My Insta

Instagram

Thursday, August 30

raya utara


Day One:
Ini acara wajib tiap pagi raya... selepas bersalam-salaman, tibalah masa utk bergambar raya family. Tema tahun ini ialah Silvery! Akhirnya kami manage setkan tema at the very last minute... a week before raya! Tak pernah buat camni. Selalunya pakaian raya dah settle sebulan before puasa. Tak sangka pulak, lagi seminggu nak raya, semua orang berjaya dapat saiz masing2 dgn warna tema yg diingini. Alhamdulillah.


Kami gerak dari SB menuju AS dalam pukul 10.30 pagi. Ini masuk tahun ke-4  kami balik AS dulu. Walaupun aku ni orang KL, aku nak jugak beraya dengan mak dan abah aku di pagi raya. Mak dan abah tentunya nak beraya dgn 5 orang cucu2 kesayangan mereka nie. Jgn ingat orang KL tak ada perasaan ok??? *sori, emo sikit. Kalau ada yg terasa, nasiblar. Ini blog aku, suka hati akular nak tulis apa. 

Alhamdulillah, jalan clear. No accidents, no bumper-to-bumper, no kiasu drivers, smooth sailing, alhamdulillah. We reached AS dalam pukul 5. Rumah pertama yg kami singgah dulu ialah....


...rumah kawan lama en. soulmate...kawan zaman KSAH. According to en. soulmate, dia selalu cycle dgn kawan dia nie. One picture for the album! Silver VS yellow! Surelah silver menang sebab silver selalunya second place & yellow selalunya third place as gangsa. Joking!!! Hehehehe....



 Setibanya di rumah PIL, terus bergambar dulu. First day raya, tak ada apa2 xtvt yg menarik... every year sama jer. 

Day Two:
Hari yg agak membosankan sebab sehari suntuk terperap di rumah. Anak2 layan toys yg baru dibeli, aku pulak layan Jewels kat HTC. Tak rasa suasana raya pun... rasa macam hari biasa jer. Komen aku, tak best!! Selepas tu diarahkan agar jangan ke mana2 sebab malamnya nak buat barbeku among us. Lagilar tak best!!  Misi untuk menziarah kawan2 yg ada di utara, gagal! Anak2 dah boring semacam. Tapi ikutkan sajalar...redho.

Dalam kepala otak dah imagine dah... kalau beraya di Melaka, sure meriah giler. First & second day raya sure seronok sbb berkonvoi ramai2 beraya ke rumah sedara-mara di N9 & Melaka. Anak2 lah yg paling syok sebab dpt banyak duit raya. 


 Inilah barbekunyer... *tak ada citer menarik di sini.


Anak2 nak main mercun. Coincidently, anak bujang neber sebelah rumah jual bunga api, mercun, etc. So anak2 aku ni borong sakanlar... Aku tak salahkan dorang, dorang boring terperuk di rumah. So biarlah dorang enjoy main mercun but still under supervision walaupun dah besar panjang.


Qme antara takut dan berani main mercun.


 DAY THREE:
Masa kami nak gerak balik ke KL, seorang lagi kawan en. soulmate datang. Also kawan sekolah dia zaman KSAH. 

Finally dalam pukul 12:30 tghari, kami berangkat pulang. Misi utama, singgah Penang, beraya di rumah Abg Mail, sedara en. soulmate di Bayan Baru. Dari AS ke Penang, hiway agak sesak jugak sebab ramai yg dah start balik. Dari AS ke Penang ambil masa 4 jam. Percaya tak??? Tension!


Berhenti di R&R Gurun utk solat jamak dan lunch sekali. Di sini kami terjumpa cikgu Danial, Naib Pengetua MRSM AG, Ustaz Ikhwan. Dia pun dari utara juga... Kota Sarang Semut, dan nak beraya ke Pahang. 


Kami sampai di jambatan Penang ni dalam pukul 4++ macam tu. Mujur kat jambatan ni tak jem. Kalau tak, haru owhhhh....

Setibanya di rumah Abang Mail, kami dijamu dgn heavy meal. Langkah kanan! Sayangnya terlupa nak snap gambar kami dua keluarga. Cehhh! Selepas Maghrib, kami terus bertolak balik ke SB. Senang citer dari pukul 8mlm hingga jam 5 pagi, kami di atas hiway. Pergggghhhhh!!!! Boleh dikatakan kami berhenti di setiap hentian R&R yg besar. Kereta bumper-to-bumper dan sangat slow giler di kawasan naik bukit. Sabor jer lar... 

