My Insta

Instagram

Friday, August 10

Mekah - my journey begins..

Kekangan masa menyebabkan saya tidak berkesempatan utk berkongsi titipan perjalanan saya ini. Setiap gambar mempunyai kisahnya tersendiri. Pastikan anda punya masa yang sangat terluang untuk membacanya. Jangan mudah fed-up kerana manalah tahu, ada kisah yg boleh anda jadikan panduan mahupun teladan. Yang baik datang daripada-NYA, yang buruk datang daripada saya.

Perjalanan saya ke Mekah dari Madinah bermula di sini. Bermiqat di Bir Ali utk memasang niat umrah. Beginilah keadaan di dalam Masjid Bir Ali. Jemaah wanita perlu bertelekung dan lelaki perlu memakai ihram.


Pemakaian serta niat ihram sudah bermula. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa 6 jam. Kami berhenti  untuk merehatkan badan di satu perhentian yg jika dipandang sekelilingnya, ibarat berada in the middle of nowhere. Tempat ni macam R&R di Msia tapi sangat sunyi. Frankly, walaupun perut terasa lapar tapi saya tak lalu nak makan sebabnya hati ni melonjak2 nak sampai cepat di Mekah, tak sabar nak berdiri depan Kaabah. InsyaAllah....

Alhamdulillah... tepat jam 11 malam pada 11 Jun, kami tiba di sini. Kami suami isteri bersama 15 jemaah yg lain rasa sayu & saya sendiri menitiskan air mata kerana terlalu gembira dan rasa tak percaya yg saya betul2 berada di sini. Saya dan suami tak henti2 mengucapkan syukur kerana menjadi tetamuNYA. Alhamdulillah... 

Kami terus mengerjakan ibadah umrah pertama pada malam yg cukup menenangkan itu... hampir pukul 2 pagi baru kami pulang ke hotel.

*Experience umrah pertama kami banyak diajar oleh sahabat kami, En. Rossnu Ghaafar aka Yoh. Banyak input yg kami dapat daripada dia. Alhamdulillah, kami ditemukan olehNYA dgn insan sebaik Yoh. Mudah didekati, tak kedekut ilmu serta banyak pengalaman haji & umrah.*



Hari kedua saya di sini. Sepatutnya pagi tu saya berjalan kaki ke Masjidil Haram utk solat subuh dgn en. suami tapi tetiba seawal jam 3:30 pagi, en suami text saya..."I tak boleh tidur sejak balik tadi, rasa macam Kaabah memanggil, I make a head start, ya? Kita jumpa kat tempat semalam lepas solat subuh nanti." *untuk makluman, saya dan en. suami tinggal berasingan bilik.*

Aku terkedu sekejap. "Kaabah memanggil?"  Aku tengok jam... lagi sejam lebih akan masuk waktu subuh. Gambar di atas saya ambil sebelum masuk solat zohor. Zohor pukul 12:20tghari. Selalunya time ni tak ramai yang buat umrah sebab keadaan yg panas terik, atas faktor2 kesihatan juga.


Picture taken after solat zohor berlatar belakangkan Clock Tower yg penuh dengan kontroversi. Pada saya, persetankan semua itu sebab niat UTAMA saya ke sini nak tengok Kaabah, itu yg lebih utama. Kenapa gambar menara itu tak diambil penuh? Atas permintaan saya juga kerana saya tak suka tengok lambang tu, macam citer LOTR... macam ada unsur2 Yahudi. 


Pada hari ke-6, saya mendengar perkhabaran mangkatnya pewaris tahta Arab Saudi, Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Putera Sayef bin Abdul Aziz Al Saud. Jenazah baginda akan disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat Maghrib. Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya, beratus askar/polis Arab menjaga lalu-lintas, jalan utama ditutup kepada kenderaan. Masih saya ingat, semasa saya mengambil gambar ini, askar di depan saya mensergah saya "Hajjah, jalan cepat! Cepat Hajjah!". Kepada mereka yg sudah pernah ke Tanah Haram, tentu tahu bagaimana tiun atau telo mereka bercakap Melayu. Nak tergelak pun ada, cuak pun ada... takut2 kamera dirampas. Ahaks!



