My Insta

Instagram

Thursday, June 28

national level, bravo Danial!

Last wiken, sekembalinya dari umrah, kami pergi visit Danial.  Menurut Danial, dia dipilih ke peringkat kebangsaan bagi mewakili MRMS Zon Selatan utk acara balapan. Pertandingan tu diadakan di MRSM Langkawi dan dia kena pergi. At first menyirap juga darah nie mendengarnya sebabnya dia dah janji, after mewakili maktab utk pertandingan antara semua MRSM bulan lepas,  dia nak concentrate for PMR, no more sukan-sukan nie walaupun dia dianugerahkan sebagai olahragawan maktab. PMR lagi 3 bulan, mana aku tak cuak!

Memang aku akui, keputusan Danial tak pernah pun merudum walaupun dia aktif pergi sana sini mewakili maktab. Malah pointernya makin menaik. Latest pointer ialah 3.63. Tapi pada aku, cukup-cukuplah dgn olahraga. Hari Ahad tu, aku pulang bersama keputusan yg takkan berganjak "Tak boleh pergi Langkawi!".

Tapi bila Ckg Hamid col hari Isnin petang, minta aku pertimbangkan keputusan tu semula, aku mula cair hati. Kenapa cair hati? Sebabnya aku pun pernah mengalami dilema yg sama macam Danial. Tahun nak exam itulah, tahun aku kena wakil zon utk acara bola jaring. Bila mak dan abah larang sekeras-kerasnya, aku frust dan tak ada mood nak belajar. Tapi alhamdulillah, keputusan aku tak menghampakan mak dan abah pada waktu tu (zaman SRP). Setelah mempertimbangkan dgn sedalam-dalamnya, akhirnya aku pun izinkan Danial bertanding ke peringkat kebangsaan  utk acara olahraga. 


Sempat bergambar di R&R Rawang sebelum mereka bertolak ke Langkawi.

Mereka bertolak dari Melaka ke Langkawi pada hari Rabu malam. So aku pakat dgn Ckg Hamid nak jumpa Danial di R&R Rawang sebelum mereka teruskan perjalanan ke Jeti Perlis. Aku bekalkan Accelerade (sport drink), buah kurma & sedikit ongkos. All the best kepada semua termasuk coach serta guru pengiring.


Bersama coach (L), Danial dan Ckg Hamid (tshirt kuning).


Awal tahun hari tu Danial dianugerahkan sebagai Olahragawan Harapan MRSM AG. Sebagai ibu, tentulah aku bangga kerana ada anak yg mengikut jejak langkah aku... aktif bersukan. Time ni macam2 acara yg Danial menang, kesemuanya johan... 100m, 200m, 400m. Cuma 4x100 saja yg dapat tempat kedua.


Piala kebanggaan Danial...


Membincangkan strategik utk 4x100m, lari berganti. Danial menjadi pelari pecut terakhir.


Aku masih ingat lagi... tahun 2007, Danial jadi johan utk larian 4x100m dan 100m dapat 3rd place. Story here ---> http://iamyanti.blogspot.com/2007/03/3in1-event-1-temasya-sukan-sksu-07.html


Year 2009... tahun Danial ambil UPSR. Tahun akhir di sekolah rendah membuatkan dia nak pulun semua acara. As usual, his favourites are 400m, 4x100m, 4x200m, lari berpagar, 100m. The story here----> http://iamyanti.blogspot.com/2009/05/sports-day.html



Asalkan ada acara sukan, walaupun semasa jamuan tahunan, Danial pasti masuk dan selalu jadi johan juga. Malah pernah jadi johan kepit bola! 


Sentiasa menggondol johan dalam setiap acara yg diambil. Ini pingat Johan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2007. 


Danial jadi johan utk acara merentas desa antara sekolah-sekolah di Kuala Sgor. Danial, we're proud of you. Story here ---> http://iamyanti.blogspot.com/2007/01/danial-you-make-us-proud.html



Danial is a sportsman. He loves sport so much. Bagi apa saja acara, dia akan buat bersungguh-sungguh. The story here ---> http://iamyanti.blogspot.com/2009/01/road-run.html

Sebagai ibu, aku mendoakan yg terbaik buat anak-anak. Sokongan itu sangat penting, terutama apabila kita tahu akan kemampuan mereka. Kalah, menang belakang kira. Yang penting, semangat kesukanan perlu ada. Buat Danial, ibu doakan Danial berjaya dalam apa juga lapangan yg Danial ceburi. And remember your promises... 8As' straight dalam genggaman!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...