My Insta

Instagram

Tuesday, September 10

kehilangan...aku redha

aku bukan jenis yang simply... "patah tumbuh hilang berganti". sebab pada aku, yg diganti tak sama dengan yg hilang. Waimah apa sekalipun....apa yang aku nak cerita ni maybe sound silly but this is just me.


I've just lost my make-up pouch last sunday. Location? Aeon Rawang. Exact location? Toilet 1st floor. What a dramatic place! Ekceli bukan salah aku pun. Kalau dorang sediakan dressing table macam kebanyakan shopping mall yg lain, tentu tak jadi macam ni.

Here's the story...

Selepas menunaikan hajat, macam biasa, aku ke sink utk cuci tangan dan touch-up mana yg patut. Masalahnya ialah toilet tu tak ada dressing table. Yang ada hanya sink seperti gambar di bawah. Deretan sinki moden dan cermin yang memanjang tanpa ada ruang nak letak apa2. What a non-user-friendly toilet!

So korang bayangkan...camne nak touchup? Di mana nak letak pouch tu? For ladies, i dont need to explain more. So aku masuk balik toilet yg aku masuk tadi (picture below).

So, aku sangkutkan handbeg kat pintu, keluarkan pouch dan letakkan pouch kat ruang bibir dinding belakang. Tapi due to lighting, aku terpaksa mengadap pintu toilet sebab kat situ terang sikit. Selepas sapu foundation ala kadar, aku pun terus masukkannya ke dalam handbeg yg digantung pada pintu dan terus keluar (ingat, aku mengadap pintu dan membelakangkan toilet bowl). Tak teringat langsung pouch yg aku letakkan di bibir dinding belakang. 

Then semasa di NSK, i felt something not right, tapi tak tahu apa dia. yg pasti, handbeg aku ringan. Cuak semacam. Tapi buat deq jer. Time tu dalam pukul 11pm ++.  Entah macam mana, otw balik rumah baru tetiba aku teringat pasal pouch tu. UWAAAAA!!!! 

Malam tu aku nangis...sedih lar juga. Tentu korang ingat aku ni psiko ke apa. Itu pun nak nangis ke? But let me tell you something. Aku jenis yang jaga barang apatah lagi barang tu ada sentimental value. Nak tahu apa yang sentimentalnya?

First, pouch tu is a gift from Vietnam.
Second, a very stylish Mary Kay lipbrush... is also a gift from a friend who inspired me to do some make-up before i go out.
Third, the lipstick itself is the colour that i've been looking for ages.
Forth, the make-up tools are my first make-up tools ever from elianto.
Fifth, all that are expensive!

So, that's the reason i cried, okayyyyy!!!! Thanx to my kids & hubby yang tak jemu pujuk aku dengan ayat power... "Tak apalar, nanti kita beli lain", "Dah nak hilang, nak buat macam mana.", "Rileks lar ibu, nanti beli lain." But they dont understand that yg baru takkan sama dgn yg lama.

That nite i made my own cronology which are...

1. maybe ada orang terjumpa, bagi kat cleaner dan cleaner simpankan.
2. maybe orang dah ambik
3. maybe ada orang terjumpa, bagi kat cleaner dan cleaner ambik!

The next day, aku pergi ke AEON Rawang dengan harapan yg menggunung. Aku jumpa security dan person in charge di management office. Setelah selesai, barulah aku rasa tenang bahawa jodoh aku dengan pouch mekap tu sampai di situ saja. 

Aku redha...








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...