Ini seawal jam 5.30 ptg. Dif-dif kehormat sudah mengambil tempat memasing, dengar citer PM kita pun dah  sampai. Keadaan di Masjidil Haram ketika itu memang luar biasa... sesak. Saya rasa bertuah sebab dapat menjadi antara jemaah yang mengaminkan jenazah baginda. Terus-terang saya katakan di sini, saya tidak pernah buat solat jenazah semasa di Msia. Tetapi di sini, solat jenazah merupakan perkara biasa.... ia dilakukan setiap kali selepas solat fardhu... maknanya di sini sentiasa ada kematian. Kekadang ada yang sehingga 5, 6 jenazah sekaligus. Jadi saya tak melepaskan peluang selepas setiap solat fardhu untuk bersolat jenazah di sini. 

Dua perkara baru yg saya dapat di sini ialah mengerjakan solat jenazah serta solat jumaat!  Mulanya cuak jugak sebab tak pernah buat, kan? Takut tersalah buat ker, tersalah niat ker. Tapi bila sy tanya roomate sy yg dah ada experience, dorang tolong ajarkan. Then after a while, benda tu dah jadi kebiasaan.... Alhamdulillah. 

Ini pula suasana di area berair-cond kawasan solat muslimat. Banyak xtvt di sini... ada kumpulan usrah, ada yg mengaji, berdoa hingga menitiskan air mata dan tak kurang juga yang tidur!

 En. suami sempat berposing sebelah kereta... apa ntah nama kereta ni... 


 Ini permandangan dari tingkap bilik hotel saya. 


Ini situasi selepas subuh. waktu ini saya menunggu en. suami utk pergi bersarapan bersama2. 


Murtabak yang dijual pakej... SR10...lebih kurang RM8 kita gitu. Sedap jugak, tapi murtabak ni more kepada sayur-sayuran.

Lawatan ke ladang unta. Yang ni located di tepi jalan saja. Ada seorang rakan beritahu saya. Ada rakyat Msia yang membela unta serta kambing di kawasan perkampungan Nabi. Ternakan tersebut dibela utk keperluan jemaah Msia yang mahu membayar dam (denda) samada semasa haji mahupun umrah. Kebanyakan Travel Agency (TA) Msia menggunakan khidmat beliau utk keperluaan jemaah Msia kita. Haiwan ternakan di sana dijaga dgn lebih baik dan persekitarannya juga bersih. Rumah penyembelihan juga diuruskan dgn baik. Saya berharap jika saya berpeluang untuk ke sini lagi, saya mahu melawat ladang ternakan tersebut, InsyaAllah.

"En. M, ini makanan unta & kambing... adakah anda dalam kategori yang sama?". Hehe...


Allah Maha Mengetahui. Tanpa saya sedari, rupa2nya saya bersolat bersebelahan dgn kawan saya dari Msia. Tanpa segan silu, kami berpelukan sambil menitiskan air mata kerana terharu. Bukan terharu sebab dapat berjumpa tapi terharu sebab dalam ribuan jutaan manusia, tak sangka kami dipertemukan di rumahNYA. MasyaAllah, "kun-fa-ya-kun"!


 Beginilah keadaan ruang solat lelaki di kawasan berair-cond.  Picture taken from 1st floor.


Semasa di Msia lagi, mak dan abah banyak kali pesan... "Kalau muak makan di hotel, pergi makan di D'Saji, restoran Felda. Kat situ ada lauk2 Msia." Kami dengan bersemangatnya pergi mencari restoran tu walaupun beberapa kali juga kami tersesat. Finally jumpa jugak. Terletak di tingkat dua dalam bangunan Safwa Tower.

 operation hours as above.


Teringin nak makan nasi ayam... kami berdua pun order hidangan yg sama. Total damage utk dua hidangan yg serupa ialah SAR80++... almost RM70.  Rupa-rupanya kalau diconvert ke RM, jadinya....

nasi ayam = rm25 satu pinggan.
buah tembikai = rm4 sepotong
teh o ais = rm6.

Amacam? Ada brani?! Hehehe...


Walaupun kami tahu makanan D'Saji agak mahal, esok paginya kami pergi bersarapan di sana. Teringin punya pasal, kami order roti canai seorang 3 keping serta teh tarik & teh o panas. Sekeping roti ranai harganya rm7. Teringin punya pasal, kami redho dgn harganya.... Ahaks.


Yoh beria-ia mengajak kami dinner di rumah keluarga angkatnya di Mekah. Lepas solat isyak kami bertolak ke sana... satu pengalaman menarik buat kami. Nak panjat naik ke rumahnya macam panjat tangga Batu Caves.  Siapa yg ada problem lutut, memang tak dinasihatkan pergi.

