My Insta

Instagram

Monday, April 28

Terminal Bersepadu Selatan TBS

First time aku melangkah ke sini. The reason, nak fetch Danial & Afiq balik cuti. It was Saturday, so taklah sesak sangat kalau aku nak gi fetch dorang. 


My opinion... tempatnya super bersih!
Then teratur, systematic, luas...unlike the old Puduraya yg kotor dan sesak!


I like the shops here. Tapi tak dan nak singgah. They have foodcourt & fastfood. I like the meal-card system to buy food here. It's like a Touch n Go card...you buy the meal-card price RM20. You can use up all the amount or if there's a balance, you can claim it at the meal-card counter, according to Danial & Afiq. I havent try it yet, but i think it's an efficient way.


The ticket counters for south destination only.

You can also park your car at RM3 per entry. 





Friday, April 25

officially 12

In Malaysia, when you reach age 12, you need to have Mykad. It's a must. This year we came here for Mukhriz's. We reached JPN a bit late... around 1130am, on Saturday. It's a long queue. But it's okay bcoz we have no plans on that day except to fetch Danial & Afiq at TBS ( will updet abt that later ). 

He was so excited. Mestilah, kan? Hehehe....


After 1.5 hrs, it's a wrap! Alhamdulillah.


The happy face!




Thursday, April 24

Spidermanku!

Now I have my own Spiderman. Not one but four of them!
Owesem!

 Qme Mazlan, the lil' Spiderman.


 Mukhriz Mazlan.


 Fitri Danial Mazlan.


My truly Spiderman!



Ada bran???



I'm going to walk on this...soon!!!!

click here to read ---> in my other blog






Wednesday, April 23

Main Getah



Pada cuti yang lepas, Qme tanya aku tentang main getah. Katanya kat sekolah ada kawan2 main... bdk pompuan vs bdk lelaki. Mcm2 dia tanya aku...macam mana nak buat, macam mana cara main, apa peraturannya. So aku pun ceritakan pengalaman aku waktu main getah time sekolah rendah. 

Aku tunjuk kat dia cara buat getah tu. "Dulu, ibu guna getah warna-warni yg tebal sikit. Pastu cara buatnya guna ibu jari kaki...mcm menganyam, tapi sekarang ibu dah lupa. So kita buat cara manual lah ya." Qme was so eager to know abt this traditional game. I explained all the details to him, the rules, the stages.  Aku sambil explain, sambil nganyam getah tu sampailah siap. 

Getah yg digunakan pada zaman aku sekolah dahulu.


Inilah hasilnya. Nampak jer pendek tapi sebenarnya panjang apabila ditarik.


The very next day, the boys were enjoying themselves with main getah. I had mixed feeling... seronok & terharu. Seronok sebab dorang nak cuba main permainan tradisional. Terharu sebab i'm here watching them playing getah in front of my eyes. I can see myself 30 years ago. It brings back memories, my childhood memories. 




Mr. Hanger

*belated n3*

Thank you for your effort, dear. I know you are not a handyman and i know it's not easy to hang this on the wall. But you did your best with Danial's help. Proud with both of you!


This too is not an easy task to do. It needs patience and a thorough details. Thank you, love!




monopod

The 'in thing' sekarang nie. Bahasa pasarnya...popular! Mulanya aku tak nak beli. Pastu ntah camne ntah, buka Insta tgk ada monopod lelong...RM30. So bodohlah kalau aku tak grab, kan?

B4 this benda ni melambak aku  tengok... kat uptown, psr malam, dlm Lelong.com semua jual benda ni. Tapi aku kurang berkenan sebab semuanya hitam. Boring!!! Pastu mahal... ada yg sampai RM60. So tak payah!

Tapi bila aku tengok dalam Insta, nampak menarik pulak monopod nie. Dah lar murah pastu warna tu kira okey lar...girlie kaler gitu. 

Lepas nie selfie tak habis2 lar jawabnya! Hehehe... 




Thursday, April 17

Surah Kahf: 1-10.



Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)






Tuesday, April 1

Bell's Palsy


I believe not many know about this Bell's Palsy. Kenapa aku bukak topik ini? Sebab my Mukhriz sedang mengalami Bell's Palsy.

