My Insta

Instagram

Thursday, December 19

Afiq's day

Dah lama tak menulis di sini... byk citer2 yg tak sempat aku sharekan. Terlalu banyak kenangan yg aku biar berlalu begitu saja. Ada yang manis, ada yang pahit. Tapi ada sesuatu yang mengheret aku untuk menulis kali ini.

Hari ini result PMR keluar. Macam biasa, aku yg terover cuak. Today history was made. Frankly, i dont put high hope pada afiq. I know how he studied, his struggle, his sacrifices. And i'm glad how it turns out for him. Since semalam, afiq tak nak aku teman dia gi amik result. Mamat ni memang independent giler kentang punya. I'm okey with that. You know why? Because i hv plan my own strategy. 

Sejak awal bulan lagi, aku dah set dlm HTC untuk cek result PMR via sms. Aku key in ic number dia, kod sekolah and angka giliran dia. So aku setkan siap2, tinggal nak tekan 'send' ajer. That's what i did this morning. Lagi 5 minit nak pukul 10 pagi, aku bukak draft sms then tekan 'send'.  Dalam 5 minit aku tunggu... cuak jugak. Then sms berbunyi... 7a 1b. At this point, I didnt know B is for what.

Honestly, aku macam tak rasa apa2. Walhal anak2 yg lain semuanya straight A PMR. i am not trying to be cool but i am cool. Dari dulu pun, aku memang ada satu perangai iaitu reserve for something imposibble. Nak kata frust, tak. Nak kata bengang, pun tak. Aku calm, releks, chill gitu. Macam tak ada perasaan. Apa yang lebih aku risaukan ialah Afiq. How he's gonna take it bcoz he is very damn sure that he can get straight As. My concern is more on him, on his reaction towards the result.

Sharp pkl 12tghari, Afiq sampai rumah...with sad face. Aku tanya pasal slip, dia kata "Ada, kejap". He was taking his time to hand it over to me. He passed me the slip, i tried to make conversation but he showed no interest. He went upstairs, terus berkurung dalam bilik...leaving me with his PMR slip. Aku yang terkulat-kulat. He got B for KH. Maybe dia frust, sedikit ralat. Menyesal tak kot sebab dia study. Until at this hour, afiq tak turun2 lagi. So i am writing this for him.


"Afiq....
...ibu tak tahu apa yg afiq rasa. Marah ke, sedih ke, bengang ke, sakit hati ke or what-not. But whatever the feeling is, it is normal. Semalam kan ibu dah pesan kat afiq... "be prepared to smile sampai telinga atau muka macam pecah pintu." Ibu always pesan macam tu kat uols adik-beradik. But your pecah pintu face is not worth it because your B is KH. Ibu tahu slip tu tak nampak cantik dengan B but there's nothing we can do now. Let it be! After all its KH. Bukan core subjek pun. And its not the end of the world.

Bayangkan student lain yg dapat worse score than you.... your friends, your classmates, your peers. Yang tak ada A pun ada taw. Apa ibu selalu pesan? Pandang mereka yg kurang bernasib baik daripada kita supaya kita dapat menginsafi diri, supaya kita selalu berpijak di bumi nyata, supaya kita bersyukur dgn apa yg kita dpt.

Afiq...
...you are excellent in other subjects...subject2 susah. Sejarah & sains yg tak pernah dapat A during trial, you get A. That is one hell of accomplishment!  You should proud of yourself. Yes, it is my dream to see hatrick 8As PMR in our family.. kakak, abang and you. But Allah dah tentukan yg impian ibu tu takkan tercapai dan ibu redho. Who knows...mybe Allah nak kabulkan impian yg lain pulak dan Allah nak bagi Afiq something yg lebih baik lagi daripada nie. InsyaAllah. Dont compare yourself with kakak and abang. You is you.

