My Insta

Instagram

Wednesday, May 2

HouseWarming

1st May.

Alhamdulillah... segala perancangan berjalan lancar dgn izin-NYA. Rasa lega sangat bila majlis kesyukuran serta housewarming dah selesai. Barular dapat kenal jiran2 baru. Apart from them, colleagues my soulmate pun datang juga. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar tetamu yg tak diambil  (al maklumlar, cameramannya ialah anak bujang saya yang sangat pemalu, katanya "takut makcik2 & pakcik2 tu marah kalau gambar mereka diambil".) 

So, saya tak nak cerita banyak. Saya nak uol layan gambar2 yg saya uploadkan nie. Better uol tengok sebab manalah tahu, ada pulak gambar uol dlm entry saya nie, kan. Kepada yang gambarnya tak ada, sy menyusun 10 jari memohon maaf. Namun, kehadiran uol semua sangat menggembirakan sy & suami. 

1. Hurzaini (bj hijau), antara tetamu setia saya sejak dulu, tak pernah tak datang setiap kali dijemput. 


 2. En. Zaim & isteri juga tetamu setia kami. Thank you so much.

 3. Prof. Dato Raja & En. Ibrahim... first time datang ke casa baru kami.


 4. Antara ahli kumpulan wanita SBCR. Yang berdiri tu kak Ina (kenal semasa kursus haji), Ara (baju merah),  Idana, Kak Cya Nolan. Far right, sy tak ingat namanya. Maafkan saya...

 5. Liza Rahmat... bertudung orange (correct me if i'm wrong)

 6. Berdiri ialah Tuan Pengerusi SBCR, En. Azman (kalau tak silap saya...) 


 7. Berdiri bercermin mata tu ialah neber depan rumah saya. Rasanya wife dia tak datang (atau sy yang tak kenal? huhuhuhu....) 


 8. En. Zamros & friend. Both classmate my soulmate semasa di KSAH.


 9. Aziyan (wife pengerusi). Thank you so much for the cistat! I loike...Hehehe!


 10. Kak Cya Nolan and her warm smile. Nice to know her. She reminds me of my dear friend in Cardiff, Shimah. *Shimah, i miss you so much*.

 11. Kak Ani (tudung hitam), Kak Zura (tudung coklat). Yang dukung anak tu sy tak ingat dah nama dia. 




12. Mrs Zaim & Azie (colleague my soulmate). Azie nie pun antara tetamu setia saya. Betul tak, Azie?


 13. En. RiniOjan & Azie's husband.


 14. A couple yg betul2 tinggal depan rumah. Only now baru dapat jumpa face-to-face. :-D


 15. Ckgu Zunainah & Zamri, neber rumah lama di Cemara 11. 


 16. Mujur ada Nad (best fren my doter) menolong. 

 17. Raja Adela (former neber @Cemara 11) & Balkiss from Lili.


 18. Tuan rumah (far left) yg dah keletihan, Hazamin (in-team grup), En. Kudin & En. Nizam (asben Balkiss)

 19. L-R: Jue & Raja Adela (former neber from Cemara 11, Aini (Hazamin's wife), me & Ckg Aznin (former teacher Awin).

 20. Saya tak pasti sama ada pasangan ini suami isteri atau tidak. Nama si isteri pun saya lupa... (teruk betul saya nie, kan?) Ada sesiapa boleh tolong explain sikit pasal gambar ni? 


 21. Me & Ckg Aznin. (Awin, your teacher was here tooooo!).

 22. Some are leaving, some stay for further gossiping. Haha!


 23. Kawan-kawan Afiq. Hazreen (baju hitam) & ......? Siapa ya nama dia, Afiq? Ibu lupa lar...

 24. Menjamu selera selepas bacaan yaasin, tahlil & doa. Sy agak ralat sebab gambar bacaan doa tidak diambil oleh anak saya. Katanya "Nampak tak sopan lar pulak, bu." I guess he's right. 


 25. Berlaku sedikit kesilapan teknik di sini. Tong nasi ada 2 tapi yang dikeluarkan cuma 1. Kalau dua-dua ada, tak perlular tetamu menunggu macam ni, kan? My mistake. 


 26. Alhamdulillah... seronok sebab dapat menjamu tetamu semua.


 27. Tuan rumah dan sahabat lamanya. 

 28. Harap2 makanan yang dihidangkan tidak menghampakan tetamu yg hadir. 

 29. Kak Nik & anak2 (former neber).


 30. Terima kasih banyak2 kepada tetamu yg membawa buah tangan. Thanx again. Pada malamnya, saya kenduri cistat & buah-buahan yg ada. Tengah hari tadi sy buatkan jus mangga (pemberian Kak Nun) utk lunch & dibekalkan utk anak2 bawa ke sekolah. Thank you also to Dato Raja sebab bawakan coklat utk anak2 saya. Dan tak lupa juga CD Maher Zain from Aini & Hazamin. Thank you so much to all, we really appreciate it.



31. Tidak lupa juga pokok bunga kertas nie, buah tangan daripada Syama & Amin. Tima kasih byk2. Saya letakkan di tangga belakang rumah supaya ia menjadi penyeri dapur saya. :-D

5 comments:

Ida Zaini said...

meriah makanan...sorry u tak dpat menghadirkan diri...:( jangan serik jemput ya

Kherun said...

Tak de sape pun yg aku kenal... only Dato' Raja. Dulu selalu gak keluar visit IPTS ngan dia, skang ni aku dok HR... dah tak pi visit IPTS dahh...

Yanti Arshad said...

Cik Zaida,

rasanya belum serik lagi.

selalunya sy bagi chan sampai 3 kali. kalau dah 3 kali jemput, tak datang jugak, so jgn marah kalau tak dijemput lagi.

hehehe...

Runiza said...

Tahniah again Yanti... :)
Sorry again tak dapat hadir... terrrrlalu banyak adengan minggu ini... huhu.. :(

Ida Zaini said...

hehheeh InsyaAllah...kalau dijemput lagi harus menghadirkan diri... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...