My Insta

Instagram

Wednesday, October 9

PMR...final batch

Satu lagi sejarah tercipta dalam sistem pendidikan Msia dan juga dalam family aku. Afiq merupakan calon last batch PMR. Lepas ni no more PMR and will be replaced by other exam. Sehari sebelum exam, kecuakan Afiq terserlah. Dia nampak macam gelabah sikit. Katanya risau utk esok. Aku cakap...

"If you are well-prepared, no need to worry. This is the time to upgrade your doa bcoz you already give your all out. This is the time, inilah garisan penamatnya. You dah berlari jauh dan target adalah utk sampai ke garisan penamat dengan cemerlang. So buktikan. Do the best dan bertawakal. You, yourself know that you can do this."

Dia nampak calm sikit lepas aku cakap macam tu. Aku pun tak nak cakap berbakul2 sebab takut dia lagi stress. As a mother, aku bertambah cuak bila tengok dia cuak. Hahaha! Malam tu, lepas isyak, Afiq minta kami bawa dia keluar sekejap, ambil angin katanya. Kami lepak di kedai makan, tapi Afiq tak makan. Masih nervous agaknya. Kami tak bawa dia ke tempat favourite dia, kedai mamak, sebab tempat tu havoc sikit. That nite, Afiq tidur awal...1030pm dah masuk bilik. Selalunya habis mentelaah around 1, 2 pagi baru dia tidur.


Pagi tu dia bangun super awal... selepas solat subuh, aku tengok dia buat solat hajat, lama dia duduk atas sejadah lepas solat. Then, dia turun untuk breakfast, ala kadar. Kami teman Afiq sampai masuk dewan....tapi tengok dari jauh saja, tak nak dia tambah nervous. Dari kejauhan aku mendoakan agar Afiq dapat jawab dengan tenang, dipermudahkan untuk menjawab dan dijauhkan dari gangguan syaitan sepanjang exam, semoga Afiq mengikut jejak langkah kakak dan abangnya, insyaAllah. 


Hari ini, hari terakhir paper PMR. Tapi Afiq ada satu lagi paper penting utk dilalui. UKMM, exam utk kemasukan ke MRSM. Aku tahu Afiq tak nak masuk mana2 boarding school. Dia ex-student sekolah sains. He must hv his strong reason why he quits 3yrs ago. Tapi tak apa, aku apply kan saja. Kalau diterima dan dia tetap tak nak, it's okay with me. Kalau diterima dan dia nak, i'm happy for him. As a mother, for sure i want the best for him. At least apply, daripada tak apply langsung, that is my part. Dan untuk sedapkan hati dia, aku apply MRSM AG, tempat danial. Kalau diterima di situ dan Afiq agree, aku anggap itu satu rezeki daripada Allah SWT. This time aku tak apply SBP like i did masa UPSR dulu...again i repeat, tak apply on his request.

For Afiq, all the best for your UKMM exam. We, ibu and ayah, know you can do it. We have faith in you. Bila result keluar nanti dan tak mencapai sasaran, I'm fine with that sebab ibu tahu macam mana Afiq belajar. Yang penting, Afiq dah usaha dan berdoa. Now, leave it to HIM, berserah pada Dia sebab Dia Lebih Mengetahui. 










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...