My Insta

Instagram

Monday, July 2

Umrahku: persiapan

Ada sahabat yang tanya saya... "Apa keperluan yg saya bawa utk mengerjakan umrah?". Pada saya, tak ada apa sebenarnya selain daripada keperluaan asas seperti toileteries. Di sini saya nak kongsi serba sikit apa keperluan yg memudahkan ibadah umrah kita.


Botol spray ini ialah best-fren saya. Sebabnya ialah sekiranya saya terbatal wuduk (selalunya terkentut), saya tak perlu kelam-kabut cari tempat wuduk. Syarat wuduk ialah meratakan air, kan? Jadi botol spray ini sangat membantu apabila kita dalam kecemasan. Kita hanya perlu berselubung di dalam telekung dan ambil wuduk melalui botol spray ni. Tapi make sure botol ni sentiasa dipenuhi air. Ketahanan airnya ialah sehingga 5 kali wuduk. Pastikan botol ni sentiasa dalam beg sandang kita. Sebotol rm5.


"Nak pakai apa bila di sana nanti?". Saya simple saja. Saya cuma bawa 4 helai baju kurung (tanpa kain), 2 helai jubah serta sehelai tudung spare yg menutup bahagian dada. Saya juga bawa sehelai SELUAR HITAM & tiga helai SELUAR PUTIH yg saya selesa pakai. 

Kain ihram juga tak perlu dibeli. Abah beri my soulmate pinjam 2 pasang kain ihram. Katanya tak perlu beli sebab memang dia wakafkan utk anak menantu kalau nak pergi haji atau umrah, abah ada 3 pasang ihram. Untung soulmate saya, kan.. :-)


Saya bawa 4 helai telekung (tanpa kain). 3 helai mak bagi pinjam, dan sehelai lagi pemberian mak. Aku beruntung sebab mak dan abah aku dah fikirkan strategi utk kami jimatkan kos. Haha!  Basically, gambar di atas tu ialah uniform saya sehari-harian. Iaitu telekung, baju kurung, berseluar panjang, stoking & kasut. Kasut tu saya beli kat uptown, khas utk mengerjakan umrah. Tapi saya pakai seminggu lebih awal sebab takut kaki melecet semasa beribadat nanti. Tak ketinggalan juga, cermin mata hitam Fossil saya.


Yang ini mesti ada! Ia amat diperlukan di sana, percayalah. Sama ada utk bibir pecah, retak tumit atau kulit kering. InsyaAllah, kulit kita protected.


Nampak tak uncang kuning tu? Itu beg uncang kasut.  Masukkan kasut dalam uncang dan uncang tu boleh dibawa masuk ke dalam masjid, jadi kasut taklah hilang. Tapi uol boleh beli atau jahit beg uncang tu sendiri. Yang ini disediakan oleh travel agent kami, Utas. 

Satu lagi... bagi kaum Adam, tak perlulah bawa tali pinggang besi. Sebabnya ia akan melambatkan urusan semasa check-in di airport nanti. Metal detector akan merencatkan perjalanan kita serta mendelaykan urusan jemaah lain. Tapi jam tangan shud be ok. Begitu juga dgn kaum hawa, adalah lebih baik tidak memakai sebarang barang kemas seperti rantai leher, gelang, subang atau cincin. Biarlah badan kita ni 'bogel' sekejap, apa salahnya. Lagipun semua itu tak penting di sisi Allah.



Satu lagi kemestian utk kaum hawa ialah stokinbg tawaf & sa'e. Saya pakai stoking hitam kemudian saya pakai stoking putih ni. Stoking ini mempunyai bintik-bintik getah pada bahagian tapaknya supaya si pemakai tak terjatuh akibat tergelincir. Saya beli sepasang jer dan bertahan hingga ke hari ini. Sepasang rm15.

Ikuti kisah perjalanan umrah pertama kami DI SINI.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...