My Insta

Instagram

Tuesday, February 25

4 series!

Alhamdulillah....

I turned 40 this year. My mom always said, "40 ialah usia permulaan Nabi menjadi rasul. Maknanya usia sudah cukup matang. Lebih hampirkan diri kepada Pencipta. Tiada apa lagi yang patut dikejar selain akhirat kerana apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita." Dalam maksud mak. Ya, mak. Anakmu ini sedang melakukan apa yg terbaik untuk persediaan di sana nanti, insyaAllah. Doakan.

Turning 40 has taught me that it's beneficial and necessary to simply slow down. So far alhamdulillah... what I wish for before I reach 40, has granted. I really work hard to make sure all my wishes come true. Syukur, Dia Maha Mengetahui kerana dari dulu lagi, aku niatkan semua wish itu "Lillahi Taala"...kerana Allah. But as all know, I had my ups and downs. Tipulah kalau aku kata "Aku okey jer." No, I had a very rough life. In fact a rough, tough life but I survived. Alhamdulillah.

I'm proud to be me! One common thing that I always get from strangers is "You look younger than your age." Especially when I go out with my kiddos age 21, 17, 16, 12 & 11. I must admit that. Since my younger days, I believe the power of ulam. I fall in love with ulam since my teenage years. I started with petai & jering, pucuk paku, pucuk ubi rebus, then ulam raja, pegaga, then pucuk gajus and the list goes on.

Yup, i am a mother of five. Aku masih ingat lagi pesan mak masa aku baru2 kahwin dulu. "Beranak cepat2 dan rapat2, nanti tak susah nak jaga. Bila dah umur 40, anak2 dah besar, dah remaja, tak perlu nak ada extra 'handbeg', nak bawa botol susu, nak kendong sana sini. Time tu kita akan nampak muda sebab anak2 dah besar." Yup, I second that and I'm glad I took that advice. Thank you, mak.

I won’t lie, the number is a bit daunting to me. I’ve been dreading it for an entire year. In fact, I’ve been saying I’m 40 ever since I turned 39, just trying to get used to the idea. But I realized something this morning. 40 is just a number. It’s up to you whether or not you get old. Today, I didn’t get on the scale. I didn’t time my cholestrol burn or count my squats. I decided to count my blessings instead. 

At this 4 series age, I'm beginning to list down my new wish lists. Apart from lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, I would like to...

1. take a break from linguistic world especially my translation and writing world. Then,

2. to perform hajj and

3. learn to swim. i'm an aquaphobic okayyyy?? After that,

4. i want to travel around the world. Learn new culture, mingle with people around the world. 

I hv so many other things I want to achieve. Plus, I'm blessed with good health, great family and great friends. 

Here's my first well-wisher. My son,  Afiq, on 24th at 1130pm. 



Followed this morning was from...







Friends, thank you for my birthday messages. It's definitely been a birthday to remember. All these will make me smile. Again, millions thanks from deep of my heart. Love you all. Muahhhh... XOXOXO








Qme zombi

First experience aku handle anak yg kena chicken pox. Dulu, pada pengiraan aku, susah nak jaga org yg kena chicken pox nie sbb time aku kena dulu (that was 12yrs ago), memang leceh. Tapi alhamdulillah, mudah plak nak jaga si Qme nie. 

That morning bila dapat tahu dia kena, aku terus bawak dia ke klinik. Then confirmed kena CP. Then petang tu, ada kawan bagi daun mambu untuk dimandikan dengan airnya utk kurang gatal. Done that. Then malam tu, lumurkan calomine losyen seluruh badan Qme. Selama dua hari, aku bagi dia minum air kelapa dan berpantang makan. Avoid makanan gatal macam telur, ayam, seafood bagai. Orang tua2 kata jangan menggoreng di dalam rumah, jangan bagi makan kicap. Apa sinonimnya aku kurang pasti.

Pastu within seminggu, Qme dah okay. Aku mandikan dia dgn air basuhan beras juga....continue selama lagi seminggu. Alhamdulillah, Qme dah sembuh sepenuhnya dan tak banyak parut pada muka, cuma ada sedikit pada badan. 


Wednesday, February 12

Afiq, the journey begins...

Alhamdulillah syukur yg tak terhingga. Terima kasih Allah kerana Engkau telah memakbulkan doaku. Doa seorang hamba yg ada ketikanya meninggalkanMU, ada ketikanya, terlupakanMU. Namun Engkau tidak pernah sesekali meninggalkan aku. Ya Allah betapa diri ini terasa sangat malu dgn rezkiMU ini. Allahu Rabbi...

footnote: kpd yg nak tahu camne anak2 saya boleh dapat mrsm smart school, kenalah baca entri ni sampai habis yer. *peace*

Alhamdulillah... pagi yang agak tenang walaupun cuaca pagi agak panas kebelakangan ini. Segalanya berjalan lancar dr mula persiapan seminggu yg lalu. Ya Allah, aku bersyukur di atas kelancaran ini. 