Di tengah ialah Fakharuddin, anak kepada tuan rumah yang kami panggil Mama.

Mama di tengah, diapit oleh roomate saya, Kak Za & Mak Cik Zahrah. Di sini juga saya pertama kali mengenali Effa, saudara kepada Yoh & Kak Za. *Yoh & Kak Za ialah sepupu*

Macam-macam Mama hidangkan utk kami tapi yang paling menarik perhatian saya ialah ini.... Maqmoul (mak-mul). Macam bread-crumb yg berintikan kurma hancur. Sedap. Sebelum saya berangkat balik ke Msia, Mama paskan Maqmoul kepada Yoh utk diberikan sebagai ole-ole kepada saya. 

Kami sempat berposing dalam library milik pengantin baru, Fakharuddin. *ini bukan studio gambar ya, ini bilik bacaan yg penuh dgn kitab2, tafsir serta ensiklopedia islam... kita ada???*.


Masjid Hudaibiyah. Ada banyak catatan sejarah di masjid ini antaranya Baginda Rasulullah memerangi kafir Quraisy apabila rombongan Baginda telah dihalang daripada memasuki tanah haram oleh kumpulan tersebut.


Ini permandangan selepas Maghrib pada hari Khamis & Jumaat. Ramai yg memilih utk mengerjakan umrah pada sebelah malam ditambah pula dua hari tersebut merupakan hari wiken mereka.


 Gambar ini saya jadikan wallpaper HTC saya... kalau tak silap saya, diambil selepas solat Isyak.

 Masjid Taneem (ta-na-im) merupakan masjid untuk bermiqat umrah. Masjid ini terletak di tanah halal *nanti sy explain apa beza tanah halal, tanah haram*, ia merupakan tempat utk jemaah berikrar untuk berniat (bermiqat) untuk berihram serta berniat melakukan umrah.

Salah satu pintu utk masuk ke tanah haram di Mekah ialah Masjid Taneem, juga dikenali sebagai Masjid Siti Khadijah, jarak dari Masjidil Haram cuma 6-7km sahaja.

Inilah landmark sempadan Tanah Haram-Tanah Halal.

*tanah haram ialah kawasan utk orang Islam sahaja, kafir laknatullah tidak dibenarkan masuk. Menurut mutawif, ada orang kafir yg cuba menyeludup masuk dgn memalsukan agamanya kepada agama Islam di dalam pasport. Namun tidak sampai satu hari, dia dikhabarkan jatuh sakit teruk dan terus dihantar pulang. Dan setelah disiasat, rupanya dia bukan orang Islam.

*tanah halal ialah kawasan yg terbuka utk  dimasuki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa & agama.

Beginilah keadaan di dalam Masjid Taneem.


Lawatan ke makam para syuhada'... al-fatihah buat Hamzah Bin Zaid serta para pejuang Islam yang lain. Sayu hati bila berada di sini... semasa mutawif menceritakan sejarahnya, saya tak terbayangkan kepayahan mereka berjuang menegakkan agama Islam pada zaman tersebut.


 One for the album....


Air zam-zam yg tidak pernah kosong tongnya... sentiasa di refill oleh pekerja di sini. Ikut pengalaman saya, semasa kali pertama minum air ni terasa payau, tapi lama-kelamaan, dah rasa macam air mineral biasa saja, malah lebih sedap. Di sini ada pilihan sama ada nak air zam-zam suam atau yang sejuk. Pilihan saya semestinya yang suam sebab saya tak minum air sejuk! Hehehe....


Saya belum pernah lagi berkaki ayam semasa menaiki escalator, tak kiralah ke mana pun saya pergi... in first experience saya, menggunakan escalator di dalam masjid tanpa berselipar atau berkasut. I like....

 Breakfast lontong di hotel penginapan di Mekah... feveret saya.


Kami mendapat satu lagi jemputan makan malam daripada keluarga saudara Yoh di Mekah. Kali ini tak ada tangga Batu Caves, tapi rumahnya bagaikan mahligai. Kami dijemput di depan hotel oleh sebuah Cabriolet yang cukup gah selepas Isyak. Terasa kerdilnya diri ini... Namun tuan rumahnya, Abang Idris (berkopiah putih), seorang yang sangat warm and friendly... membuatkan kami selesa menjadi tetamu beliau.



