My Insta

Instagram

Monday, July 2

umrah: madinah-the experience

*notes & pictures are taken on actual day of event then transferred from my handphone HTC Sensation XE Notes to my blog after a week coming back from umrah.



Di Madinah, kami stay di Hotel Elaf Taiba. Alhmdlh, betul2 di tepi pagar Masjid Nabawi. Di sini saya tinggal berasingan bilik dgn en. hubby. Reasonnya supaya kami dapat menimba ilmu & mencedok pengalaman drpd mereka yang dah pernah mengerjakan umrah & haji.


 Ini roomates saya... Kak Za (jubah hitam), dari Kelantan (anak buah Tan Sri Annuar Musa) dan MkCk Zahrah dari Melaka. Kami dalam satu bilik bagaikan anak beranak. Mkck Zahrah umpama ibu kami, Kak Za pulak macam kakak saya. Kami saling ingat-mengingatkan. Walaupun baru 1st time jumpa, kami bertiga nie satu kepala. Nampak jer MkCk Zahrah tu dah tua, tapi dia giler2 orangnya & sangat sporting. 


Snggh d sprmkt Bin Dawood. Nk blik dh, x thn, pnas. Ekceli tak beli apa pun sebab memang dah niat dari Msia lagi yg kami tak nak bershoping sakan. Kami cuma beli apa yg family pesan, lepas tu beli jubah utk anak seorang sehelai, beli kurma, beli tasbih & sejadah, itu saja. Di Mekah pun kami dah niat begitu juga dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami itu.



Ketika ini saya menunggu solat Maghrb... inilah keindahan seni bina dalam Masjid Nabawi. Saya sengaja duduk di bawah kubah nie, dgn harapan, kubah ni akan terbuka seperti yg dilihat dlm TV. Tapi mungkin tak ada rezeki saya, kubah tu tak buka2. Tak apalah, hopefully next time sy datang, ia terbuka. Hehehe....


 Makanan yg disediakan oleh TA saya memang memuaskan hati, cuma saya saja yang tak lalu nak makan. Mybe sebab penat kot. 'Pak Aji' sorang nie, seleranya maintain. Macam mana di Msia, begitu jugalah di Madinah..tambah tetap tambah. :-D


Smentara menunggu en. hubby keluar, saya snap gambar nie. Ini selepas solat zohor. Selalunya slps solat zohor, kami terus balik ke hotel utk lunch sebb zhor di sini awal berbanding msia... dalam pukul 12:20 tghri, asar pulak dalam pukul 3:40 camtu. 

 Orang2 Turki yg rajin beriktikaf dalam masjid, ada yg mengaji (mengaji mereka seperti kita membaca surat khabar), bertasbih, malah ada yg tdo (standard lar tu). Ramai juga yg membawa anak2 kecil. Di sini ada disediakan ruang utk jemaah yg membawa anak dan tanpa anak. 


Kenangan di Masjid Bir Ali.
Alhamdulillah... dapat juga saya bersolat di sini akhirnya.


Terkezut juga nampak benda ni di Madinah. Sy & suami memang tak pernah seumur hidup masuk kedai kopi nie sebab dah tahu dari mana asalnya. En. hubby saya sengaja nak buat propa... dia beli air buah kat Pekan Indon dan posing kat tepi kedai kopi nie... bolehhh??


Hari terakhir saya di Madinah. Saya sempat bergambar di Pintu Uthman Bin Affan. Ada yg kata pintu-pintu di sini disaluti dgn emas termasuklah pintu ini. Wallahualam...


 Di luar Masjid Bir Ali. Saya suka dgn lanskap di sini... di sini tak ada pokok lain selain pokok kurma.


Scenery di luar Masjid Bir Ali, background ialah Jabal Uhud. 

Kenangan di Masjid Quba. Inilah masjid pertama yg dibina oleh orang islam, terletak 2 batu dari Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi kita SAW before baginda tiba di madinah. Rumah Saidina Ali terletak di belakang masjid ini. 




Di ruang solat lelaki dalam Masjid Quba. Tentang masjid ini, Rasullullah SAW ada bersabda...

"...sesiapa yg berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba utk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala umrah..." HR Ibnu Majah.

Alhamdulillah, di sini sempat saya mengerjakan solat sunat tahyatul masjid, solat taubat dan solat hajat. Syukur.


 Cantik... SubhanAllah. Speechless...
*via HTC Sensation XE saya.


 Ruang solat jemaah lelaki. 
*via Samsung Galaxy Advance en. hubby.


Serious mode. Background perkarangan Masjid Nabawi... Niat untuk meronda-ronda dan nak minum2 terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca panas terik yg tak mengizinkan. Tempat paling jauh kami berjalan ialah di sekitar pekan indon, lepas tu patah balik sebab bimbang sesat. Hehehe...




Stay tune... our journey to Makkah Al Mukarramah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...