So not to worry, my child Afiq. Bagi ibu dan ayah, you did great. I know this may sound cliche but we are proud of you...even with 7A. That is much much better than 6A or no A at all, rite? So enough with your muka pecah pintu, lets celebrate and have fun tonite!"











Wednesday, October 9

PMR...final batch

Satu lagi sejarah tercipta dalam sistem pendidikan Msia dan juga dalam family aku. Afiq merupakan calon last batch PMR. Lepas ni no more PMR and will be replaced by other exam. Sehari sebelum exam, kecuakan Afiq terserlah. Dia nampak macam gelabah sikit. Katanya risau utk esok. Aku cakap...

"If you are well-prepared, no need to worry. This is the time to upgrade your doa bcoz you already give your all out. This is the time, inilah garisan penamatnya. You dah berlari jauh dan target adalah utk sampai ke garisan penamat dengan cemerlang. So buktikan. Do the best dan bertawakal. You, yourself know that you can do this."

Dia nampak calm sikit lepas aku cakap macam tu. Aku pun tak nak cakap berbakul2 sebab takut dia lagi stress. As a mother, aku bertambah cuak bila tengok dia cuak. Hahaha! Malam tu, lepas isyak, Afiq minta kami bawa dia keluar sekejap, ambil angin katanya. Kami lepak di kedai makan, tapi Afiq tak makan. Masih nervous agaknya. Kami tak bawa dia ke tempat favourite dia, kedai mamak, sebab tempat tu havoc sikit. That nite, Afiq tidur awal...1030pm dah masuk bilik. Selalunya habis mentelaah around 1, 2 pagi baru dia tidur.


Pagi tu dia bangun super awal... selepas solat subuh, aku tengok dia buat solat hajat, lama dia duduk atas sejadah lepas solat. Then, dia turun untuk breakfast, ala kadar. Kami teman Afiq sampai masuk dewan....tapi tengok dari jauh saja, tak nak dia tambah nervous. Dari kejauhan aku mendoakan agar Afiq dapat jawab dengan tenang, dipermudahkan untuk menjawab dan dijauhkan dari gangguan syaitan sepanjang exam, semoga Afiq mengikut jejak langkah kakak dan abangnya, insyaAllah. 


Hari ini, hari terakhir paper PMR. Tapi Afiq ada satu lagi paper penting utk dilalui. UKMM, exam utk kemasukan ke MRSM. Aku tahu Afiq tak nak masuk mana2 boarding school. Dia ex-student sekolah sains. He must hv his strong reason why he quits 3yrs ago. Tapi tak apa, aku apply kan saja. Kalau diterima dan dia tetap tak nak, it's okay with me. Kalau diterima dan dia nak, i'm happy for him. As a mother, for sure i want the best for him. At least apply, daripada tak apply langsung, that is my part. Dan untuk sedapkan hati dia, aku apply MRSM AG, tempat danial. Kalau diterima di situ dan Afiq agree, aku anggap itu satu rezeki daripada Allah SWT. This time aku tak apply SBP like i did masa UPSR dulu...again i repeat, tak apply on his request.

For Afiq, all the best for your UKMM exam. We, ibu and ayah, know you can do it. We have faith in you. Bila result keluar nanti dan tak mencapai sasaran, I'm fine with that sebab ibu tahu macam mana Afiq belajar. Yang penting, Afiq dah usaha dan berdoa. Now, leave it to HIM, berserah pada Dia sebab Dia Lebih Mengetahui. 










Kenanga Wholesale Centre

Ini first time saya ke sini. Dah banyak kali plan tapi asyik tak jadi...masa tak mengizinkan. Ya, saya tahu ramai yg sudah ke sini, malah menjadi pengunjung tetap di sini. Dengar cerita harga barang2 kat di sini meletup2. So saya nak tengok sendiri, dengar cerita saja tak cukup. Seeing is believing!


