My Insta

Instagram

Tuesday, April 30

CiNtA & KaWaN

This was sent by one of my long lost friend, Laila Ishak. We've been friends since secondary. After SPM, we never see each other until recently we met... in virtual world...the famous buddy aka FB!

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Biar kita tidak di hargai
Asal kita ada harga diri

Monday, April 29

photo-shoot lagi.


That morning something that i've waited for so long, finally landed in front of my doorstep! Its not a parcel but handed over personally to me! My DRIVE tshirt. Thank you, eima. 


Dua tiga hari sebelum tu, dah plan nak pakai sports wear yg lain for the photoshoot. Tapi bila dah dapat baju DRIVE, terus sarung baju tu. Making sure my tudung tak tutup the DRIVE label. 



Ayu, yg aku anggap macam adik sendiri, rajin melayan kerenah aku. Dia tolong pinkan tudung. Katanya, "Meh Ayu paku akak!" I never take serious with what she says. Ya, gurauannya memang kasar. Pada yang tak tahan, sure dah bergaduh dengan minah gedix nie.. Ahaks! 


Models of the day!
L-R: Ayu, me and Dessy.


Setiap daripada kami kena bergaya dengan equipment memasing.
Aku pilih Fixie Afiq.


Ayu dengan tali skipping.


Dessy dengan dumbell.


Before jemput tetamu makan, aku sempat berposing dengan wartawan kami, Intan Rohaizat from Karangkraf. This is our second collaboration. InsyaAllah, kalau ada rezki, next time pula. 


Ini rakan-rakan yg turut sama datang nak memeriahkan majlis jer... As usual kami ni.... makan, then potpet2, ketawa, bergosip, pastu makan balik, then sambung potpet2, ketawa lagi. Itulah kami.



"Owh, masa Intan tgh interview ai, ini kerja uol yer? Acara tapau-menapau kat dapur ai yer???"  Joking!  Hehehe...


"Ini apa hal ni? Angah jual barang panas ke, Ayu? Ketat semacam jer muka kau." LOL!

 Inilah sahabat2 yg menceriakan hari aku. Perut dah kenyang, makanan pun dah tapau, apa lagi, baliklah. Mujur aku guna pinggan, cawan plastik, kalau tak, jenuh nak sinsing lengan. Haha!


Majalah Rapi Keluaran Disember 2011: photoshoot pertama, tentang kesihatan.. 


Majalah Mingguan Wanita Keluaran Disember 2012: photoshoot tentang teknik solekan.


Bukan main lagi aku posing tapi rupanya muka saja yang masuk majalah, ceh!!!



Thursday, April 25

The good and the bad

The good news...

Sekitar Majlis Anugerah & Penghargaan pada 13 April yang lepas.

 Anugerah Cemerlang Akademik 8A PMR. 


 The nominees are....


Anugerah Cemerlang Kokurikulum...Tokoh Olahragawan 2013.


Tahun lepas... Tokoh Olahragawan Harapan 2012.

The bad new....

Kereta buat hal!!!!

Kami bergerak awal dari rumah... lebih kurang pukul 5:15 pagi sbb target nak sampai di mrsm pukul 7.30 pagi. Selesai solat subuh di R&R Dengkil, kami teruskan perjalanan. Time tu indicator yg menunjukkan alternator rosak, mula muncul satu persatu.  Allahuakhbar! Allah sedang menguji. Aku taw, kalau alternator rosak, enjin akan shut-down terus, kereta tak boleh bergerak langsung. Sepanjang perjalanan, aku  berdoa..."Kalau nak shut-down pun, biarlah shut-down di R&R Seremban, kasihani dan lindungilah anak-anakku ini, Ya Allah."

Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Ngam-ngam kami parking di tepi surau Petronas R&R Seremban, enjin terus mati. Alhamdulillah. Hati memang gelisah sebab dah confirm tak sempat nak tengok Daniel terima anugerah. Tapi pada masa yang sama, rasa lega sebab anak2 yg tidur dalam kereta nie, terlindung daripada bahaya. Bayangkan kalau kereta mati tepi highway??? 