 Antara hidangan yang disediakan oleh keluarga Abang Idris.... nasi arab berserta kibas, sambosa (samosa), tromba (manisan) dan macam2 lagi.

Firstly, saya bukan peminat nasi arab. Secondly, saya tak makan kibas!!!! Jadi saya tertunggu-tunggu sama ada makanan arab reveret saya iaitu Maqmoul akan dihidang but instead....

...trombah (sebutannya macam terompah) yg disajikan. Trombah ni sangat manis giler... memandangkan saya ni bukan peminat manis-manisan, saya makan sebiji sebagai mengambil hati tuan rumah saja. 


Picture taken by Sambung soulmate. Lokasi, tingkat paling atas Masjidil Haram. Kawasan ni under construction dan certain area sahaja dibuka untuk jemaah, itu pun utk jemaah lelaki sahaja. Frust saya tak dapat solat di situ. Tapi dalam hati, saya dah pasang niat, "Kalau aku datang sini lagi, aku mesti nak solat di atas ni." InsyaAllah. Kotak2 yg ada tu ialah kotak yg menempatkan Al-quran2 yang diwakafkan oleh para jemaah. 


Picture taken after subuh. Subuh di sana pukul 4:30pagi, time tu cuaca dah cerah. Clock Tower tu menunjukkan jam 5:35 pagi.


Pukul 5:50 pagi... ada kisah di sebalik gambar ini. Malam kelmarinnya kami dah kawtim nak breakfast di Restoran Felda D'Saji selepas solat subuh. Restoran tu plak hanya dibuka pukul 6 pagi. So dari selepas solat subuh hingga pukul 5:30 pagi, kami beriktikaf di Masjidil Haram dan dalam pada tu, perut saya telah mengeluarkan pelbagai bunyi... keroncong, dondang sayang, segalanya ada menandakan ia perlu diisi. Ok fine.

Sementara tunggu D'Saji buka, kami pun take our own sweet time bersiar-siar, bergambar di sekitar Masjidil Haram. Bila menyedari dah dekat pukul 6, my soulmate pun kata "Jom kita cari ATM, nak cucuk duit." So kami berjalan dari Masjidil Haram ke Royal Orchid Hotel utk ke satu-satunya ATM yg ada Maybank Cherry. Perjalanan tu tak jauh tapi bila berjalan dalam keadaan lapar, tentulah rasa lemah, kan?

Sesampainya di ATM, soulmate saya pandang saya dan kata, "Alamak, wallet i tertinggal kat hotel!" Berderau darah saya. Perut yg berkeroncong tadi terus jadi rock-n'-roll! Soulmate saya kata, "Tak per, u tunggu sini, i gi ambik kejap." OMG!!!! Nak berjalan ulang-alik dari situ ke hotel makan masa 20 minit. Tetiba saya rasa macam tak boleh terima alasan soulmate yg dompetnya tertinggal. Saya terus tawar hati dan decide nak breakfast di hotel saja.

Seharian saya merajuk hanya sebab tak dapat breakfast roti canai pagi tu. Syaitan apa ntah yg dah merasuk saya agaknya. Dari zohor hingga isyak saya beriktikaf di masjid dgn harapan perasaan marah saya ni reda. Akhirnya dgn rendah hati saya mengakui bahawa itulah ujian yg Allah berikan kepada saya semasa berada di rumahNYA.

Kalau difikirkan semula, hal tu small matter jer tapi... macam sy cakap tadi, syaitan apa ntah yg dah merasuk saya waktu tu, Allah saja yang tahu.

 Saya rindu nak ke sini lagi... 

Saya sempat snap gambar ini sekembalinya kami dari Masjid Taneem... dari luar Masjidil Haram menuju ke Kaabah utk mengerjakan umrah ke-empat, iaitu umrah terakhir kami. Esoknya kami akan berangkat pulang ke Msia. 

Semasa saya menghadiri kursus haji & umrah kelolaan Dato' Hj Daud Che Ngah dari Andalusia TA, penggunaan electric chair ini tidak menjadi masalah terutamanya bagi mereka yang berkemampuan dan menghadapi masalah kesihatan. Di sini juga disediakan kemudahan wheelchair. Pilih sahaja mengikut kemampuan serta bajet masing2.