Cuba tgk jam tu... pukul 1:33 pagi. Perjalanan nie belum lagi melepasi Sg. Perak. Its a long way to go... Dalam perjalanan, anak2 buat request utk teruskan saja perjalanan ke Melaka. Aku okey jer tapi en. soulmate macam keberatan. Memang tiap tahun mak, abah, adik-adik aku, pak cik mak cik aku sebelah abah pasti berkumpul di Melaka, di rumah pusaka arwah atuk & nenek aku. Anak2 memang dah tahu sangat suasana raya kat sana. Meriah!

Selepas dipujuk oleh anak2, akhirnya en. soulmate jadi 'cair'. Tapi itupun dikenakan syarat. Balik SB dulu, then lepas solat suboh baru gerak ke Melaka. Mereka akur asalkan balik Melaka. So dalam kereta, mereka dah plan macam2. Lantaklar... janji dorang hepi!




Jam di hiway menunjukkan pukul 2:10 pagi. Kalau tak silap, ini di kawasan selepas terowong. Jauh lagi perjalanan nie... aduhhh. Jap lagi lepas suboh nak gerak ke Melaka plak. Mau pengsan macam nie... 







raya selatan


Let me start this entry dgn billboard pantun yg aku snap kat Melaka Sentral.


DAY FOUR:
As planned... lepas solat subuh, we start our journey. Kami stop for breakfast then proceed. Pukul 8:52, kami dah sampai kat Tol Guthrie. Semua orang sangat excited!!!! Kami sampai AG pukul 10.30. After lunch, we decided to take a long rest after driving for hours the night before. Awin, Danial & Afiq dah keluar berjalan dgn adik2 aku, Alan & Iqah. Itu yg buat mereka suka balik Melaka, pak cik mak cik dorang sporting nak bawak dorang g berjalan. Tengok wayang lar, main boling lar, shopping lar... 

Malam tu, aku 'pengsan' awal. Entah pukul berapa dorang balik, aku pun tak tau. 


DAY FIVE:
Mak & abah ajak kami g Pekan Cowboy. Heaven bagi aku!!!! Pada yg selalu g Melaka, sure taw apa itu PC. Lepas ke PC, abah belanja kami lunch pulak. Itu memang dah tabiat abah....kalau anak cucu berkumpul, mesti bawak g makan2. Kami singgah makan di tmpt yg kononnya 'fofular' dekat Tanjung Kling ni. Indah khabar dari rupa saja. Makanan taklar berapa sedap, air yg diorder ada yg tak sampai hingga ke sudah. Order mee goreng, rupanya yag sampai ialah mee goreng yg dah digoreng awal2, bukannya mee goreng yg digoreng upon request. Satay order 60 cucuk, yg sampai 40 jer. Hampehhh...

But on this day, Alan & Iwan tak ada. Alan g perak, suboh2 lagi dia dah gerak. Iwan plak beraya di Johor, rumah mertua dia.  So yang ada cuma aku & family, Anim, Iqah dan Jiji anak-beranak. 


 Mak yg paling seronok bila semua cucu2 dia berkumpul. :-D 


 Anak2 aku dgn anak Jiji, si kembar! 


 Anim & Daniel... mak sedara & anak sedara... *anak dua dara ada tak? Heheheh....


Ini hari terakhir aku jumpa Iqah, adik bongsu aku nie. Sebabnya after this she's off to MasterChef competition for another 3 mnths, utk shooting the whole episode of MC musim kedua.

"Iqah, all the best, we'r very proud of you. Do your best, show them your cooking skill. Kirim salam kat Chef muka ketat tu taw! BTW, kalau ko menang, jangan lupa share 25% kaklong taw.... heheheheh"


 Semuanya tengah concentrate makan!

 Si kembar, Adik & Qme.

Lepas makan2, kami bershopping raya di Jusco & Tesco Melaka plak. Ada saja barang yg nak dibeli, especially aku!!! Malam tu kami bertolak balik ke SB. Gerak pukul 12 malam, sampai rumah tepat pukul 2pagi. Penat punya pasal, the next day terjaga pukul 10 pagi. Oppps!


