My Insta

Instagram

Monday, April 8

green fingers

Last wiken kami sekeluarga decide utk lepak kat rumah. Reasonnya, the whole day byk sangat xtvt yg menafikan hak kami untuk outing macam selalu. Firstly, ada neber buat kenduri, org dah jemput, takkan tak pergi pula, kan? Pastu, Qme ada kelas PBS di sekolah sampai petang. So untuk isi masa lapang, aku pun buat plan untuk kemaskan laman rumah.

 So jom jenguk apa yg ada di garden aku nie...


I have bougainvillaea to greet my guest at the entrance.


Inilah pokok yg paling mudah, sempoi giler & sangat produktif. Asyik beranak jer kerjanya... yg dlm pot ni menunggu tempat yg sesuai utk dialihkan. 


Frankly, i dont consider myself as a green fingers person. But i love gardening. I love green!!!! *sebab tulah my dream vacation is land of down under, not US, not Europe. Sorry...*  Dulu aku tak suka tanam pokok bunga yg berwarna, aku suka tanam pokok fern atau  pokok puding sebabnya senang nak jaga, tahan  lasak. (macam tuannya jugak... senang nak jaga dan tahan lasak, haha)  Contohnya pokok puding yg aku tanam tepi dinding tu.... itu puding merah. aku tak siram 2, 3 minggu pun, elok jer tumbuhnya.  


Then, slowly aku menjinakkan diri dgn pokok bunga berwarna yg tahan lasak dan senang nak jaga... which is pokok bunga kertas aka bougainvillaea dan pokok ixora coccinea. I love the contrast colour of it!    


Ixora coccinea nie different dari ixora biasa sebab daunnya kecil. Ixora lain, daunnya besar-besar. That's the different. Ixora ni tak perlukan terlalu banyak air or it will die or wilt. Ixora coccinea ni lebih dikenali sebagai ixora Jepun. Maybe sebab daunnya kecik macam org Jepun. Kihkih. Ixora ni aku tanam jadikan border sepanjang 25 kaki in front of my main sliding door.



Ini di bahagian luar rumah. Pokok puding kuning hijau ni aku trim cantik2 dan bagi kemas. Aku jadikannya border di tepi jalan sepanjang 10 kaki. Bahagian kosong atas rumput tu aku tak plan nak tanam apa-apa, saja aku biarkan kosong, biar tumbuh melata rumput mutiara aku tu, tak nak serabut.


Selama ni, maksud aku sebelum aku tanam pokok bunga kertas ni, aku tak tahu pun ia berduri. Sebab tu ia tak ada masalah serangan serangga. Tajam giler tu!!! Tiap kali selepas trim, pasti tangan luka sana luka sini. Tapi aku suka dgn warna yg nie...purple + hijau! Refreshing!!!!

Pokok bunga ros cina aku tanam di kaki pokok palm, aku selang-selikan warnanya dgn warna putih but today, warna putih tu tak keluar pulak. So kerja trimming di sini dah selesai. 


This is my kitchen garden area. Kat sini aku tanam pokok serai, daun pandan, pokok kari, pokok limau kasturi, daun kesum & daun kunyit. Pokok cili api akan menyusul tak lama lagi sebab sedang disemai. Setiap pokok2 tu aku tanam selang seli dengan puding merah nie kecuali pokok serai & daun pandan.


This is my red palm. Yes, i know it takes a very very long time to grow big. It's ok, i dont mind waiting. Ahaks!

Aku jadikan bunga ros cina nie sebagai border antara kitchen garden dgn kawasan ampaian. Bordernya sepanjang 8 kaki... baru sekuntum berbunga. But no worries sebab pokok ni paling cepat berbunga dan senang nak jaga.

Cantik kan, pokok cili purple nie. 

So moral of the story is, i think i can consider myself as a green fingers lar jugak walaupun kebanyakannya bunga purple sampai cili pun purple. Happy gardening uolsssss...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...