Semasa mengerjakan umrah ke-tiga, saya & suami memilih utk melakukan tawaf serta sa'e dengan menaiki electric chair. Sewanya pun tak mahal, cuma SAR200 utk 2 orang bagi tawaf dan sa'e...pada saya, berapalah sangat kalau tujuan kita adalah untuk melakukan ibadah. Perjalanan juga lancar dan kita dapat fokus untuk bacaan doa. 

Semasa umrah keempat iaitu umrah terakhir, saya memutuskan untuk menggunakan electric chair utk sa'e sahaja kerana lutut saya mula buat hal. Suami pula memilih berjalan kaki untuk tawaf serta sa'e.  Kelebihan menggunakan electric chair ialah tempoh melengkapkan biadah umrah jadi singkat. Sekiranya kita berjalan kaki untuk tawaf dan sa'e, ia boleh memakan masa lebih dari 2 jam kerana kesesakan jemaah. Namun jika menggunakan electric chair, tempoh masa hanyalah 1jam kerana electric chair ada laluannya / lorongnya sendiri  di tingkat atas. Walaupun pusingannya jauh dan lancar, namun dugaannya lebih hebat lagi sebenarnya.

Antara dugaannya ialah ramai jemaah yg menyalahgunakan lorong electric chair dan wheel chair. Mereka menebeng-nebeng di tepi railing, berborak-borak, ada yang bersimpuh sehingga menghalang laluan. Semasa kita melakukan tawaf, kita seperti bersolat, tidak boleh bercakap2. Jadi bagaimana kita mahu menegur mereka supaya memberikan laluan kepada kita? Yang peliknya, setiap kali pusingan tawaf, mereka tetap ada di situ, tak berganjak. Sukar bukan? Jadi itulah cabaran terbesar yang saya & suami rasakan.

Berbeza pula dgn sa'e kerana sa'e mempunyai lorongnya sendiri di tengah kawasan sa'e. Tiada halangan langsung. Maknanya di sini, bagi mereka yang ada masalah kesihatan especially lutut atau kaki, sebenarnya tiada alasan untuk tidak mengerjakan umrah kerana segala kemudahan telah disediakan. Sediakan saja ongkosnya. Soalnya tepuk dada, tanya iman. 


Jabal Rahmah...merupakan tempat Adam dan Hawa bertemu selepas terpisah dari syurga. Semasa bas menghampiri kawasan ini, hati saya terdetik, "Mampu ke aku nak panjat bukit ni? Dahlah lutut sakit. Ya Allah, permudahkan segalanya."

Kami diberi 20 minit sahaja utk berada di sini. Jadi saya menggunakan dgn sebaik-baiknya kesempatan yang ada. Sesampainya saya di dataran Jabal, kaki ini terus melangkah, mendaki bongkah2 batu besar. Mujur saya memakai jubah seluar, jadi pendakian saya jadi bertambah lancar. Tak sampai 5 minit, saya dah berada di puncak. Saya main panjat saja, dalam hati, "Belasah jer, janji sampai."

Setelah saya memanjatkan segala doa yang bersarang di hati, *ada doa khas yg telah saya plan utk berdoa di Jabal Rahmah ini*, barulah saya rasa lega. Yang bestnya, semasa nak turun, baru saya perasan rupa-rupanya tangga ada disediakan. Tapi mengikut perkiraan, kalau saya mendaki ikut tangga tu, perjalanan saya mungkin mengambil masa lebih 15 minit kerana ramai yg bersesak-sesak untuk mendaki. MasyaAllah, Allah telah mempermudahkan laluan saya. Setibanya saya dalam perut bas, baru lutut saya terasa sakit semula. Hebatnya kuasa Allah... Di tempatNYA, dia beri on the spot apa yang kita minta. Kita minta dipermudahkan dan sentiasa berlapang dada serta redho, insyaAllah DIA permudahkan. Syukur alhamdullilah.... 


Lawatan ke kilang pembuatan Al-Quran. Kilang ini membekalan 90% Al-Quran secara PERCUMA ke seluruh masjid di Tanah Haram termasuklah di Masjid Nabawi.  Hanya 10% sahaja dijual kepada jemaah yang berkunjung di kilang ini. 

Uniknya kilang ini ialah jemaah wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan kilang kerana dikhuatiri bacaan para tahfiz atau pembuat al-quran akan hilang apabila ternampak wanita yang cantik. Dengan itu, wanita hanya dibenarkan berada di ruang galeri bagi tujuan pembelian Al-Quran. 

