My Insta

Instagram

Wednesday, May 23

camping dulu vs camping sekarang...

Firstly, aku nak say THANK YOU kepada guru2 yg terlibat serta TAHNIAH kepada pihak sekolah kerana berjaya melaksanakannya dengan cukup lancar. SYABAS juga kepada PIBG yg turut sama membantu mana yang perlu. Walaupun ini first time perkhemahan sebegini dianjurkan oleh SKSP, tapi semua yg terlibat ialah mereka yang cukup berpengalaman.

Di sini aku nak citer sikit perbezaan antara camping dulu dan camping sekarang serta kongsikan pengalaman aku sendiri.  So, aku tak nak jadi tukang karut tak bertauliah di sini. Uol layanlah gambar2 dan ceritanya, ya.  Let's hit it!

Day  O N E
 Sekarang: Perkhemahan 3h 2m di padang sekolah.
Dulu: Lebih adventure bila dibuat di luar kawasan sekolah, di tempat yang asing.
Moral of the story: Get connected with nature.


Sekarang: Mak bapak temankan anak utk angkat barang, register semua.
Dulu: Mak bapak hanya boleh hantar sampai luar pagar, anak2 angkat sendiri barang mereka.
(macam kes saya dulu, parents tak hantar pun...)
Moral of the story: sense of trust for both parents and kid!


Sekarang: Yang menyambut peserta ialah guru-guru yang peserta kenal.
Dulu: Yang menyambut peserta ialah komando-komando,
 abang2 / kakak2 askar yang mukanya menggerunkan.
Time tu rasa macam nak balik jer.
Moral of the story: Self-confidence.


Sekarang: Peserta diberikan masa yang cukup santai utk mendirikan khemah.
Dulu: Tempoh masa ditetapkan utk mendirikan khemah yang sempurna.
Kalau tak siap dlm  tempoh yg ditetapkan,
redho sajalah dengan 'ganjaran' yg akan diterima.
Moral of the story: Time management.

Sekarang: Bila khemah rosak, ckg atau parents offer diri utk tolong buatkan.
Dulu: Kalau dapat khemah yang rosak, urusetia yang bertugas akan mencampakkan khemah yg baru sambil menjerit, "Nah, ambil khemah ni!! Cepat! Terhegeh-hegeh!!". Sakit jer telinga time tu, sabor jerla...
Moral of the story:  Mengajar kita bersabar bila diberi tekanan.

Sekarang: Cikgu menunggu peserta membina khemah dengan sabar, bantu mana yg patut.
Dulu: Kalau tak reti buat, tidur atas tanah!
Moral of the story: Responsibility.


Sekarang: Tidur dalam khemah beralaskan toto, bantal & peralatan masing-masing.
Dulu: Hanya peserta saja boleh berada dalam khemah. Beg, peralatan letak luar. Kalau hilang, nasiblah!
Moral of the story: Jangan bawa barang berharga & bertawakal.



Khemah Masak! Kelihatan guru2 serta jwtkuasa PIBG bertungkus-lumus menyiapkan dinner untuk peserta perkhemahan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....

Sekarang: Guru & PIBG bergabung memantau peserta.
Dulu: Peserta diserahkan kpd org yang asing utk memantau mereka.
Moral of the story: Kerjasama.


Ckg Rosilawati yg turut menjadi tulang belakang perkhemahan ini. 


Tibalah giliran untuk memberi mereka makan makan. Waktu nie jam menunjukkan pukul 7:15 malam. Mereka kena makan dulu, then baru mandi dan solat. Mereka dikehendaki membawa pinggan, sudu, cawan sendiri.

Sekarang: Apabila semua orang sudah siap dgn sempurna, makanan akan diberikan.
Dulu: First come, first serve! Maknanya kumpulan pertama yg berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan, akan diberi makan dahulu. Yang last siap, last lah waktu makannya.
Moral of the story: Punctuality!


"Lambatnya dorang ni ambil makanan, aku dah lapar nie."  Aku nak suggestkan satu perkara. Next time kumpulan mana yg berjaya dirikan khemah dengan sempurna, dapat makan dulu. Barulah ada 'fight' sikit!

Aku nak share pengalaman aku semasa perkhemahan tahun '91 (seperti gambar di atas). Perkhemahan ini diadakan di Hutan Lipur Ayer Keroh, Melaka. Dalam banyak2 perkhemahan yg aku attend, inilah perkhemahan yg paling aku tak boleh lupakan. Nak tahu kenapa? Sebabnya  sekolah aku antara sekolah dalam KL yang dipilih utk mengikuti camping yang diadakan selama seminggu. Kalau nak tahu, khemah kayu di belakang tu hanya untuk menempatkan beg2 dan peralatan peserta. Kami tidak dibenarkan tidur di dalamnya, kami kena tidur dalam khemah yg kami kena bina sendiri atau tidur atas tanah. Urusetia kami ialah komando2 dan abang/kakak askar yg garangnya mengalahkan singa!

Antara xtvt yang aku tak boleh lupa pasal camping nie? Pertandingan membina khemah sebaik saja tiba di tapak perkhemahan, kami sampai di situ, petang. Setiap khemah ada 10-15 orang. Khemah tu sekangkang kera, bayangkan. Dinner hanya diberikan kepada kumpulan yg berjaya mendirikan khemah dengan cepat dan sempurna. Kumpulan yg cepat akan dapat makan sup daging beserta nasi, kumpulan paling akhir cuma dapat makan biskut tawar yang dicicah dgn belen sup! Perghhh! Dan kumpulan terakhir itu ialah kumpulan aku! Rasa tercabar betul sebab budak KL tak tahu pasang khemah! Arghhhh!

