My Insta

Instagram

Wednesday, October 9

Kenanga Wholesale Centre

Ini first time saya ke sini. Dah banyak kali plan tapi asyik tak jadi...masa tak mengizinkan. Ya, saya tahu ramai yg sudah ke sini, malah menjadi pengunjung tetap di sini. Dengar cerita harga barang2 kat di sini meletup2. So saya nak tengok sendiri, dengar cerita saja tak cukup. Seeing is believing!


Bangunan ni dari jauh dah tersergam. Mungkin sebab warna putihnya. Saya dok wonder, "Apa design petak-petak kosong di atas tu?" I'm about to find out. Parking di tingkat 9 atau 10, seriau! Seingat dulu, saya pernah ke sini tapi masa tu bangunan KWC ni tak ada. Yang ada cuma kedai2 borong tepi jalan. Bangunan2 nya berubah tapi keadaan tetap sama...haruk-pikuk, sibuk, sesak dengan kereta dan orang ramai!

Ikan di laut, asam di darat. Di KWC, bertemu juga! Haha! Saya bertembung dengan teman2 aerobik & badminton saya di sini. Saya baru sampai, dalam pukul 3 macam tu dan mereka dah nak balik. Rupa2 mereka dah ada sini sebelum kedai dibuka! Ahaks! Dorang ni shopping sakan betul! Ish, ish, ish!!!! Tak per, janji happy! 


 Kedai yang menjadi kegilaan anak muda sekarang nie. KEDAI TOPI! Mujur kedai ni tutup, kalau tak, anak saya dah menambah koleksi topinya di rumah. Buat semak jer!!


Kedai ni pun not bad. Misi saya kali ini ialah survey saja. Maksud saya, barang2 utk saya, saya tak beli dulu. Beli utk anak2 saja. Nak cakap rambang mata, tak juga. Maybe sebab saya dah set mind saya utk 'survey dulu'. Tapi kalau tanya saya, mostly semua kedai jual benda yang sama saja. Murah tu boleh dikatakan murah but still kena pandai pilih. Walaupun murah, i still value my money.


Sepanjang survey, saya tengok tak banyak kedai sukan di sini. Ada sebuah dua saja. Hmmmm... agak mendukacitakan juga, or maybe kedai sukan ada di luar bangunan ni, macam yg diberitahu oleh kawan2 yg saya jumpa tadi. 


Misteri terjawab sudah. Inilah design petak2 yg saya nampak dari luar bangunan tadi. Ini view dari tingkat 9 semasa otw balik, that was about 6pm macam tu. So, moral of the story ialah, memang banyak barang murah, melambak2. Kebanyakannya sama saja cuma kena pandai pilih dan bargain.

InsyaAllah saya akan ke sini lagi nanti dan akan updet dengan lebih panjang lebar perjalanan shopping saya di sini. Ahaks! Adios! 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...