Jemaah lelaki yang melawat kawasan kilang mendapat SENASKAH Al-Quran secara percuma. Alhamdulillah. Ada juga ole-ole dari kilang ini. Aku membeli beberapa naskah utk diwakafkan di Masjidil Haram.



Beginilah suasana di gerai di ladang kurma ini. Kurma di sini dijual mahal berbanding di pasar kurma. 


Kawasan ladang nie ditutup utk orang ramai, sebab apa, tak tahulah. Tapi seingat saya, 3 tahun lepas mak dan abah saya ada bergambar di dalam ladang kurma.


Before and after bercukur. Umrah ni sebenarnya mudah. Tawaf, sa'e, bergunting & bertahlul. Bertahlul tu maknanya bebas daripada syarat2 umrah. Saya tahu ramai yang konfius sebab saya dulu pun macam tu, konfius yg mana satu. But once dah belajar, belajar di sini bermaksud berguru, barulah faham. Frankly, saya lebih suka soulmate saya bercukur. 

 Inilah kompleks Jamrah di Mina... apa yang anda nampak ini hanyalah 1% daripada keadaan sebenar di Arafah. Tempat ini jadi sibuk pada musim haji sebab jemaah haji wajib berada di sini utk melontar jamrah. Jamrah ialah kawasan melontar anak batu, terdapat 3 jamrah di sini *seperti dalam gambar*


Inilah laluan saya berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram, saya pasti merindui laluan ini. Semoga Allah memanggil saya lagi utk menjadi tetamu-NYA dan semoga tiada lagi cerucuk-cerucuk bertaburan di sekitar Masjidil Haram.

 Perjalanan pulang kami ke Msia bermula dari sini. Menaiki coaster menuju ke airpoprt Jeddah.

Menyusuri Laut Merah di sebelah kiri semasa otw ke airport Jeddah. Kelihatan bot2 / kapal layar mewah berlabuh serta ada juga yang bermain jet ski waktu panas buta ni. Kami berhajat untuk menunaikan solat zohor di Masjid Terapung Jeddah tapi mungkin Allah tidak mengizinkan kerana kami tersesat. Puas driver tu berlegar2 mencari jalan menuju ke masjid tu tapi tak jumpa. Akhirnya kami redho bahawa belum diizinkan-NYA. 


 Kami terus check-in dan alhamdulillah, semuanya smooth sailing. Dengan izin Allah juga excess baggage kumpulan kami seramai 17 orang, tidak dikira oleh petugas yang bertugas. Kalau nak ikutkan banyak lebihan kilonya. Allah Maha Adil, kan? Tadi perjalanan kami sesat, sekarang urusan kami dipermudahkan, alhamdulillah.


 Beginilah keadaan waiting bay airport Jeddah. Kecik & crowded. But it's okay. Di sini saya dapat tengok ragam manusia dari pelbagai bangsa tidak kurang juga peel rakyat Msia dari TA lain. 


Di sini my soulmate bertemu dgn sahabat yang dikenalinya semasa di Masjid Bir Ali. Rupa-rupanya kami same flight! My soulmate citer, encik yg di tengah  tu yang membetulkan kain ihramnya. 

 Last post @Jeddah Airport for the album.


Tak sabar nak landed di KLIA. Kami pergi dan balik via MAS, bukan Saudi Airlines, service MAS pun terbaek juga, apa... saya sangat berpuas hati.


Banyak betul peristiwa yang tak disangka... saya bertemu semula dgn long lost fren saya, Awin yg kebetulan bertugas utk penerbangan yg saya naiki. Almost 10yrs kami tak jumpa... mujur dia pun ingat kat saya lagi, masa nak turun dari flight tu, sempat lagi dia hulurkan saya satu beg plastik penuh dgn souvenir. Tq, Awin. Kalau ada umur kita jumpa lagi.

Begitulah catatan perjalanan umrah saya, perjalanan yg memberi seribu rahmat dan sejuta makna buat saya secara peribadinya. Segala yg dicacat ialah kejadian sebenar yg berlaku, tiada tokok-tambah ataupun wujud unsur penipuan. Saya bercerita ikhlas dari hati dengan niat utk berkongsi pengalaman bersama anda sekalian. Semoga coretan saya ini mampu sedikit sebanyak memberikan sama ada teladan mahupun sempadan buat anda. 

Wasalam.






1 comment:

Runiza said...

Rindunye kat Mekah....
Love all your pics!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...