Bangunan ni dari jauh dah tersergam. Mungkin sebab warna putihnya. Saya dok wonder, "Apa design petak-petak kosong di atas tu?" I'm about to find out. Parking di tingkat 9 atau 10, seriau! Seingat dulu, saya pernah ke sini tapi masa tu bangunan KWC ni tak ada. Yang ada cuma kedai2 borong tepi jalan. Bangunan2 nya berubah tapi keadaan tetap sama...haruk-pikuk, sibuk, sesak dengan kereta dan orang ramai!

Ikan di laut, asam di darat. Di KWC, bertemu juga! Haha! Saya bertembung dengan teman2 aerobik & badminton saya di sini. Saya baru sampai, dalam pukul 3 macam tu dan mereka dah nak balik. Rupa2 mereka dah ada sini sebelum kedai dibuka! Ahaks! Dorang ni shopping sakan betul! Ish, ish, ish!!!! Tak per, janji happy! 


 Kedai yang menjadi kegilaan anak muda sekarang nie. KEDAI TOPI! Mujur kedai ni tutup, kalau tak, anak saya dah menambah koleksi topinya di rumah. Buat semak jer!!


Kedai ni pun not bad. Misi saya kali ini ialah survey saja. Maksud saya, barang2 utk saya, saya tak beli dulu. Beli utk anak2 saja. Nak cakap rambang mata, tak juga. Maybe sebab saya dah set mind saya utk 'survey dulu'. Tapi kalau tanya saya, mostly semua kedai jual benda yang sama saja. Murah tu boleh dikatakan murah but still kena pandai pilih. Walaupun murah, i still value my money.


Sepanjang survey, saya tengok tak banyak kedai sukan di sini. Ada sebuah dua saja. Hmmmm... agak mendukacitakan juga, or maybe kedai sukan ada di luar bangunan ni, macam yg diberitahu oleh kawan2 yg saya jumpa tadi. 


Misteri terjawab sudah. Inilah design petak2 yg saya nampak dari luar bangunan tadi. Ini view dari tingkat 9 semasa otw balik, that was about 6pm macam tu. So, moral of the story ialah, memang banyak barang murah, melambak2. Kebanyakannya sama saja cuma kena pandai pilih dan bargain.

InsyaAllah saya akan ke sini lagi nanti dan akan updet dengan lebih panjang lebar perjalanan shopping saya di sini. Ahaks! Adios! 





Sunday, September 22

spagheti aglio olio...homemade

Alhamdulillah...ramai yang LIKE status spageti simple saya. Kat sini saya nak citer sikit pasal namanya yg agak berbelit nak sebut. Kalau kita translate namanya, ia menjadi Spageti Minyak Bawang Putih. Di dalam bahasa Itali, aglio bermaksud bawang putih dan olio bermaksud minyak. Dan di dalam translation, kita kena terbalikkan kedudukan olio dan aglio. 


 Kepada sesiapa yang nak resipi nie, bolehlah ambil di blog dapur saya di sini ---> Spageti Aglio Olio. Selamat mencuba!









Tuesday, September 10

kehilangan...aku redha

aku bukan jenis yang simply... "patah tumbuh hilang berganti". sebab pada aku, yg diganti tak sama dengan yg hilang. Waimah apa sekalipun....apa yang aku nak cerita ni maybe sound silly but this is just me.


I've just lost my make-up pouch last sunday. Location? Aeon Rawang. Exact location? Toilet 1st floor. What a dramatic place! Ekceli bukan salah aku pun. Kalau dorang sediakan dressing table macam kebanyakan shopping mall yg lain, tentu tak jadi macam ni.

Here's the story...

Selepas menunaikan hajat, macam biasa, aku ke sink utk cuci tangan dan touch-up mana yg patut. Masalahnya ialah toilet tu tak ada dressing table. Yang ada hanya sink seperti gambar di bawah. Deretan sinki moden dan cermin yang memanjang tanpa ada ruang nak letak apa2. What a non-user-friendly toilet!

