My Insta

Instagram

Monday, July 2

umrah: madinah-the experience

*notes & pictures are taken on actual day of event then transferred from my handphone HTC Sensation XE Notes to my blog after a week coming back from umrah.



Di Madinah, kami stay di Hotel Elaf Taiba. Alhmdlh, betul2 di tepi pagar Masjid Nabawi. Di sini saya tinggal berasingan bilik dgn en. hubby. Reasonnya supaya kami dapat menimba ilmu & mencedok pengalaman drpd mereka yang dah pernah mengerjakan umrah & haji.


 Ini roomates saya... Kak Za (jubah hitam), dari Kelantan (anak buah Tan Sri Annuar Musa) dan MkCk Zahrah dari Melaka. Kami dalam satu bilik bagaikan anak beranak. Mkck Zahrah umpama ibu kami, Kak Za pulak macam kakak saya. Kami saling ingat-mengingatkan. Walaupun baru 1st time jumpa, kami bertiga nie satu kepala. Nampak jer MkCk Zahrah tu dah tua, tapi dia giler2 orangnya & sangat sporting. 


Snggh d sprmkt Bin Dawood. Nk blik dh, x thn, pnas. Ekceli tak beli apa pun sebab memang dah niat dari Msia lagi yg kami tak nak bershoping sakan. Kami cuma beli apa yg family pesan, lepas tu beli jubah utk anak seorang sehelai, beli kurma, beli tasbih & sejadah, itu saja. Di Mekah pun kami dah niat begitu juga dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami itu.



Ketika ini saya menunggu solat Maghrb... inilah keindahan seni bina dalam Masjid Nabawi. Saya sengaja duduk di bawah kubah nie, dgn harapan, kubah ni akan terbuka seperti yg dilihat dlm TV. Tapi mungkin tak ada rezeki saya, kubah tu tak buka2. Tak apalah, hopefully next time sy datang, ia terbuka. Hehehe....


 Makanan yg disediakan oleh TA saya memang memuaskan hati, cuma saya saja yang tak lalu nak makan. Mybe sebab penat kot. 'Pak Aji' sorang nie, seleranya maintain. Macam mana di Msia, begitu jugalah di Madinah..tambah tetap tambah. :-D


Smentara menunggu en. hubby keluar, saya snap gambar nie. Ini selepas solat zohor. Selalunya slps solat zohor, kami terus balik ke hotel utk lunch sebb zhor di sini awal berbanding msia... dalam pukul 12:20 tghri, asar pulak dalam pukul 3:40 camtu. 

 Orang2 Turki yg rajin beriktikaf dalam masjid, ada yg mengaji (mengaji mereka seperti kita membaca surat khabar), bertasbih, malah ada yg tdo (standard lar tu). Ramai juga yg membawa anak2 kecil. Di sini ada disediakan ruang utk jemaah yg membawa anak dan tanpa anak. 


Kenangan di Masjid Bir Ali.
Alhamdulillah... dapat juga saya bersolat di sini akhirnya.


Terkezut juga nampak benda ni di Madinah. Sy & suami memang tak pernah seumur hidup masuk kedai kopi nie sebab dah tahu dari mana asalnya. En. hubby saya sengaja nak buat propa... dia beli air buah kat Pekan Indon dan posing kat tepi kedai kopi nie... bolehhh??


Hari terakhir saya di Madinah. Saya sempat bergambar di Pintu Uthman Bin Affan. Ada yg kata pintu-pintu di sini disaluti dgn emas termasuklah pintu ini. Wallahualam...


 Di luar Masjid Bir Ali. Saya suka dgn lanskap di sini... di sini tak ada pokok lain selain pokok kurma.


Scenery di luar Masjid Bir Ali, background ialah Jabal Uhud. 

Kenangan di Masjid Quba. Inilah masjid pertama yg dibina oleh orang islam, terletak 2 batu dari Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi kita SAW before baginda tiba di madinah. Rumah Saidina Ali terletak di belakang masjid ini. 




Di ruang solat lelaki dalam Masjid Quba. Tentang masjid ini, Rasullullah SAW ada bersabda...

"...sesiapa yg berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba utk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala umrah..." HR Ibnu Majah.

Alhamdulillah, di sini sempat saya mengerjakan solat sunat tahyatul masjid, solat taubat dan solat hajat. Syukur.


 Cantik... SubhanAllah. Speechless...
*via HTC Sensation XE saya.


