My Insta

Instagram

Wednesday, May 8

undi saya hak saya

5 Mei 2013, 7:30 pagi...
Saya dan en. asben dah tercegat di luar gate sekolah... masa tu ada dalam 20, 30 org yg turut sama menunggu.  Ada yg tak sabar2 nak masuk... pagi2 dah kecoh, mula pertikaikan itu ini. "Wahai manusia, Allah tak suka kepada org yg mengadu-domba."

 7:50 pagi...
Gate sekolah dibuka untuk beri laluan kepada org ramai untuk beratur di kaunter semakan saluran. Baca betul-betul! "Beratur di kaunter", bukan mengundi. Kang ada pulak yang nak jadikan isu mengundi awal.


8:10 pagi...
Selepas confirmkan saluran, saya terus beredar tanpa pandang kanan kiri. Dalam hati, "Harap2 tak ada kawan2 yang tahan aku utk berborak time2 nie."  Saya orang ke-10 pertama yg beratur di bilik Saluran 3. Lama juga tercegat kat situ. Sebaik saja giliran saya, tetiba ada orang OKU sampai dan saya beri dia laluan untuk mengundi dulu. *untungnya jadi orang OKU...ahaks!*


8:35pg....
Kami dah tunaikan tanggungjawab! Alhamdulillah... *gmbr diambil oleh jurugmbr tak pro, cet!*


Barisan dah mula panjang. Pergh!!! Mujur saya datang awal.


9 pagi...
Yang ini pulak, pemilih yang beratur nak semak saluran. Here's my feedbacks..

1. SPR sepatutnya beri laluan kepada pemilih yg sudah mencetak saluran mereka. Dgn ini mereka tak perlu beratur panjang dan dapat memberi laluan kepada pemilih yg tidak mencetak saluran.

2. Polling Agent perlu belajar menghormati sensitiviti pemilih. Anda tak perlulah pakai warna rasmi parti anda (seperti yg dibulatkan). Kalau Polling Agent lain boleh ikut peraturan, kenapa anda tak boleh? Belajarlah menghormati peraturan. Tak perlu 'pamerkan' kesetiaan anda, kerana apa yang lebih penting ialah merealisasikan kesetiaan anda di atas kertas undi . Be professional!

*Polling Agent (ejen tempat undi) ialah wakil parti bertanding yg bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.*

3. Kak, abang, kenapa beratur di atas rumput sedangkan ada koridor yg kosong di sebelah anda? Dahlah kosong, teduh pulak tu. Haiya!!! 


10.30 pagi...
Saya nak sangkal jaminan pengerusi SPR yang mengatakan ini dakwat kekal. TIPU! Saya buat eksperimen sendiri, belum sampai 5 jam dakwat ini dicalit.. Saya cuci dgn sabun sunlight dan inilah hasilnya. Ini tak sental betul2, kalau disental betul2, saya yakin dakwat tu hilang. Tapi saya akui, dakwat di celah-celah kuku masih tak boleh tanggal. Satu lagi, saya nak suggest calitan dakwat ni dibuat setelah proses memangkah selesai. Sebabnya, payah betul....takut dakwatnya tercalit pada kertas undi. Kalau tercalit, saya bimbang undi saya dikira undi rosak. In fact, dalam berita pada malam tu pun, ramai yg buat aduan pasal dakwat nie. Wahai SPR, pikir-pikirkanlah ya. *peace*


Last but not least, I'm glad everything went smooth. No gaduh-gaduh or tunjuk perasaan bcoz after all, we are still MALAYSIAN!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...