So korang bayangkan...camne nak touchup? Di mana nak letak pouch tu? For ladies, i dont need to explain more. So aku masuk balik toilet yg aku masuk tadi (picture below).

So, aku sangkutkan handbeg kat pintu, keluarkan pouch dan letakkan pouch kat ruang bibir dinding belakang. Tapi due to lighting, aku terpaksa mengadap pintu toilet sebab kat situ terang sikit. Selepas sapu foundation ala kadar, aku pun terus masukkannya ke dalam handbeg yg digantung pada pintu dan terus keluar (ingat, aku mengadap pintu dan membelakangkan toilet bowl). Tak teringat langsung pouch yg aku letakkan di bibir dinding belakang. 

Then semasa di NSK, i felt something not right, tapi tak tahu apa dia. yg pasti, handbeg aku ringan. Cuak semacam. Tapi buat deq jer. Time tu dalam pukul 11pm ++.  Entah macam mana, otw balik rumah baru tetiba aku teringat pasal pouch tu. UWAAAAA!!!! 

Malam tu aku nangis...sedih lar juga. Tentu korang ingat aku ni psiko ke apa. Itu pun nak nangis ke? But let me tell you something. Aku jenis yang jaga barang apatah lagi barang tu ada sentimental value. Nak tahu apa yang sentimentalnya?

First, pouch tu is a gift from Vietnam.
Second, a very stylish Mary Kay lipbrush... is also a gift from a friend who inspired me to do some make-up before i go out.
Third, the lipstick itself is the colour that i've been looking for ages.
Forth, the make-up tools are my first make-up tools ever from elianto.
Fifth, all that are expensive!

So, that's the reason i cried, okayyyyy!!!! Thanx to my kids & hubby yang tak jemu pujuk aku dengan ayat power... "Tak apalar, nanti kita beli lain", "Dah nak hilang, nak buat macam mana.", "Rileks lar ibu, nanti beli lain." But they dont understand that yg baru takkan sama dgn yg lama.

That nite i made my own cronology which are...

1. maybe ada orang terjumpa, bagi kat cleaner dan cleaner simpankan.
2. maybe orang dah ambik
3. maybe ada orang terjumpa, bagi kat cleaner dan cleaner ambik!

The next day, aku pergi ke AEON Rawang dengan harapan yg menggunung. Aku jumpa security dan person in charge di management office. Setelah selesai, barulah aku rasa tenang bahawa jodoh aku dengan pouch mekap tu sampai di situ saja. 

Aku redha...








Friday, August 30

Raya Tema Ribena

23 Syawal...

Masih belum terlambat utk ucapkan selamat hari raya buat semua. Entry raya tahun ini agak lewat...terlalu banyak kekangan, terlalu banyak halangan, terlalu padat dengan pelbagai urusan.

Tema tahun ini... PURPLE. Tapi aku tak nak sebut ikut warna, aku sebut ikut produk. So temanya ialah Ribena. Bersesuaian dengan tagline "Kanak-kanak Riang", jadi kami pun pose dengan mood riang di halaman rumah beserta sebatang dua pelita panjut.

Raya tahun ni kami sambut serba sederhana...macam tahun2 lain. Tahun ni giliran beraya di Melaka DULU. Last year, previous year, previous year and previous year (saja nak highlightkan) asyik balik AS jer. Seingat aku dah byk tahun tak beraya DAHULU di kampung abah aku...Mesti hari raya keempat or kelima, baru dapat beraya di Melaka...itupun semua adik-beradik dah balik KL. Tak best! Meh aku nak citer kenapa aku beraya di Melaka sedangkan rumah mak abah aku di Gombak.

Kampung Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka...kampung kebanggaan aku. Walaupun dah moden sikit, tapi suasana kampung tu masih ada. Di rumah pusaka inilah abah aku membesar. Nek Putih dan Tok Mat dah lama meninggal so rumah ini dijaga oleh maklang aku (adik abah). So tiap kali raya, kami enam beradik serta mak dan abah akan balik beraya di sini. Lagipun ramai saudara-mara kami di Melaka, N9 dan Johor. Senang citer, rumah ini ialah meeting point bila time raya atau time2 cuti.