Dan xtvt lain yg tak dapat aku lupakan ialah dikejutkan pukul 2 pagi, disuruh masuk kolam berlumpur dalam gelap, air kolam tu pulak paras dagu. Paras dagu aku, beb! Bayangkan kawan aku yg lebih 'rendang' daripada aku, camne? Kami cuma berpaut pada tali yg direntang sebagai panduan untuk sampai ke seberang kolam. Saspens, masa tu macam2 dalam kepala. Entah ada ular ke, biawak ke, tawakal sajalar!

Okeylah, cukup pasal aku. Now kita tengok apa yang berlaku pada hari kedua perkhemahan.


Day T W O.

Aku dapat tahu SKSP belum sempat celebrate Hari Guru sebab minggu tu ialah minggu exam. Pada petang hari kedua perkhemahan, aku terfikir satu idea utk raikan guru2 yg terlibat. Sumbangan tak seberapa ini rasanya tak setimpal dgn jasa2 mereka mendidik anak2 saya. Selamat Hari Guru, Cikgu!


Malamnya, aku memaksakan diri join barbeku utk perkhemahan ini. Kenapa aku paksa diri? Sebabnya malam tu ada perlawanan final Piala FA, Kelantan vs Sime Darby FC. Aku bukannya penyokong kedua-dua team tapi aku tahu, perlawanan ini pasti hangat. Dari awal aku plan nak stay kat rumah jer, tapi bila selepas Maghrib, GB call aku minta kami datang untuk memeriahkan lagi majlis barbeku, aku tak mampu tolak.


My soulmate berbual panjang dengan GB SKSP (right). Kebetulan anak lelaki GB dgn anak perempuan aku merupakan student Tahun 1 di Tanta Universiti, Mesir. Anak GB ambil dental dan anak aku ambil medic. Pada aku, GB ni seorg yg low-profile tapi berwawasan tinggi. 


Persembahan daripada pasukan KRS, dengan lagu "Lelaki" oleh Alif Satar.
Menghiburkan.

Cikgu Khairizan memang sinonim sebagai pengerusi majlis. Dia bekas guru di SKSU, aku kenal dia sejak tahun 2006. Waktu tu dia baru bertukar dari sekolah di Langkawi dan merupakan guru bahasa Inggeris Awin. Time tu Awin nak ambil UPSR. How time flies....

Aku bantu mana yang termampu... mengagih-agihkan hotdog dan ayam barbeku kepada peserta perkhemahan. Rasa pelik pulak bila terdengar suara "Cikgu, saya nak hotdog". Boleh ke aku jadi cikgu? Ahaks!!


Selain air yang dibancuh, ada juga air kotak.


Ada yang memilih untuk makan di kantin dan...


...ada yang memilih utk makan dalam khemah... adventure sikit, kan?


Guru-guru lelaki yang memantau peserta lelaki turut mengisi perut yang lapar...

Sempat meninjau ke dalam khemah... begini rupanya. Baru 2 hari. Boys are boys!

Mukhriz siap gantung torchlite dalam khemah.
Tak adventure lar kalau camni???


Day  T H R E E

Hari terakhir perkhemahan. Semua peserta dikehendaki berkawad mengikut unit masing2.

Antara 'ganjaran' yang menanti mereka.

Para juri utk pertandingan kawad.


Sekarang: Berkawad di kawasan rata, selalunya perkarangan sekolah.
Dulu: Berkawad di atas padang. Feelnya berbeza sebab kawasan lapang dan terbuka serta impak hentaman kaki di atas tanah berbeza dengan hentaman dan bunyi di atas simen atau batu.
Moral of the story: Fokus!

GB memberikan ucapan penutup kepada semua peserta perkhemahan.


Guru-guru serta urusetia yang terlibat banyak berkorban masa demi menjayakan perkhemahan yang julung kali diadakan di SKSP ini. Both thumbs up!! Di sini kelihatan Ckgu Liana, Ckg Aspalela.


Pandu Puteri. Dulu aku juga ahli Pandu Puteri.

Sekarang: Uniform hijau.
Dulu: Uniform biru.
Moral of the story: Change is good!

Persatuan Bulan Sabit Merah. 
Juara Keseluruhan.Yeay!!!


Aik, mana guru yang mengiringi unit KRS ni??


Barisan Puteri Islam yang comel-comel semuanya. Termasuk cikgunya sekali. Ahaks!!


Sekarang: Hanya ada Pengakap.
Dulu: Ada Pengakap Laut juga.


Kenapa ni??? Ada orang pengsan ke?

Larrr... tunggu agihan ganjaran rupanya.


Kelihatan ibu bapa yang menebeng-nebeng untuk membawa pulang anak masing2.
p/s: macam kenal jer 'mama' berspek hitam, berbaju biru. Hehehe..


Inilah hasil perkhemahan 3H 2M.

So, moral of the story perkhemahan ini sebenarnya ialah mendidik anak2 kita supaya lebih berdisiplin dan berdikari. Tak kiralah di mana pun perkhemahan itu diadakan. Sayangnya ada parents yang membawa balik anak2 mereka pada hari kedua perkhemahan kerana anak mereka tak biasa dengan xtvt begini. Ada yg rasa takut, ada yg tak selesa tidur tanpa aircond, kena berebuat-rebut time mandi, makan kena beratur dan macam2 lagi. There's always a first time in everything we do in life. Yang penting, jangan buat anak serik mengikuti xtvt seperti ini. Kena denda duduk dalam gelap, kena masak sendiri, itu perkara biasa dalam perkhemahan. Itu mengajar anak2 berdikari. Kita sebagai parents, perlu beri mereka semangat dan sokongan supaya jiwa mereka bersedia menghadapi segala cubaan. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...