My Insta

Instagram

Tuesday, June 4

cerita r.u.g.b.y

DAY ONE...

MRSM Kuala Tganu.

Dah seminggu aku plan nak ke sini. Kebetulan musim cuti sekolah dan ada game ragbi inter-mrsm. So aku plan nak buat surprise kat Danial. For how many years, aku tak berkesempatan tengok Daniel lawan ragbi. Ada saja yang menghalang... timing selalu tak kena. But this time, i make sure that i've no more excuses!


Surprise aku menjadi! Danial terkejut tengok kami ada kat situ. Yang tak bestnya, kami  tiba semasa dia baru habis first game. Walaupun langkah kiri tapi mereka menang! Yes!!!! Second game ialah petang, so kami decide to stay and watch to show our support.


Acara wajib! Bergambar sebelum game bermula. Danial kata, merekalah team yang saiz player semuanya kecik-kecik, team lain semuanya bagak belaka!


Pemain ragbi Danial, Team Jumbo dari MRSM Alor Gajah. Korang wonder tak kenapa namanya JUMBO? Sebab Jumbo is Gajah, kan? Jadi, sinonim dgn Alor Gajah. Doa dibaca setiap kali sebelum perlawanan bermula. From the look of their face, aku boleh agak yang mereka boleh menang grouping, they have the confidence with them...InsyaAllah.


Ckg Hamid, as a coach, tentu dah berbakul2 nasihat yang dia berikan kepada player.  Ckg Hamid nie guru Ko-Q. Dia jugalah yang bawa Danial ke Langkawi last year... cerita di sini ---> olahraga


Dorang nie kan, suka sangat buat gimik memekik-mekik, terjerit-jerit. Kononnya nak dapatkan mood dan semangat berlawan. Kalau tak buat macam tu, tak sah katanya. What ever!!


Danial as a winger...jauh di belakang.

Seorang winger perlu tangkas, ada defensive skill dan paling laju berlari sebab dia kena elak daripada ditumbangkan oleh opponent. Bab laju tu aku tak sangsi sebab Danial is a school sprinter (pelari pecut maktab) dan 2 tahun dia menjadi olahragawan MRSM. That one memang no doubt. 

And finally he made it! Yess!!!!


Sekuntum bunga dikelilingi kumbang-kumbang. Seingat aku, aku sahaja wanita yang datang tengok anaknya main rugby. Aku tak segan, aku tak kekok sebab aku nak tengok anak aku main rugby, bukannya nak menggedik. So lantaklar apa korang nak kata. Ada aku kesah?!


After the winning...


None of us in the family would believe that he is a rugby player, a sprinter and an athelet. Nak tahu kenapa? Sebab semasa dia nie kecik, dalam umur setahun dua macam tu, dia sangat takut dengan RUMPUT! Dia takkan pijak rumput, so kalau gi playground, dia akan minta kami dukung sebab takut rumput. but now, it seems that he and rumput become one!


Souvenier. Aku pesan kat Danial "Jangan pakai baju ni untuk solat!". 

DAY TWO...


Sementara menunggu next game, kami bawak Daniel lunch di luar. Dua-beradik ni, orang selalu kata mereka kembar, dari kecik lagi. Dan orang selalu mistake Afiq for Danial dan vice-versa . Orang akan kata Danial ialah adik sebab tubuhnya yang kecik dan Afiq ialah abang sebab Afiq tinggi. Both hv different character too. Danial with his sports world, meanwhile Afiq with his gadjet thing. Kalau nak tanya pasal YouTube, latest application on Android, latest trending and whatnot, tanya Afiq... he is the master. Ahaks!

But both have different passion too. I'm glad bcoz they can teach each other what they know and even though they have their own 'thing', they still respect and never stop supporting each other in any way. 


Frankly, rugby is a 'rare' game for me. Bukan calang-calang orang boleh main ragbi nie....kena mantap dari segi mental dan fizikal. I raised my eyebrow for the first time, when Danial said he's a rugby player... that was 4 years ago. Bila aku kata, "Badan kecik nak main ragbi?" Danial just ketawakan aku. Then bit by bit, he explained to me why he is so eager to be with the rugby team.  


It took me 4 years to understand why he chose rugby. First of all bcoz he is a sprinter. In rugby, you must be super-fast in order to get rid of your opponent. Rugby's not like soccer. In soccer, you can easily get piss-off due to body contact, but in rugby, it's the other way round. Body contact is a must! That's why in rugby, you will not see they get into fight. Secondly, it's a short game. Each game will only take about 12 minutes (i'm not talking about an international rules here). But honestly, it's a rough game ever!!!!

Pemain simpanan sabar menunggu giliran di tengah panas. Hishh! Mereka ni betul-betul pemain tegar!

This is something yang aku jarang tengok. All the buses pun gather sama-sama. Ini cuma sebahagian. MRSM Felda, Gemencheh, Kuala Klawang and the list go on.



Dalam banyak2 bas, ada 3 bas yang berbeza. Bas MRSM Terendak sebab ia dikatakan mrsm askar kerana maktabnya dalam compound tentera, sebab tu warnanya pun warna korporat tentera. Then MRSM PDRM, also warna korporat PDRM. Satu lagi  ialah MRSM Lenggong (tak sempat snap). the other two in this pic ar mrsm merbok & mrsm kepala batas.


Demi sebiji bola, mereka sanggup dipijak, ditarik, diseret, dijatuhkan, dihempaskan ke tanah, dihempap, kecuali anggota dada ke atas tidak boleh disentuh. That's the rule. Aku yang first time tgk depan mata, rasa seriau but after a while, dah tak kisah dah sebab otak nie perlahan-lahan menerima bahawa that is nature of the game. Now, kita boleh tengok macam2 jenis jersi ragbi mrsm. Jom layan...


Mrsm Terendak

Ini pemain rugby mrsm mana plak ni? Hehehe..




Mrsm Bentong


Mrsm Pontian

Mrsm Beseri

Mrsm Muar (L) and Mrsm... tak pasti. 

Ada team yang buat gimik sebelum masuk padang.


as a result, bola ragbi ni jadi souvenir kami balik KL.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...