Raya tahun nie, best! Dah lama aku tak join berkonvoi raya ke rumah sedara-mara. Walaupun jauh, entah di ceruk mana ntah, tapi seronok sebab suasana raya dapat dirasai. Kalau di AS, kami banyak terperuk dalam rumah....tgk TV. Kalau nak keluar beraya pun, tak tahu nak g rumah siapa, last2 redah shopping mall! Kesian kat anak2... mereka bosan. Kalau di Melaka, memang anak2 paling excited sebab dapat berjalan raya ke rmh sedara mara...dpt collect duit raya. Ahaks! Now let the pics speak...

Second day raya: Masjid Tanah, Melaka.

Danial dan Afiq belajar kait buah rambutan. Terkial-kial... kesian. Kat AS ada dusun buah kepunyaan nenek dan tokwan mereka tapi seingat aku, dorang menjejakkan kaki sekali jer kat sana, itupun masa umur 5, 6 tahun. Pastu tak pernah pergi dah....huhuhu.


From top left: Qme, Adam & Gufran main police and thief. Ibundaku dan anakandaku. Daniel yg tgh ambil mood nak kait rambutan. Anak dara, mak dara dan mak buyung yg cuba cover perut!


 Hasil yang diperolehi... durian, rambutan & buah nona.


Qme & Gufran enjoying each other company.

3rd day raya: Gemas, N9.

Jeles! Rumah felda yg dikelilingi dusun buah-buahan. Pokok durian lebih dari 10 batang. 


Tuan rumah menghidangkan buah durian sebagai pembuka selera... berbaldi2.


Dah kenyang makan durian, tunggu hidangan lunch pulak. Memasing dah tak larat nak menyandar sebab kekenyangan durian. 

Dari Gemas, singgah di Machap pulak. Kampng Yazzid.... Best sangat sbb suasana kampung.


Macam2 aksi ada... si cilik anak Yazzid, bergaya dgn kameranya...

Kami sampai di rumah lewat petang...memasing dah kepenatan. Then, raya ke-empat, xtvt bebas. so, ada yg pergi beraya kampung kawan, ada yang lepak saja di rumah. Kami ke Pekan Cowboy, mencari apa yang patut.

Basically, itulah cerita raya tahun nie. Nanti gambar2 beraya di KL pulak bersama adik-beradik... tungguuuu!



Monday, July 29

give up or let go?


There is a big difference between giving up and letting go. Giving up means selling yourself short. It means allowing fear and struggle to limit your opportunities and keep you stuck. Letting go means freeing yourself from something that is no longer serving you. It means removing toxic people and belief systems from your life so that you can make room for relationships and ideas that are conducive to your well being and happiness.

Giving up reduces your life. Letting go expands it.
Giving up is imprisoning. Letting go is liberation.
Giving up is self-defeat. Letting go is self-care.

So the next time you make the decision to release something or someone that is stifling your happiness and growth, and a person has the audacity to accuse you of giving up or being weak, remind yourself of the difference. Remind yourself that you don’t need anyone’s permission or approval to live your life in the way that feels right. No one has the authority to tell you who to be or how to live. No one gets to decide what your life should look like or who should be a part of it. No one, but you.


Giving up doesn't always mean you're weak, sometimes it means that you are strong enough to let go. Letting go someone dear to you, is hard. But holding on someone who doesn't even feel the same, is much harder. Sometimes, we just need a lil' bit of alone time to clear our head, to choose to give up or to let go.... 






