My Insta

Instagram

Sunday, May 6

cerita bola lagi

Bukan senang bila menjadi ibu kepada anak2 yg majoritinya lelaki. Aku ada sekuntum bunga dan 4 ekor kumbang. Mujur bunga dah fly jauh dan seekor kumbang  tinggal dalam sangkar MRSM. But still, I'm surrounded by 4 boys termasuk en.hubby. Nak tak nak, apa yg dorang minat, aku kena participate juga bagi menunjukkan sokongan moral seorang ibu. 

Aku tak nak banyak citer, korang layanlah pics' di bawah ya. 







Melayan si bongsu yg minta kepalanya diikatkan begini. Layannnn...




Kami tiba seawal jam 6.30ptg. Game mula lepas isyak, 8:45mlm. Bukan apa, kalau datang awal, boleh pilih tempat yg cun, tak perlu nak berebut2. Bukan nak g stadium jer kami sampai awal taw, nak ke masjid pun kami sampai awal juga, at least 15 minutes before adzan :-D







Harga tiket... pada aku reasonable kalau nak comparekan tiket di Stadium Bukit Jalil which is RM40 for grandstand! 





Sometimes, sebagai ibu, kita kena masuk dalam kepala anak-anak. Be their friend, try to understand their world, know what they like, what they want (walaupun kekadang aku cuba tak nak faham). Tapi tak salah sebab bila kita hormati apa yg mereka suka, secara automatik mereka juga akan hormati apa yg kita suka



Sementara tunggu game, si kecik nie gunakan skil dia dgn Lumix en. hubby bcoz they know they cannot play-play with mummy's Nikon! Hehehe...









This is the main reason we came here. Bcoz of Afiiq! Dia nak sangat tengok friendly match Harimau Malaya Vs S.Lanka. Then dia ajak skali 2 orang kawan dia join. Kami no hal sebab kereta masih muat walaupun ajak lagi 3 orang. 














Two 'matured' LoYaL FaNs of HaRiMaU MaLaYa.




Players masuk padang utk sesi waming up.  


Ayam tambatan yang ditunggu-tunggu tapi persembahannya kurang menyengat pada malam tu. Mungkin faktor dah lama tak main dengan team Harimau Malaya, so chemistry dah mula hilang. Tak ada satu gol berjaya disumbat oleh Safee Sali pada malam tu. 





Bila Dato' K masuk padang, semua peminat bertepuk tangan. Jangan salah faham, ya. Dato' K ialah Dato K RajaGobal! Haha!




The excitement mula terasa bila pemain HM masuk padang. Kalau uol nak tahu, normally 3 pemain yang paling belakang ialah stars of the team. Seperti Safee Sali (10), Aidil (7), Wan Zack (14) selaku penjaring pertama.




Seperti biasa, lagu Jalur Gemilang dinyanyikan sebelum game bermula. Bergema satu stadium! 



GOLLLLLl!!!!!!

Dijaringkan oleh Wan Zack. Si ibu dan anaknya pun turut bersorak!






GOLLLLLLLLL! 


Selang 2 minit selepas itu, gol kedua juga disumbatkan oleh Wan Zack! Peminat HM bersorak gumbira!!!!!



Separuh masa pertama berlalu dgn pantas. Semua pemain akan berehat selama 15 minit sebelum second half bermula. Sebelum pengadil meniupkan wisel, satu gol telah dijaringkan oleh Safee Sali.... tapi ofside. Cehhhh!







Pasukan HM macam dapat semangat baru. Satu demi satu gol disumbatkan dgn penuh yakin. Masa ni, Safee Sali dikeluarkan dan diganti oleh Hazwan dan kedua2 gol ini disumbatkan oleh Hazwan.



Pak cik rela ni tiba agak lewat. Sebenarnya mamat baju oren & baju putih tu merokok sejak game bermula lagi, ramai penonton di sekitarnya yg kurang selesa especially yg bawa anak. Dah kena sound baru tak berkepul2 macam serombong ketapi! FYI, stadium ialah kawasan larangan merokok walaupun open space. 



Akhirnya HM dapat benamkan Sri Lanka 6-0! Both thumbs up for HM. Walaupun ramai star tak turun main seperti Apex, si kembar Aidil, Muslim, MatYo tapi game malam sangat kemas. Keep it up, boys!

Tahniah kpd HM di atas kejayaan mereka. Walaupun hanya friendly match, tapi usaha mereka patut dipuji. Jangan jadi macam sesetengah orang. Bila menang, puji melangit. Bila kalah, kutuk habis-habisan. Itu bukan semangat Msia. Pada aku, kalah atau menang, HM tetap di hati. Anggap saja kalah menang tu adat bertanding. Yang penting, sokongan kita kepada mereka, itu yang mereka perlukan.

MaLaYsIa BoLeH!!!!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...