My Insta

Instagram

Thursday, April 25

The good and the bad

The good news...

Sekitar Majlis Anugerah & Penghargaan pada 13 April yang lepas.

 Anugerah Cemerlang Akademik 8A PMR. 


 The nominees are....


Anugerah Cemerlang Kokurikulum...Tokoh Olahragawan 2013.


Tahun lepas... Tokoh Olahragawan Harapan 2012.

The bad new....

Kereta buat hal!!!!

Kami bergerak awal dari rumah... lebih kurang pukul 5:15 pagi sbb target nak sampai di mrsm pukul 7.30 pagi. Selesai solat subuh di R&R Dengkil, kami teruskan perjalanan. Time tu indicator yg menunjukkan alternator rosak, mula muncul satu persatu.  Allahuakhbar! Allah sedang menguji. Aku taw, kalau alternator rosak, enjin akan shut-down terus, kereta tak boleh bergerak langsung. Sepanjang perjalanan, aku  berdoa..."Kalau nak shut-down pun, biarlah shut-down di R&R Seremban, kasihani dan lindungilah anak-anakku ini, Ya Allah."

Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Ngam-ngam kami parking di tepi surau Petronas R&R Seremban, enjin terus mati. Alhamdulillah. Hati memang gelisah sebab dah confirm tak sempat nak tengok Daniel terima anugerah. Tapi pada masa yang sama, rasa lega sebab anak2 yg tidur dalam kereta nie, terlindung daripada bahaya. Bayangkan kalau kereta mati tepi highway??? 

Mujur PlusRonda bertindak cepat...dlm 15 minit, dorang pun sampai. Kami decide nak repair di bengkel WOW...bengkel yg dilantik oleh PLUS. Cepat dan mudah. Sebab kalau nak guna insurance kereta, makan masa dan kereta kena ditarik ke KL utk direpair di KL.  Lama juga tunggu tow-truck WOW tu.  Dalam pukul 9:30 baru sampai di bengkel dekat Seremban. Pukul 11pg, baru kereta settle dan kami pun continue our journey dengan perasaan yg terbuku di hati sebab RM700 melayang sekelip mata! Arghhhh! Tak apalar... dah itu ketentuanNYA.

Kami sampai di mrsm pukul 1230tgh... majlis dah selesai, kesian Daniel. Tapi mujur dia faham. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...