellMaxx by Maxxima boleh membantu diri kita merawat diri kita sendiri dgn mengeluarkan Stemcell Induk yg baru dari tulang sum2? CellMaxx BUKAN Stemcell. FB : CellMaxx by Maxxima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...