DAY SIX:
Kembali  ke teratak kami di SB. Melayan Qme main heli. But this one ialah heli Afiq & Danial, dorang share duit raya. Lepas ni kalau nak gi mana2, aku tak yah drive sbb dah ada pilot dalam rumah, heli plak ada 3 biji, so pilih jer nak naik heli mana. Ahaks!


Ini tabung misi raya tahun depan. RC car dah ada, RC heli pun dah ada. So next yr, anak2 aim RC car yg pakai minyak tu. Aku benarkan tapi dgn syarat, kumpul duit sendiri sebab aku takkan top-up. RC car tu mahal weiii, hari tu dah tanya, paling murah RM700++... Perghhhh! Tabung dah disediakan, so kita tengok saja kutipan dananya ada berapa, ek?


Oklar, sampai di sini saja citer raya aku tahun nie. Sebagai manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan, di kesempatan ini, aku mohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran yg dilakukan secara sengaja mahupun tak sengaja serta halalkan makan minum aku selama ini. Semoga ukhwah antara kita terus terjalin hingga ke akhir hayat. SHR & MZB daripada aku dan family.

Jumpa lagi raya tahun depan!



persiapan raya 2012

seperti biasa, tiap tahun sememangnya kami sekeluarga bergotong-royong bersihkan rumah for raya. Tapi tahun ni tanggungjawab tu kurang sikit sebab first time beraya di rumah baru... so touch-up mana yg perlu jer.  So ini kisah 2 hari sebelum raya. Layan.....


Danial ditugas menguruskan lampu lip-lap & 7 btg pelita sekitar rumah. He's so excited. Sejak dia balik cuti, dia yg rajin hidupkan pelita2 tu sebaik saja lepas maghrib. 

Memandangkan Afiq dideclare sebagai the tallest member in d family, so tugas dia tahun nie bersihkan kipas yg berjumlah 10 buah semuanya serta lap tingkap-tingkap dapur. 

Mukhriz pula diminta membersihkan habuk2 yg ada pada gril tingkap, gril pintu & sliding door. This year nmpk bersemangat sikit mamat nie... katanya "rumah baru, mestilah bersemangat, ibu." 



Kali ini en. soulmate tak ambil bahagian dalam kerja kemas-mengemas nie sebab dia volunteer to prepare iftar for that day. So sementara tunggu dapur dikemas, dia ambil mood dulu. Hehehe....


Ta da!!!! Lampu lip-lap yg diarrangekan oleh Daniel. By this time, semua kerja dah settle, memasing ambil angin di luar sekejap. 

Now aku nak citer pasal persiapan sehari before raya AKA malam raya! Sudah menjadi tradisi kami sekeluarga, aktiviti sehari before raya ialah gotong royong masak juadah pagi raya. Menu wajib ialah  rendang daging, kuah kacang, ketupat & lemang. Simple jer... aktiviti masak bermula selepas zohor. 


 Afiq tolong sediakan bahan2 utk kuah kacang....


 Danial uruskan ketupat...

Awin tolong aku masak rendang. Kalau korang tengok kat sini, segala macam jenis dapur dikeluarkan. Tak cukup dgn dapur atas island, ditambah dgn dapur tungku yg besar dan dapur kecik yg guna gas botol tu. 


Dua anak bujang nie menolong juga... 'tolong' main game. At least bila bagi dorang main game, tak ada mengganggu kami di dapur. Itu pun sesekali dorang tinjau ke dapur... tanya dah masak ke belum. 

Despite all that, aku bersyukur kerana punya anak2 yg rajin menolong aku di dapur. Bukan time raya saja tapi anytime bila bantuan diperlukan. Bukan nak puji tapi aku akui dorang nie aku kategorikan sebagai rajin ke dapur juga.  Especially raya.... Sama ada mereka suka atau tak, terpaksa atau rela, dorang dah prepare dari segi mental dan fizikal. Dari segi mental maknanya kalau tersilap buat atau buat main2, pasti akan terdengar 'bebelan ala-ala manja' aku gitu. Fizikal pulak, kena tahan bermain dgn api bila memasak. Hari last day posa, so bahang api tu agak mencabar keimanan. 

Jadi, dgn penglibatan semua, juadah raya selesai dimasak sebelum jam 7 malam. Just in time utk berbuka posa.... alhamdulillah.