Mujur PlusRonda bertindak cepat...dlm 15 minit, dorang pun sampai. Kami decide nak repair di bengkel WOW...bengkel yg dilantik oleh PLUS. Cepat dan mudah. Sebab kalau nak guna insurance kereta, makan masa dan kereta kena ditarik ke KL utk direpair di KL.  Lama juga tunggu tow-truck WOW tu.  Dalam pukul 9:30 baru sampai di bengkel dekat Seremban. Pukul 11pg, baru kereta settle dan kami pun continue our journey dengan perasaan yg terbuku di hati sebab RM700 melayang sekelip mata! Arghhhh! Tak apalar... dah itu ketentuanNYA.

Kami sampai di mrsm pukul 1230tgh... majlis dah selesai, kesian Daniel. Tapi mujur dia faham. 



Tuesday, April 23

the collection

Firstly, none of my kids yang bermata 4. They are just trying out their dad's collection of glasses. These are  merely the collections of en. somi... dari tahun '95 until present. Aku sangat2 berharap tak ada anak aku yg akan mewarisi genetik ini. 

Itu saja entry kali ini. 



Friday, April 12

Sejak hari itu..

Sejak hari itu, aku tak bahagia. Aku tahu allah sedang menguji aku. Aku redha. Aku rasa lost sgt2. Aku taw dahan tmpt aku berpaut dh rapuh. Segala yg dibina, hancur. Aku bkn lg aku yg dulu. Kini aku lbh suka mnyndri, bljr menyendiri, menyndr mlayan ht yg luka. Cuba membuang sejauh yg blh, kenangan2 indah. Lately nie aku kerap menangis...memikirkn nsb diri. Tapi aku redha... Itulah kt2 utk aku kuatkn smngt.

Sejak hari itu, aku lbh byk berahsia, byk berfikir, slalu berteka-teki. Kurang tidur mula menjd agenda utama dlm hidup, henfon menjd peneman setia d kala sunyi.

Bersambung...

Monday, April 8

green fingers

Last wiken kami sekeluarga decide utk lepak kat rumah. Reasonnya, the whole day byk sangat xtvt yg menafikan hak kami untuk outing macam selalu. Firstly, ada neber buat kenduri, org dah jemput, takkan tak pergi pula, kan? Pastu, Qme ada kelas PBS di sekolah sampai petang. So untuk isi masa lapang, aku pun buat plan untuk kemaskan laman rumah.

 So jom jenguk apa yg ada di garden aku nie...


I have bougainvillaea to greet my guest at the entrance.


Inilah pokok yg paling mudah, sempoi giler & sangat produktif. Asyik beranak jer kerjanya... yg dlm pot ni menunggu tempat yg sesuai utk dialihkan. 


Frankly, i dont consider myself as a green fingers person. But i love gardening. I love green!!!! *sebab tulah my dream vacation is land of down under, not US, not Europe. Sorry...*  Dulu aku tak suka tanam pokok bunga yg berwarna, aku suka tanam pokok fern atau  pokok puding sebabnya senang nak jaga, tahan  lasak. (macam tuannya jugak... senang nak jaga dan tahan lasak, haha)  Contohnya pokok puding yg aku tanam tepi dinding tu.... itu puding merah. aku tak siram 2, 3 minggu pun, elok jer tumbuhnya.  


Then, slowly aku menjinakkan diri dgn pokok bunga berwarna yg tahan lasak dan senang nak jaga... which is pokok bunga kertas aka bougainvillaea dan pokok ixora coccinea. I love the contrast colour of it!    


Ixora coccinea nie different dari ixora biasa sebab daunnya kecil. Ixora lain, daunnya besar-besar. That's the different. Ixora ni tak perlukan terlalu banyak air or it will die or wilt. Ixora coccinea ni lebih dikenali sebagai ixora Jepun. Maybe sebab daunnya kecik macam org Jepun. Kihkih. Ixora ni aku tanam jadikan border sepanjang 25 kaki in front of my main sliding door.



Ini di bahagian luar rumah. Pokok puding kuning hijau ni aku trim cantik2 dan bagi kemas. Aku jadikannya border di tepi jalan sepanjang 10 kaki. Bahagian kosong atas rumput tu aku tak plan nak tanam apa-apa, saja aku biarkan kosong, biar tumbuh melata rumput mutiara aku tu, tak nak serabut.