Tuesday, July 16

Marhaban Ya Ramadan

Marhaban Ya Ramadan... bermaksud Selamat Datang Ramadan. Hari ni dah masuk seminggu puasa. Waktu inilah hotel2, restoran2 busy dengan promotion bufet ramadan memasing. Ada yang mahal, ada yang sederhana mahal dan definitely tak ada yang murah. Ahaks! Bagi kami sekeluarga, berbuka puasa di luar ni dah jadi acara wajib tiap kali ramadan tiba, memadai hanya dengan sekali sepanjang ramadan. Bukan tujuan nak membazir atau nak show-off, tapi sekali-sekala bawa anak2 berbuka di luar, seronok juga. Normally kami akan pergi ke bufet2 yg suit dengan bajet kami...tak nak membazir. 

Kat sini aku nak share tempat2 berbuka yang kami pernah pergi. uols boleh klik di setiap nama lokasi untuk tahu cerita di sebaliknya atau untuk dapatkan info. 









*bufet di sini aku bagi 10/10 bintang,
sebab sangat puas hati, sedap, tempat pun selesa.
This was the best buffet ramadan ever for us.* 


2007: Hotel Intekma, Shah Alam. *tapi tak ada pic...huhu*

Itulah kisahnya...selama 29 hari ramadan, apa salahnya kalau sehari tu kita gunakan untuk beriftar di luar bersama keluarga, kan? Asalkan bajet tak lari. Tapi saya yakin dengan janji Allah iaitu "Sedekah takkan jadikan kita miskin." Jadi, sedekahlah dalam apa bentuk sekali pun. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta benda tetapi dalam bentuk makanan juga, apatah lagi kalau kita bersedekah untuk ahli keluarga kita kerana bersedekah mendatangkan berkat dan rezeki. InsyaAllah. Kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa. 











Tuesday, June 4

cerita r.u.g.b.y

DAY ONE...

MRSM Kuala Tganu.

Dah seminggu aku plan nak ke sini. Kebetulan musim cuti sekolah dan ada game ragbi inter-mrsm. So aku plan nak buat surprise kat Danial. For how many years, aku tak berkesempatan tengok Daniel lawan ragbi. Ada saja yang menghalang... timing selalu tak kena. But this time, i make sure that i've no more excuses!


Surprise aku menjadi! Danial terkejut tengok kami ada kat situ. Yang tak bestnya, kami  tiba semasa dia baru habis first game. Walaupun langkah kiri tapi mereka menang! Yes!!!! Second game ialah petang, so kami decide to stay and watch to show our support.


Acara wajib! Bergambar sebelum game bermula. Danial kata, merekalah team yang saiz player semuanya kecik-kecik, team lain semuanya bagak belaka!


Pemain ragbi Danial, Team Jumbo dari MRSM Alor Gajah. Korang wonder tak kenapa namanya JUMBO? Sebab Jumbo is Gajah, kan? Jadi, sinonim dgn Alor Gajah. Doa dibaca setiap kali sebelum perlawanan bermula. From the look of their face, aku boleh agak yang mereka boleh menang grouping, they have the confidence with them...InsyaAllah.


Ckg Hamid, as a coach, tentu dah berbakul2 nasihat yang dia berikan kepada player.  Ckg Hamid nie guru Ko-Q. Dia jugalah yang bawa Danial ke Langkawi last year... cerita di sini ---> olahraga


Dorang nie kan, suka sangat buat gimik memekik-mekik, terjerit-jerit. Kononnya nak dapatkan mood dan semangat berlawan. Kalau tak buat macam tu, tak sah katanya. What ever!!


Danial as a winger...jauh di belakang.

Seorang winger perlu tangkas, ada defensive skill dan paling laju berlari sebab dia kena elak daripada ditumbangkan oleh opponent. Bab laju tu aku tak sangsi sebab Danial is a school sprinter (pelari pecut maktab) dan 2 tahun dia menjadi olahragawan MRSM. That one memang no doubt. 

And finally he made it! Yess!!!!


