My Insta

Instagram

Monday, April 9

lanskap saya!

Alhamdulillah... akhirnya penantian saya berakhir. Cari punya cari, akhirnya bertemu dgn pembuat lanskap yg memenuhi kriteria saya. Macam mana saya jumpa? Time tu sy baru balik dr rumah kawan, time nak tutup gate, Khan tiba2 terpacul dpn gate rumah saya. Mulanya cuak juga. Tapi bila dia tunjukkan katalog, hasil kerjanya, saya pun ajak dia berborak di pergola saya. Harga yg ditawarkan reasoanable (sebab sebelum ni, saya dah survey, kebanyakannya 'potong kepala').  Sy bgtau apa konsep yg sy nak, dia pun bg idea dia dan sy pun setuju. Ini first project Khan di sekitar Saujana Utama & SBCR. Sy ialah customer pertama dia di SBCR. 

Konsep idaman saya ialah simple tapi menarik dan luas. Sy tak nak serabut dgn bunga sana, bunga sini. Saya nak luas supaya anak2 sy bebas bergerak utk main bola ke, main badminton ke. Malah saya ada buatkan mini court basketball utk mereka, nanti sy tunjukkan.


Di sini sy minta Khan tanamkan exora jenis baru. Exora tu sy pergi beli sendiri tp kedudukan exora tu, sy yg tentukan. Di sini pun sengaja saya biarkan lapang, sy suka begitu. 


Manila Palm ni last minute decision. Suggestion daripada Khan. Katanya tak nak nampak togel sangat, so better ada pokok besar. Pokok puding tu sengaja sy pilih merah supaya kontra dgn rumput mutiara saya.  Ayu (kawan saya) kata, pokok puding tu pokok kubur. Biarkan! Pokok tu akan sentiasa mengingatkan saya kepada mati. Huhuhuhu....



Inilah mini court kami. Di sinilah anak2 sy main basketball (tapi guna tiang netball sebab tiang basketball mahallll!!!) Di sini pun boleh main futsal half-court, dalam 3, 4 pemain. Kenapa tiang tu di tengah? Mulanya sy letakkan di tepi dinding, lepas tu bola asyik tersasar ke rumah neber sebelah, sy rasa tak syok. So saya alihkan kedudukan tiang. Rasanya dah strategik dah tiang tu. Hehehe..


View dari porch sy. Pokok feveret sy ialah red palm. Sy suka red palm sebab warnanya yg merah menyala dan tahan lasak (macam saya... cewahhh!). Sy sedang mencari pokok yg sesuai utk dimuatkan dlm bakul gantung saya tu. Stepping stone tu ialah dari rumah lama saya, ada 20 keping semuanya.


View dari pergola. Khan kata, "tunggu 4, 5 hari baru boleh pijat rumput nie, kak. Sebab akarnya belum kuat. Takut bila pijak awal2, akarnya koyak dan tak cantik."

Kepada yang mencari-cari tukang lanskap, sy rekomenkan Khan. Pekerjanya sangat teliti dan neat. Kekemasan kerjanya yg buat sy sangat puas hati. Sebelum ini, saya dah survey beberapa orang, kebanyakannya mahal dan mereka tak guna top soil, mereka guna pasir. Sy x nak pasir sebab sy guna pearl grass, pasir hanya sesuai utk rumput carpet. Kenapa pearl grass kena guna tanah? Sebab akarnya pendek dan ia perlukan tanah utk mencengkam. Sedangkan pasir agak 'loose'. Ada yg nak charge sy 3K kalau sy nak guna top soil. Gila ke ape??? Tapi Khan tidak, terpulang pada saya nak guna pasir atau tanah, no extra charge. Dan charge yg dia kenakan tak sampai rm2500.

Kalau tanya sy, mana better, mutiara atau carpet? Sy sgt mencadangkan mutiara. Sebab sy dah pernah guna rumput carpet. Maintenancenya mahal dan susah nak jaga. Rumput carpet akan cepat panjang dan kena dimesin selalu. Bila dimesin, ia akan meninggalkan spot2 kuning. Memang tak cantik. Lepas tu, 'rumput jahat' sgt suka naik dicelah2 rumput carpet.

Kemudian sy pernah guna rumput mutiara nie. Rumput mutiara ni sangat senang jaga. Tak perlu dimesin sebab takkan naik panjang, tapi ia akan merebak, merayap. Jadi 'rumput jahat' tak ada chan nak menyelit. Tapi ia kena disiram at least 2 kali sehari, pagi & petang. 

nite view.

Last but not least, terima kasih banyak kepada sahabat saya, Ayu & Su yang sudi temankan sy pergi beli pokok bunga hari tu. Gurlz, jasamu dikenang! Lepas ni kita shopping bunga indoor pulak, yer. Hehehehe...

footnote:
project in progress: wrought iron autogate, to be completed b4 end april.
next project: tiles for porch and affected area.


"Ya Allah, kau murahkan rezeki kami sekeluarga dgn rezeki-rezeki yang halal lagi  kau redhai. Kau luaskanlah rezeki kami sebagaimana luasnya langit-MU. Amin..."



6 comments:

Runiza said...

cantik!!! Saya pun suka garden yang lapang2... sedap mata memandang!! :)

Yanti Arshad said...

tq, niza.

sy jenis yg practical & simple. hehehe...

Teratak Hami said...

Yanti,
Nice garden :-)

Saya pun suke pearl grass tapi org kata macam lipan suka tinggal situ. Seram pulak dengar.

Yanti Arshad said...

lipan? mana ada! ngarutlah. fitnah semata-mata!

lipan suka tempat sejuk, bukan tempat panas macam atas rumput, dari situ dah boleh pikir dari segi logik akal. sebb tu lipan banyak dlm toilet yg sentiasa lembab dan sebab itu juga kita kena selalu pakai slipar dlm toilet.

Teratak Hami said...

hahaha ... saya pun tak pernah jumpa lipan masa dulu tapi bila dibayang2 semula, geli-geleman le pulak.

* Lipan duk bawah rumput katanya sbb rumput pearl "sejuk" .. wallahualam

Rihen said...

kak yanti,

cantiknya.. rumput mutiara ni senang nak jaga ek.. hmm.. boleh amik tips dari akak le pasni ek.. rumah saya baru siap... macam2 nak kena wat pasni... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...