My Insta

Instagram

Monday, April 23

within 5 years

masih ingat lagi tak dengan entry aku 4 tahun lepas? click here ---> "next 5 years"  Alhamdulillah... segala yang aku impikan (target) dalam masa 5 tahun sudah tercapai. Hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku. 

A doctor-to-be in front of Giza Pyramid, Egypt.

Impian pertama aku sejak 5 tahun lepas ialah agar kami sekeluarga dimurahkan rezeki2 yg halal dgn melimpah ruah. Alhamdulillah, aku menikmatinya melalui rezeki anak2. Salah satu rezeki anak2 yg paling aku bersyukur ialah segala persiapan utk Awin belajar ke luar negara setahun lalu berjalan dengan cukup lancar. Walaupun ada bumps here and there, tapi itu tak menjadi kudis buat aku dan suami. Aku sendiri tidak menyangka dan tidak pernah terfikir begitu ketentuan Allah, namun Allah Maha Mengetahui. Syukur...


Destinasiku...

Impian kedua... berhasrat mengerjakan umrah dan haji. Alhamdulillah, hajat kami untuk menunaikan umrah akan termakbul pada 8 Jun ini, InsyaAllah. Setelah berkali2 menunda tarikh penerbangan kerana kekangan masa serta masalah2 lain, akhirnya tarikh 8 Jun dipilih sempena cuti sekolah serta untuk memberi laluan kepada adik ipar melangsungkan majlis walimatulurusnya pada 2 Jun. Didoakan segalanya dipermudahkan buat aku dan suami, Amin.



My Casa

Impian ketiga. Syukur kerana akhirnya dapat mendiami casa yang diidamkan selama ini. Casa yg sederhana ini bakal mencatat sejarah baru buat kami sekeluarga. Casa yg lama insyaAllah akan mendapat pemilik baru tak lama lagi, aku bersyukur kerana proses penjualan rumah juga berjalan dgn lancar. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Pemurah. Aku bersyukur di atas limpah kurnia yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Segala kenikmatan, kesihatan yang baik, anak-anak yang mendengar kata, jiran-jiran yang baik, ketenangan jiwa, keharmonian rumahtangga serta kemudahan untuk kami bergerak ke sana sini. Namun aku sedar semua itu hanyalah pinjaman semata-mata. Ya Allah, rezeki yang kau curahkan tidak terbanding dengan amalan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin...

Impian keempat. Aku dan suami berhasrat utk membuat rayuan untuk mengerjakan haji pada tahun depan. Rasanya sudah tiba masa utk kami menunaikan rukun islam yang kelima itu memandangkan kami bukan lagi muda remaja. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar atas izin-NYA. InsyaAllah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...