Sekuntum bunga dikelilingi kumbang-kumbang. Seingat aku, aku sahaja wanita yang datang tengok anaknya main rugby. Aku tak segan, aku tak kekok sebab aku nak tengok anak aku main rugby, bukannya nak menggedik. So lantaklar apa korang nak kata. Ada aku kesah?!


After the winning...


None of us in the family would believe that he is a rugby player, a sprinter and an athelet. Nak tahu kenapa? Sebab semasa dia nie kecik, dalam umur setahun dua macam tu, dia sangat takut dengan RUMPUT! Dia takkan pijak rumput, so kalau gi playground, dia akan minta kami dukung sebab takut rumput. but now, it seems that he and rumput become one!


Souvenier. Aku pesan kat Danial "Jangan pakai baju ni untuk solat!". 

DAY TWO...


Sementara menunggu next game, kami bawak Daniel lunch di luar. Dua-beradik ni, orang selalu kata mereka kembar, dari kecik lagi. Dan orang selalu mistake Afiq for Danial dan vice-versa . Orang akan kata Danial ialah adik sebab tubuhnya yang kecik dan Afiq ialah abang sebab Afiq tinggi. Both hv different character too. Danial with his sports world, meanwhile Afiq with his gadjet thing. Kalau nak tanya pasal YouTube, latest application on Android, latest trending and whatnot, tanya Afiq... he is the master. Ahaks!

But both have different passion too. I'm glad bcoz they can teach each other what they know and even though they have their own 'thing', they still respect and never stop supporting each other in any way. 


Frankly, rugby is a 'rare' game for me. Bukan calang-calang orang boleh main ragbi nie....kena mantap dari segi mental dan fizikal. I raised my eyebrow for the first time, when Danial said he's a rugby player... that was 4 years ago. Bila aku kata, "Badan kecik nak main ragbi?" Danial just ketawakan aku. Then bit by bit, he explained to me why he is so eager to be with the rugby team.  


It took me 4 years to understand why he chose rugby. First of all bcoz he is a sprinter. In rugby, you must be super-fast in order to get rid of your opponent. Rugby's not like soccer. In soccer, you can easily get piss-off due to body contact, but in rugby, it's the other way round. Body contact is a must! That's why in rugby, you will not see they get into fight. Secondly, it's a short game. Each game will only take about 12 minutes (i'm not talking about an international rules here). But honestly, it's a rough game ever!!!!

Pemain simpanan sabar menunggu giliran di tengah panas. Hishh! Mereka ni betul-betul pemain tegar!

This is something yang aku jarang tengok. All the buses pun gather sama-sama. Ini cuma sebahagian. MRSM Felda, Gemencheh, Kuala Klawang and the list go on.



Dalam banyak2 bas, ada 3 bas yang berbeza. Bas MRSM Terendak sebab ia dikatakan mrsm askar kerana maktabnya dalam compound tentera, sebab tu warnanya pun warna korporat tentera. Then MRSM PDRM, also warna korporat PDRM. Satu lagi  ialah MRSM Lenggong (tak sempat snap). the other two in this pic ar mrsm merbok & mrsm kepala batas.


Demi sebiji bola, mereka sanggup dipijak, ditarik, diseret, dijatuhkan, dihempaskan ke tanah, dihempap, kecuali anggota dada ke atas tidak boleh disentuh. That's the rule. Aku yang first time tgk depan mata, rasa seriau but after a while, dah tak kisah dah sebab otak nie perlahan-lahan menerima bahawa that is nature of the game. Now, kita boleh tengok macam2 jenis jersi ragbi mrsm. Jom layan...


Mrsm Terendak

Ini pemain rugby mrsm mana plak ni? Hehehe..




Mrsm Bentong


Mrsm Pontian

Mrsm Beseri

Mrsm Muar (L) and Mrsm... tak pasti. 

Ada team yang buat gimik sebelum masuk padang.


as a result, bola ragbi ni jadi souvenir kami balik KL.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...