Bell's Palsy ialah otot pada sebelah muka menjadi lemah atau bahasa kasarnya, lumpuh sebelah muka! BP bukan berpunca daripada strok, tetapi kerosakan pada saraf muka yang mengawal otot, menyebabkan sebelah muka menjadi senget. Saraf yang rosak itu juga boleh memberi kesan kepada deria rasa, air mata serta air liur. Keadaan ini boleh berlaku dalam sekelip mata dan selalunya boleh disembuhkan. It is treatable. Ia bukan komplikasi kekal. Menurut pakar perubatan, punca BP ini tidak jelas namun kebanyakan kes adalah berpunca daripada virus  yg terdapat di dalam badan.

Contohnya Mukhriz yang menghidap Chicken Pox baru-baru ini. So, virus chicken pox itu agak teruk. Masuk minggu ketiga, aku perasan mimik muka Mukhriz berubah terutama apabila dia bercakap. Pipi kanannya senget. Jangan confused ya. Pipi yang senget itu ialah muka yang normal sebab ia boleh bergerak. Pipi kiri yang statik itu yang dipanggil BP kerana 'saraf tidur'. Mulanya aku sangka dia main-main. Tapi setelah aku perhatikan betul2, then aku bawa dia ke klinik for confirmation, yes, it's Bell's Palsy, CONFIRMED! 

Secara fizikal, percakapan Mukhriz normal. So no serious treatment needed. However it may take weeks or months for the muscle to get stronger. So doktor advised dia menjalani fisioterapi sendiri di rumah with some simple steps. Antaranya menyebut huruf2 vokal  a, e, i, o, u. Simptom selalunya sebelah muka sahaja. Muka akan terasa kebas, tertarik sebelah dan muka nampak lain. Sometimes, Mukhriz mengadu lenguh. Sian anak ibu. :-(


 Kesan Bell's Palsy pada pipi yang terlibat iaitu pipi kiri:-

1- mata kiri tak boleh ditutup.
2- susah untuk minum sebab air akan meleleh.
3- pipi kanan jadi lenguh kerana berfungsi sebelah sahaja.
4- mata kiri kering akibat tak boleh tertutup rapat
5- pipi kiri jadi kebas kerana tiada pergerakan.
6- tiada deria rasa pada mulut & lidah belah kiri.
7- telinga kiri kurang mendengar.

*tompok2 bekas chicken pox pada muka.*


Semua kesan ini dialami oleh Mukhriz. Selalunya BP boleh didiagnos dengan melakukan latihan fizikal seperti di atas tetapi kena rajin buat. Selain latihan di atas, boleh juga dituamkan kain panas suam2 kuku pada pipi.


Mengunyah chewing gum juga digalakkan oleh doktor, ia bertujuan untuk mengaktifkan semula saraf2 yang 'tidur'. Jangan terkejut jika saya katakan ada selebriti terkenal mengalami BP ini. Antaranya ialah...


Hero Gravity kita, George Clooney. Nampak tak perbezaan both pipi? Patutlah dia tak nak senyum lebih2. Ahaks!


Slyvester Stallone. Dulu saya ingat memang muka dia macam tu. Tapi rupa2 BP.



Hero James Bond, PB with BP. Nampak tak? Pipi kiri pasif, pipi kanan aktif.


Same goes with Mukhriz. Bila senyum, pipi kanan senget ke atas. Comparekan gambar di atas. Gambar kanan ialah gambar awal tahun, gambar kiri ialah gmbr latest. But alhamdulillah, the good news is...


...ini supply ubat utk sebulan. Prednosolone ialah steroid yg diperlukan utk percepatkan keaktifan saraf. Eyedrop adalah utk mata yg kering. Apabila mata tak boleh tutup rapat, mata akan jadi kering. Neurovit ialah vitamin utk saraf. InsyaAllah dengan segala ikhtiar ini, tempoh paling cepat untuk sembuh ialah sebulan, paling lambat ialah berbulan-bulan, tapi ia akan sembuh juga satu hari nanti sebab saraf itu cuma tidur, bukan mati. Usaha serta doa sudah saya lakukan, kini  saya bertawakal kepadaNYA kerana segala yang berlaku itu ialah kehendakNYA.

Di dalam entry akan datang, saya akan ceritakan apa kaitannya virus BP ini dengan MITOS chicken pox. Ini penting, nantikan entry saya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...