Selama ni, maksud aku sebelum aku tanam pokok bunga kertas ni, aku tak tahu pun ia berduri. Sebab tu ia tak ada masalah serangan serangga. Tajam giler tu!!! Tiap kali selepas trim, pasti tangan luka sana luka sini. Tapi aku suka dgn warna yg nie...purple + hijau! Refreshing!!!!

Pokok bunga ros cina aku tanam di kaki pokok palm, aku selang-selikan warnanya dgn warna putih but today, warna putih tu tak keluar pulak. So kerja trimming di sini dah selesai. 


This is my kitchen garden area. Kat sini aku tanam pokok serai, daun pandan, pokok kari, pokok limau kasturi, daun kesum & daun kunyit. Pokok cili api akan menyusul tak lama lagi sebab sedang disemai. Setiap pokok2 tu aku tanam selang seli dengan puding merah nie kecuali pokok serai & daun pandan.


This is my red palm. Yes, i know it takes a very very long time to grow big. It's ok, i dont mind waiting. Ahaks!

Aku jadikan bunga ros cina nie sebagai border antara kitchen garden dgn kawasan ampaian. Bordernya sepanjang 8 kaki... baru sekuntum berbunga. But no worries sebab pokok ni paling cepat berbunga dan senang nak jaga.

Cantik kan, pokok cili purple nie. 

So moral of the story is, i think i can consider myself as a green fingers lar jugak walaupun kebanyakannya bunga purple sampai cili pun purple. Happy gardening uolsssss...



date

I'm sure korang tak sabar nak tahu, kan? Bawak bertenang, okey?? Nie tak ada kaitan dengan dating... pleazzzeeee. Its about this one date.

3 april... its my doter's bday. Eventhough she's not with us, the reminder will always be there. Itu menunjukkan she's in our heart...always. 

tat's all for today's entry.

Thursday, April 4

cerita dobi

This is the latest addition at our neighbourhood. ekceli kedai dobi dah melambak kat sini tapi self-service is one of the kind. Pada aku, quiet convenient juga bcoz it is 24hrs. So anytime, kita boleh dump kain baju kat situ kalau agak2 nak pakai urgent.


Ini dryer section... just masukkan 50cents coin, total of RM4, then let it spins. Duration bergantung kepada berat. Then, it is up to you sama ada nak tunggu ke, gi ngeteh dulu ke or lepak layan wifi yg disediakan.


My first attempt here was on 3rd day of it's opening, masa tu baru jer balik dari DWTP. Takkan nak biarkan saja 'free wash' promotion nie, kan? So dump lar baju2 basah segala bagai. Improvise! Ahaks!



My youngest was so excited tengok washer ni berfungsi. Yelah, apa taknya, ini first time dia tengok live, selalunya dia tengok aku singgah kedai dobi, letak kain baju atas kaunter, ambil resit then ciau. Pastu esoknya, temankan aku ke kedai dobi tu untuk collect.  So he learned something new! While waiting, i did what i always do.... fesbuking!


Then, the very next day, on my way to 'fully-utilize' the free wash promotion again, tetiba aku ternampak signage ni. Tak jauh dari tempat dobi free yg aku nak pergi nie. Hmmm... macam cendawan tumbuh lar plak. Sempat jugak aku jumpa ownernya... malay owner. Tapi kat sini tak ada free promotion, operational starts on the 6th April with promotional price RM3.5 for wash then another RM3.50 for dryer.




Wednesday, April 3

Today


Today: It's Awin's burfday and my favourite celebrities too... Eddie Murphy, Alec Baldwin & Leona Lewis. 

Today: DSNTR has announced the dissolution of Parliament, paving the way for the 13th general election.

Today in 2009: DSNTR was appointed as our 6th Msia's PM.


Nantikan aku...


Agak lama aku tak jenguk ke sini... bukan lupa tapi waktu mencemburui aku. Byk benda penting yang lebih perlukan perhatian aku. Tapi nampaknya mulai dari saat ini, aku akan terus menintakan sesuatu utk kepuasan diri sendiri. Byk peristiwa samada suka ataupun sebaliknya berlaku tapi majoritinya menyedihkan... mungkin itu juga yang jadi penghalang utk aku ke sini. 


Nantikan aku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...