My Insta

Instagram

Sunday, August 12

kepulangan yang dinanti

*belated entry*

Setahun berlalu dengan pantas... alhamdulillah, dia kembali untuk menyambut Ramadan dan meraikan Syawal bersama kami tahun ini. Selama setahun tak menatap wajah 'live'. Skype rasa tak puas. 

Seminggu sebelum tu, aku dah excited giler. Serba tak kena nak kemas bilik dia *sebelum nie, penghuninya ialah Qme & Mukhriz*. Flight landed pukul 2 ptg. Aku masih ingat lagi....

Hari tu aku decide gerak dari rumah agak lewat, dalam pukul 1:15 *padahal saya tahu perjalanan nak ke sana ambil masa 45mnt dgn kelajuan 80, 90km/jam.*  Aku settlekan anak2 yg perlu dihantar ke sekolah that day, aku minta Afiq ponteng utk temankan aku ke KLIA. 

Sebaik saja keluar ke jalan utama, aku terus tekan minyak 140km/jam. Dalam hati, "Ya Allah, lancarkan perjalananku dan lindungi kami pergi dan balik, Amin...." Memang aku pecut habis, lantaklah kalau ada speed trap sekali pun, bayor jer la sebab dah tahu memang salah aku.

Tepat pukul 2, aku selesai parking kereta. Alhamdulillah, perjalanan lancar, cari parking pun senang. Setibanya di Arrival Hall, aku tengok arrival board. "Etihad Airways, landed." Alhamdulillah! Naik panjang leher nie menjenguk. Dalam sejam setengah baru nampak kelibat Awin. Alhamdulillah....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...