Afiq merupakan second student baharu F4 yg mendaftar pada pagi itu. Alhamdulillah again, proses yang mengambil masa tak sampai 15 minit yg memerlukan kami bergerak dari satu table ke satu table untuk serahan dokumen, berjalan dengan cukup lancar. Alhamdulillah, berkat amalan membaca rabbi yassir walatu assir setiap pagi sebelum memulakan apa2 urusan. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui.


Bermula hari ini, perjalanan Afiq sebagai pelajar sudah berubah. Tapi aku tak risau sgt sebab dia pernah ada experience tinggal di sekolah sains di tingkatan 1. Walaupun hanya  bertahan 3 bulan, at least dia tahu how's life at boarding school, how to manage time & to adapt. 

Afiq sangat bertuah dan rezekinya sangat murah kerana ditempatkan bersama abangnya, FD. Citernya begini. Sebenarnya sejak keluar dari sek sains, memang afiq dah bgtaw aku berulang-ulang kali yg dia tak nak duduk boarding school. In fact dia pernah warning aku supaya jangan apply SBP at all! Dia memang tak nak. So here's the debate between a mother and a son. I still remember this.

Ibu: Tak nak SBP, okeyyyy, fine! Tapi dgn satu syarat.
Afiq: Syarat apa? 
Ibu: At least let me apply MRSM for you.

( lama dia silent)

Afiq: Okey, deal. Kalau dapat, Afiq kena consider dulu. Kalau tak dapat, ibu tak yah appeal.
Ibu: Settt!!!! 

Then apabila permohonan online utk MRSM dibuka, aku pun terus apply berbekalkan trial result (itu syarat memohon online). Once settle, bila aku beritahu dia yang aku dah apply MRSM, nak tahu apa reaksi dia? No response, macam tak ada nafsu, tak ada selera, tak tanya pun apply MRSM mana, dia buat deq macam pekak badak! Perghhh, angin satu badan aku dibuatnya!

Then, another 2 weeks, dia kena attend UKKM (ujian kemasukan ke mrsm) di MRSM Kuala Kubu Baharu. Ujian ini penting bagi memastikan kita layak atau tak masuk selain result akademik. At first, dia tak nak pergi. "Arghhh! Budak nie mula buat hal." Jenuh aku pujuk. Dia tak buat preparation apa pun utk ujian tu. Apabila hari UKKM tiba dan sebaik saja tiba di MRSM KKB...

Ibu: Bawa calculator electronic tak?
Afiq: Tak.

Rasa nak gugur jantung aku dibuatnya! Syarat ujian itu kena bawa calculator electronic utk pengiraan. Aku pun terpaksa menebalkan muka jumpa pegawai bertugas dan minta pinjam sebijik calculator. 

Pegawai: Kalau ikutkan, calon kena bawa calculator sendiri. Kami tak provide semua tu.
Ibu: Maaf sgt2 encik, anak saya memang terlupa sgt2 nak bawa.
Pegawai: Nanti saya tengok kalau ada. Tapi tak janji.


Lama jugak tunggu Afiq selesai UKKM. Kami & beberapa parents lain siap berkampung kat situ, mujur dekat dgn Fraser Hill, so rasa sejuk & nyaman. Then nampak semua calon dah keluar dari dewan exam. Aku terus dapatkan Afiq.

Ibu: Camner test tu?
Afiq: Kacang!
Ibu: Jangan berlagak sangat.
Afiq: Betul, bu. Taklah susah sangat, taklah senang sangat tapi dpt siapkan ikut masa yg diberi.
Ibu: Dapat tak calculator?
Afiq: Dapat, tapi tak guna sangat.

Then cerita berkaitan MRSM stops there, period! 

