My Insta

Instagram

Friday, March 14

Projek Memikat Hati Ibu

Tempting tak title nie? Sebenarnya projek nie dah lama dah plannya tapi asyik tergendala. Projek ini aku namakan Sprinter Sprinkler. Tergeliat lidah nak sebut. Hehehe. Initially ini idea Danial. Sebab tu aku bubuh Sprinter sebab Danial ialah pelari pecut MRSM. Kalau tak silap, sejak tahun lepas lagi dia nak buat sprinkler nie. Macam2 yg dia propose. Ground built-in sprinkler, wall-mounted sprinkler, wheel-sprinkler. Tapi semua aku reject. Why, why and why? Sebab aku mahukan sprinkler yg practical, portable, simple, wide-range effect & low-maintenance. Kasi dia challenge sikit camne nak buat benda tu. Then cuti selama 5 hari yg lepas, he came up with this idea. Which i think is a brilliant idea! I like!!!!


DayOne...
Time tu aku tengah masak. All of a sudden, Danial kata dia nak buat sprinkler. I was like, "What???? Tengah hari buta nak buat sprinkler?". Terkejut aku sekejap. Dia kata, "Tak apa, dont worry, abg blh buat, trust me. Ibu jangan keluar, duduk diam2 kat dalam, jgn kacau abg buat." What can i say? I let him. Tapi dalam hati cuak jugak "Reti ke budak nie buat ikut specification aku?". Then bermulalah sesi selongkar-menyelongkar bilik stor belakang. Segala toolbox dia keluarkan. Aduhhhh!


Sesekali, aku jenguk dia dari dalam...

 Tinjau dia dari tingkap...

Aku jadi paparazi sekejap. Tengoklah tu, habis pasu2 kecik & batu-bata aku dia guna. Sekejap guna stretchable tube, sekejap guna hard tube. 

Then, Danial panggil aku keluar. Katanya Projek Memikat Hati Ibu hampir siap. Hmmm...not bad. I'm amazed. But I dont like the presentation of it. So he needs to do better than this. 


"I like the idea, the execution. It's well-tried, portable, simple, wide-range effect, low-maintenance except it is not practical. How do you suppose me to carry this thing from one place to another? The pot is heavy, not to mention the brick to stable the post. I believe you can do better than this", aku kata. Nampak dia down sekejap sebab rejection yang aku berikan tadi. But then i tried to lift his spirits by saying this...

"Kata nak jadi aircraft engineer? So these are what you have to face...rejection, criticism. Macam automobile engineer, they must make a prototype model to present to the customer. From there, customer akan beritahu apa yg perlu diimprove, apa yg tak nak, apa yg mereka nak. So samalah konsepnya dengan sprinkler nie. I am your customer and you need to abide by all my rules."


DayTwo.
So esoknya, first thing in the morning, aku nampak Danial dok godek2 sprinkler tu. What is his next plan, i totally have no idea. But i just go with the flow.

Tekun betul budak nak menghasilkan 'my kind of sprinkler'. With patience, i wait on the outcome of the idea....not only me but all family members are so eager.

I dont like the first attempt. But i'm fall in love with the 2nd one. Finally siap! He took two days to execute this idea of his. Yes, now i can declare this sprinkler as a practical one. Sebagai ibu, tentunya aku bangga sebab dia boleh buat. Hebat atau tidak hasilnya, jatuh nombor dua. Yang penting ialah usaha dan kesungguhan. Sedikit sebanyak ini membuktikan keikhlasan dia sepanjang menghasilkan sprinkler ini. He has done his part and i am satisfied with the outcome.


Finally, aku dapat sprinkler yang aku mahu. In three words....simple yet practical! Sprinkler nie agak ringan berbanding pasu besar tadi, so senang nak alih-alihkan. Jadi, mulai sekarang, aku tak perlu lagi nak berdiri lama2 utk kerja2 penyiraman rumput dan pokok2 bunga. I just place the sprinkler, turn the tap on and let it sprinkle for few minutes. Then remove it to the desire place and repeat the same process. As simple as that.

For my Fitri Danial, i'm proud with your 'projek memikat hati ibu' ini. Both thumbs up for your effort. So for the next project, you will have to.... Hehehe, macam Donald Trump dalam The Apprentice pulak. Okaylah, you have prove to us that you can do it. Well-done!







1 comment:

MLanz said...

He's an inventor despite his weakness in a small area. Gud Job Danial

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...