 Ruang solat jemaah lelaki. 
*via Samsung Galaxy Advance en. hubby.


Serious mode. Background perkarangan Masjid Nabawi... Niat untuk meronda-ronda dan nak minum2 terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca panas terik yg tak mengizinkan. Tempat paling jauh kami berjalan ialah di sekitar pekan indon, lepas tu patah balik sebab bimbang sesat. Hehehe...




Stay tune... our journey to Makkah Al Mukarramah.


umrah: Madinah-arrival

*notes & pictures are taken on actual day of event then transferred from my HTC Sensation XE Notes to my blog after a week coming back from umrah.

 Alhmdlh. Sfly landed. I went thru a bd xprnce for almost 45mnts. Muntah non-stop time nak landing. I blame it on the pilot for the not-smooth-landing process. Bukan aku jer yng muntah, ramai yang 'uwek' here & there. Now still groggy & not feeling so gd. Kesian hubby, kena ngkt beg sorng2. Tapi Allah Maha Mengetahui... Dia uji aku tapi selepas tu...




 Alhmdllh. Sgalanya lncr, as usual, org prtama boarding d bus. Kami ingatkan kami yg paling lambat sebab kami paling akhir keluar dari pesawat tadi sebab 'uwek-uwek' aku tu. Lama juga kami tunggu passenger lain yg lagi 13 orang tu. Tak apalar, at least aku ada ada tempoh bertenang sekejap. Syukur.


 Alhmdlh. I m finally here!!!! 
Speechless... cant wait to perform my 1st solat mghrb here.


Syukur. Beriktikaf dlm Masjid Nabawi . Surrounded by minah2 yg hidung mereka bagaikan al burj. Rak yg kelihatan tu ialah rak al-quran. First time aku masuk masjid nie, aku duduk di saf belakang skali, nak usha dulu surrounding di sini. Ramainya manusia, MasyaAllah! 



Ramai juga jemaah bersolat di kwsn perkarangan Msjd Nabawi nie. Kebanyakannya yg suka bersolat di kawasan luar masjid ialah jemaah berbangsa India. Begitu juga di Mekah, mereka lebih suka bersolat di luar.  Gambar ini aku ambil selepas solat isyak'.  


 Berduyun-duyun jemaah keluar meninggalkan masjid, namun aku percaya, masih ramai lagi yg beriktikaf di dalamnya.

Ini view dari dewan makan di tingkat 14 hotel kami. Hotel Elaf Taiba, bertentangan dgn Masjid Nabawi. Cantiknya... subhanAllah!


1st time bergambar berdua di Madinah.
Ini kenangan paling indah sepanjang bergelar suami isteri,
takkan luput dalam ingatan hingga ke akhir hayat.

Ikuti pengalaman kami sepanjang berada di Madinah di sini.



umrah: the journey

*notes & pictures are taken on actual day of event then transferred from my handphone HTC Sensation XE Notes to my blog after a week coming back from umrah.



we had a great start, nw 9:30am @waiting bay. Flight kami pukul 10.10pg waktu msia and will arrive at 1:50pm medina time = 7:50pm msia time. insyaAllah sume akan selamat. 

Alhmdllh!!! Syukur krn akhirnya hajat km dimkbulkn olhNYA! Kami berlepas dgn MH8002. Kenapa kami tak pilih Saudi Airlines? Sebab kami mahukan perjalanan yg lancar dan terus dari KL ke Madinah. Kami tak mahu transit di mana2. Kalau dgn Saudi Airlines, samada kena transit di Riyadh atau Abu Dhabi, begitulah. Kami sangat berpuas hati dgn MAS, no complaint. Semuanya okey, alhamdulillah.


Enjoying msian lunch..

As usual, lps mkn, tdo!! I m going to join the club.

Nice cloud. Subhanallah!! Subhanallah! Slalunya aku dongak ke langit utk mlihat awan yg memutih. Tp kali ini aku memndng ke bwh utk menikmti ciptaanNYA.

I m enjoying magnum gold! Yummy!



relaxing time. Just wake up at 3.45pm msia time. At first, our seats are in the middle, then we moved at the back, next to the window.



13.25 medina tm. SubhanAllah... aku seorang yg gayat. Tapi aku tak tahu kenapa aku mampu menjenguk ke luar tingkap. Mungkin ketika ini aku sedang terapung di bumi Arab. "Allah sahaja yang mengetahui di mana aku sekarang", fikir saya.