Until one Friday morning, I was totally shocked when i received the above sms. Cepat2 bukak weblink and tadaaaa!!!!! Alhamdulillah, terus buat sujud syukur. Aku tgk Afiq macam dah cuak, serba tak kena dia. Kejap duduk, kejap berdiri. Kejap naik ke bilik, kejap ke dapur. Then bila bukak link, terus dapat letter offer dan aku pun terkejut badak! Sungguh tak sangka tapi rasa bersyukur sgt2. Akhirnya hasrat aku untuk Afiq sama mrsm dgn Danial, Allah makbulkan. MRSM Alor Gajah... seperti yg aku apply! Maknanya pilihan ke mrsm ag telah diterima. Then the conversation begins:

Ibu: So, camner? Nak tak?
Afiq: (long pause).  Dapat mrsm smart school, mestilah nak.
Ibu: Alhamdulillah! Gi buat sujud syukur cepat.
Afiq: Dah buat dah tadi.
Ibu: (tersenyum panjang)

So, begitulah ceritanya bagaimana  dua anak bujang saya dapat mrsm smart school AG. Tiada kabel, tiada surat sokongan, tiada rayuan, tiada manderem what-so-ever. Hanya melalui usaha (apply online, attend UKKM exam, get superb result), berdoa dan bertawakal. Saya anggap ini rezeki anak2 saya. Alhamdulillah.


Kalau uols perasan, di awal entri tadi, Afiq pakai uniform rasmi MRSM, beige colour. Then he change to blue colour sebab katanya "Biru lebih ensem!".  "Sukahati lar...today is your day, wear what makes you look the best.", aku kata. Then, sementara tunggu taklimat bermula, si ibu dan anak ini mula lar berfesbuking & berwasup sana sini...to buy some times. 


Ini barisan warga MRSMag... lady in purple is YDP Muafakat AG, Dato' Rozanna, a friend of mine. Anak kami sebaya, Danial & Arissa in F5. Kebanyakan gurunya di sini aku kenal. Yelah, dah 5 tahun Danial kat situ dan dorang pun terkejut sebab "Adik Danial pun masuk sini juga." That was their statement for the whole day. Phew!

Parents of F4 student, new and old student. Yg berbaris di belakang itu ialah barisan BWP (badan wakil pelajar) yg banyak membantu kelancaran pendaftaran pada hari tersebut. Both thumbs up for them!!! And to my son too, Danial, sebab mengetuai kelancaran trafik di maktab, menggalas amanah yg diberikan oleh Ckg Zamri selaku warden dan guru kadet polis. 


The proud parents... 

 Afiq memulakan his first lunch di Dewan Selera as a student there,...


...memulakan his first q di kafe utk beli kuih-muih,...

 ...and memulakan his first challenge to adapt with this kind of scenario when the parents come! LOL!

Ibu tetap ibu, kan? Tak kiralah anak tu dah besar panjang ke, apa ke, ibu akan memastikan yg terbaik buat anak2nya, segalanya teratur, tersusun sehingga si ibu terlupa yg dia berada di dorm anak lelakinya! Oh Em Geeeee!!!! Alah, releklah! Sekali ini jer, lepas ni dah tak boleh nak spotcheck almari anak. Hehehe...


Kemudian, tibalah saat untuk berpisah daripada anakanda2 tersayang. Berbakul2 pesanan ditinggalkan kepada si abang antaranya... "Tengok-tengokkan adik tu, jangan buat tak peduli jer kat dia, at least for this week, jenguk2 dia, jenguk sekejap pun jadilah. Jgn lupa, ini amanah ibu untuk abg jaga adik kat sini."  Dan seperti biasa, respons si abang, "Ya, abang janji akan buat semua itu, ibu jgn risau." and i know he will.

Last but not least, the adik himself. "Belajar sungguh2, jgn main2, walaupun abang ada kat sini, pls dont take him for granted. One side of your shoulder carry your name and the other carry abang's name. Look-out for each other, help each other, always smile jgn nak tunjuk muka macho sgt. Jgn buat benda yg ibu tak suka. Here is totally a different world for you. I know you can handle yourself but dont over-handle, okay? Beriadahlah, do what you like tiap petang bcoz badan sihat, otak cergas. Ibu tak nak pisang berbuah dua kali, this time no turning back. Proceed and move on."

He just nod, nod and nod with smile. Again, itulah aku, ibu yg rela paksa melepaskan anak ketiganya ke boarding school. Syukur krn aku berjaya tidak menitiskan airmata depan anak2 walaupun dalam hati ini Allah saja yang tahu. Frankly, aku jadi 'patah kaki' sebab tiada lagi runner utk ke kedai, tiada lagi helper utk tolong angkatkan kain di ampaian atau basuhkan pinggan, tiada lagi guru sambilan utk observe adik2 buat homework, tiada lagi despatch utk hantar adik2 gi tusyen atau ngaji. 

But i'm okay with all that. Tapi hati ibu, kan? Beras yg keras tu pun blh lembut menjadi nasi, inikan hati manusia yang berbolak-balik setiap 2 saat. Semoga Allah beri aku kekuatan kerana 3 daripada 5 anakku kini sudah terpisah jauh demi menuntut ilmu. Harapanku, semoga mereka berjaya di dunia & di akhirat. InsyaAllah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...