My Insta

Instagram

Friday, August 30

Raya Tema Ribena

23 Syawal...

Masih belum terlambat utk ucapkan selamat hari raya buat semua. Entry raya tahun ini agak lewat...terlalu banyak kekangan, terlalu banyak halangan, terlalu padat dengan pelbagai urusan.

Tema tahun ini... PURPLE. Tapi aku tak nak sebut ikut warna, aku sebut ikut produk. So temanya ialah Ribena. Bersesuaian dengan tagline "Kanak-kanak Riang", jadi kami pun pose dengan mood riang di halaman rumah beserta sebatang dua pelita panjut.

Raya tahun ni kami sambut serba sederhana...macam tahun2 lain. Tahun ni giliran beraya di Melaka DULU. Last year, previous year, previous year and previous year (saja nak highlightkan) asyik balik AS jer. Seingat aku dah byk tahun tak beraya DAHULU di kampung abah aku...Mesti hari raya keempat or kelima, baru dapat beraya di Melaka...itupun semua adik-beradik dah balik KL. Tak best! Meh aku nak citer kenapa aku beraya di Melaka sedangkan rumah mak abah aku di Gombak.

Kampung Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka...kampung kebanggaan aku. Walaupun dah moden sikit, tapi suasana kampung tu masih ada. Di rumah pusaka inilah abah aku membesar. Nek Putih dan Tok Mat dah lama meninggal so rumah ini dijaga oleh maklang aku (adik abah). So tiap kali raya, kami enam beradik serta mak dan abah akan balik beraya di sini. Lagipun ramai saudara-mara kami di Melaka, N9 dan Johor. Senang citer, rumah ini ialah meeting point bila time raya atau time2 cuti.

Raya tahun nie, best! Dah lama aku tak join berkonvoi raya ke rumah sedara-mara. Walaupun jauh, entah di ceruk mana ntah, tapi seronok sebab suasana raya dapat dirasai. Kalau di AS, kami banyak terperuk dalam rumah....tgk TV. Kalau nak keluar beraya pun, tak tahu nak g rumah siapa, last2 redah shopping mall! Kesian kat anak2... mereka bosan. Kalau di Melaka, memang anak2 paling excited sebab dapat berjalan raya ke rmh sedara mara...dpt collect duit raya. Ahaks! Now let the pics speak...

Second day raya: Masjid Tanah, Melaka.

Danial dan Afiq belajar kait buah rambutan. Terkial-kial... kesian. Kat AS ada dusun buah kepunyaan nenek dan tokwan mereka tapi seingat aku, dorang menjejakkan kaki sekali jer kat sana, itupun masa umur 5, 6 tahun. Pastu tak pernah pergi dah....huhuhu.


From top left: Qme, Adam & Gufran main police and thief. Ibundaku dan anakandaku. Daniel yg tgh ambil mood nak kait rambutan. Anak dara, mak dara dan mak buyung yg cuba cover perut!


 Hasil yang diperolehi... durian, rambutan & buah nona.


Qme & Gufran enjoying each other company.

3rd day raya: Gemas, N9.

Jeles! Rumah felda yg dikelilingi dusun buah-buahan. Pokok durian lebih dari 10 batang. 


Tuan rumah menghidangkan buah durian sebagai pembuka selera... berbaldi2.


Dah kenyang makan durian, tunggu hidangan lunch pulak. Memasing dah tak larat nak menyandar sebab kekenyangan durian. 

Dari Gemas, singgah di Machap pulak. Kampng Yazzid.... Best sangat sbb suasana kampung.


Macam2 aksi ada... si cilik anak Yazzid, bergaya dgn kameranya...

Kami sampai di rumah lewat petang...memasing dah kepenatan. Then, raya ke-empat, xtvt bebas. so, ada yg pergi beraya kampung kawan, ada yang lepak saja di rumah. Kami ke Pekan Cowboy, mencari apa yang patut.

Basically, itulah cerita raya tahun nie. Nanti gambar2 beraya di KL pulak bersama adik-beradik... tungguuuu!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...