Sesuatu yang aku nak kongsikan di sini. Semasa landing, aku muntah teruk... time tu terbayang muka si Mr. Bean yg menyakat seorang budak dalam flight. Memang muntah teruk... 3 beg penuh. Sampai badan aku jadi lembik dibuatnya. Tak mampu nak berdiri, kamilah passenger yg paling last turun dari pesawat. Dalam pada tu, aku berdoa.."Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan kami." Dengan kuasa Allah, sesuatu yang tak disangka telah berlaku...

Kisah ketibaan kami di Madinah...


Umrahku: persiapan

Ada sahabat yang tanya saya... "Apa keperluan yg saya bawa utk mengerjakan umrah?". Pada saya, tak ada apa sebenarnya selain daripada keperluaan asas seperti toileteries. Di sini saya nak kongsi serba sikit apa keperluan yg memudahkan ibadah umrah kita.


Botol spray ini ialah best-fren saya. Sebabnya ialah sekiranya saya terbatal wuduk (selalunya terkentut), saya tak perlu kelam-kabut cari tempat wuduk. Syarat wuduk ialah meratakan air, kan? Jadi botol spray ini sangat membantu apabila kita dalam kecemasan. Kita hanya perlu berselubung di dalam telekung dan ambil wuduk melalui botol spray ni. Tapi make sure botol ni sentiasa dipenuhi air. Ketahanan airnya ialah sehingga 5 kali wuduk. Pastikan botol ni sentiasa dalam beg sandang kita. Sebotol rm5.


"Nak pakai apa bila di sana nanti?". Saya simple saja. Saya cuma bawa 4 helai baju kurung (tanpa kain), 2 helai jubah serta sehelai tudung spare yg menutup bahagian dada. Saya juga bawa sehelai SELUAR HITAM & tiga helai SELUAR PUTIH yg saya selesa pakai. 

Kain ihram juga tak perlu dibeli. Abah beri my soulmate pinjam 2 pasang kain ihram. Katanya tak perlu beli sebab memang dia wakafkan utk anak menantu kalau nak pergi haji atau umrah, abah ada 3 pasang ihram. Untung soulmate saya, kan.. :-)


Saya bawa 4 helai telekung (tanpa kain). 3 helai mak bagi pinjam, dan sehelai lagi pemberian mak. Aku beruntung sebab mak dan abah aku dah fikirkan strategi utk kami jimatkan kos. Haha!  Basically, gambar di atas tu ialah uniform saya sehari-harian. Iaitu telekung, baju kurung, berseluar panjang, stoking & kasut. Kasut tu saya beli kat uptown, khas utk mengerjakan umrah. Tapi saya pakai seminggu lebih awal sebab takut kaki melecet semasa beribadat nanti. Tak ketinggalan juga, cermin mata hitam Fossil saya.


Yang ini mesti ada! Ia amat diperlukan di sana, percayalah. Sama ada utk bibir pecah, retak tumit atau kulit kering. InsyaAllah, kulit kita protected.


Nampak tak uncang kuning tu? Itu beg uncang kasut.  Masukkan kasut dalam uncang dan uncang tu boleh dibawa masuk ke dalam masjid, jadi kasut taklah hilang. Tapi uol boleh beli atau jahit beg uncang tu sendiri. Yang ini disediakan oleh travel agent kami, Utas. 

Satu lagi... bagi kaum Adam, tak perlulah bawa tali pinggang besi. Sebabnya ia akan melambatkan urusan semasa check-in di airport nanti. Metal detector akan merencatkan perjalanan kita serta mendelaykan urusan jemaah lain. Tapi jam tangan shud be ok. Begitu juga dgn kaum hawa, adalah lebih baik tidak memakai sebarang barang kemas seperti rantai leher, gelang, subang atau cincin. Biarlah badan kita ni 'bogel' sekejap, apa salahnya. Lagipun semua itu tak penting di sisi Allah.



Satu lagi kemestian utk kaum hawa ialah stokinbg tawaf & sa'e. Saya pakai stoking hitam kemudian saya pakai stoking putih ni. Stoking ini mempunyai bintik-bintik getah pada bahagian tapaknya supaya si pemakai tak terjatuh akibat tergelincir. Saya beli sepasang jer dan bertahan hingga ke hari ini. Sepasang rm15.

Ikuti kisah perjalanan umrah pertama kami DI SINI.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...