Sebagai reward utk jerih-perih mereka, aku layan mereka main mercun & bunga api malam tu. Neber2 pulak sumenya dah balik kmpng, apa lagi, mainlah mercun sepuas-puasnya. Berdentum sana, berdentum sini!  

Nantikan citer raya kami yer...





Wednesday, August 15

ramainya anak saya!

Ini antara perbualan kami....

Awin: Wiken nanti gi memana tak?
Me: Tak, why?
Awin: Awin nak gathering posa dgn kawan2.
Ibu: Okey, lokasi?
Awin: Rumah kita!

Hari yang ditunggu pun tiba. Tak ada buat preparation apa sgt pun memandangkan tetamunya tak sampai 10 orang. Mostly anak2 yg memang aku dah lama kenal. So mereka pun tak kekok dgn aku. Mereka semuanya tengah cuti. Tapi ada sorang tu tak datang, nak kena babap dia tu!


Aku cuma sediakan lauk-pauk & nasik, selebihnya dorang yg decide nak buat potluck. Dorang diskas sendiri apa yang nak dibawak. Hmmmm....lantak kome lar. Apa yang penting... kerjasama! *wonderpet* 

 Hampir penuh jugak meja nie, itu pun ada lagi yg belum dihidangkan. Alhamdulillah, rezki daripada Allah.


 Piza, thank you to Ain. Sedap piza ni.


Mee goreng, Aishah yang bawak. Sodap.... *mak cik ni, kalau orang masak, memang sedap memanjang.*


Mufin pisang baked by Awin. To my surprise, punyalah laku mufin ni sampai aku pun tak sempat nak rasa. Hampehhhh!


Ini tiada kena-mengena dengan candle-lite dinner ya. Ntah naper, tetiba jer ada lalat, so kami buat traditional way. Menjadi!


 Our guests, ada sorang lagi terlambat datang. Sian Khairin... dah berbuka baru sampai. 

 After lite iftar, kami pause sekejap utk solat maghrib berjemaah. 


Lepas isyak, main bunga api time!

Tetiba saja aku ada ramai anak! Seronok bila budak2 nie dah besar panjang. Aku nak introduce anak2 aku nie. From left Syukri, pelajar Matrix KMPP. Ina (tshirt biru), then Aishah...both student UM. Pastu Fatin, study vet kat UPM. Then Awin (tudung biru). Next to her is Saodah, pun student UM. Last but not least, Khairin, student France yg pulang bercuti raya. Ekceli ada sorang lagi, Fakhrul. Tapi dia tak datang, dia pun balik bercuti jugak, student dari France. 

I wish raya nanti ramai lagi 'anak-anak' aku yg datang. InsyaAllah.



Monday, August 13

iftar Hotel Permaisuri

Tak plan pun nak beriftar di hotel. Plannya ambil Daniel then gi PaRam, pastu berbuka di rumah maklang kat AG. Suddenly plan changed. Anak2 minta berbuka di luar. Singgah di sini tengah hari dan terus book tempat. Alhamdulillah... ada kekosongan lagi.

 Kami family yang pertama sampai...dari Jusco Melaka.


 Kawasan ni tak berapa luas tapi cozy lar... santai gitu, tenang jer.


 Antara booth yg sempat disnap. 


 Booth minuman... agak terkilan sebab air panas cuma ada kopi, tak ada teh atau nescafe. 



 Ini apa cer ni???


 Komplot sebelum berbuka...hahaha!


 Pemilihan makanan mula dibuat....


Ini hasilnya... kebanyakannya ambil kambing panggang.
Saya? Belum ambil lagi.


 Bila dah kenyang, beginilah jadinya. :-D


 "Yup, i know u've a very bright eyes!".


 How time flies... dulunya dipanggil 'adik', now dah jadi 'abang besar'. Huhuhu....


 Lagi 2 tahun, nak tamat sekolah... aku terasa diri ni dah tua.... :-(


Bakal 'duktur' cuti 3 bulan...how i wish time stops!


Meninggalkan Hotel Permaisuri Melaka dengan rasa kenyang. Makanan not bad cuma aku tak puas hati dengan minumannya saja. Overall ok. Paling sedap pasemboq! Price pun reasonable. Kami dapat discount sebab first timer. Adults RM25, kids RM15. Total damage: RM155. Boleh lar...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...