My Insta

Instagram

Wednesday, April 25

Bagaikan Angelina Jolie

*entry ni rupanya ter overlook utk dipublishkan.* 

25th Feb was my burfday! Selalunya, celebration cuma dgn makan2 atau bersiar2 dgn keluarga. But this time kami memilih utk meraikannya dengan menyusuri Sungai Melaka menaiki Melaka River Cruise. Tentunya pengalaman waktu malam lebih istimewa buat birthday gurl! 


 Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa2 hidup dgn insan tersayang.


Jeti ni terletak di Dataran Dutch. Kalau korang nak tahu, boat ride di sini was featured in the film Entrapment year1998. Hebat kan Melaka nie. Pengunjung mempunyai dua pilihan untuk menaiki Melaka River Cruise sama ada siang atau malam. Walaupun laluan yang sama, kedua-dua sesi ada kelainan dan keunikan tersendiri. 


Seronok juga dapat menyusuri sungai sejauh 9km selama 45 minit pd waktu malam. An interesting & unique experience for us. Kelihatan Menara Taming Sari & replika bot at the other side. Deretan kedai yang ditukar menjadi kafe, kedai kraf dan cenderamata serta kafe berinternet untuk kemudahan pelancong ada di sini.


Hotel Casa del Rio

Teringat cabaran pantas dalam rancangan MasterChef. 4 peserta akhir kena masak 3 jenis telur kat sini. Hotel Casa del Rio. Berangan berada di Venice. Bagaikan Angelina Jolie dalam The Tourist. Ahaks!


 Dulunya rumah2 kedai baba nyonya, sekarang dah jadi hotel utk pelancong luar.


Kampung Morten ni terkenal, kan? Sebenarnya kampung biasa jer tapi kerajaan negeri memberikan penduduk di sini tanggungjawab utk memperindahkan lagi kawasan pinggir sungai. Mereka perlu sentiasa menyalakan lampu di kawasan rumah dan tentunya bil elektrik, kerajaan yang sponsor! 

Kampung Morten dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Tanah yang bertanggungjawab serta dihormati masyarakat dulu iaitu J F Morten. Kini, Kampung Morten dikenali Muzium Hidup apabila kerajaan negeri dan penduduk kampung berpakat untuk memelihara tradisi, cara hidup serta seni binanya yang memukau. 


Dulunya rumah kedai buruk, now dah jadi motel 5 bintang.


Penat menyusuri Sg. Melaka, ambil angin sekejap dgn ride yg ada kat sini. Time ni tak ramai pengunjung. So Affiq, Mukhriz & Daniel 'tawan' kapal ni habis-habisan. Mulanya tunjuk terrer, tapi bila dah naik tinggi, Mukhriz jerit "Ibu, 'bird' Mukhriz terbang!" Tanpa rasa segan! Hahaha!


Sementara mereka bertiga naik kapal, kami bertiga naik ferris wheel pulak. Aku yg sememangnya terkenal dengan gayat, cuba mengawal kegayatan depan kamera. Qme kata "Rileks lar, buuuu."  Huhuhu...

InsyaAllah, lain kali nak try naik monorel ni pulak. (macamlar tak pernah naik Pn Yanti oiii!). Dah biasa naik dah di KL tapi aura di Melaka lain macam pulak. Segala benda nak try. Bak kata Qme "Jakun tu maknanya tak pernah jumpa, bu." Hehe...


Rasa damai jer menyusuri sungai nie pada waktu malam. Maybe sebab ada driver kot? Cuba kena drive sendiri, mau kalut dibuatnya.


Masing2 melayan permandangan di kiri kanan sungai. Pemandangannya cukup mempesonakan.


Kelihatan perkampungan baba dan nyonya yang juga terdapat banyak kedai menjual pelbagai jenis cenderamata serta barangan antik unik.


Jambatan Old Bus Station. Nama yg sangat komersil.

Laluan ini menyusuri 7 buah jambatan iaitu Jambatan Kampung Morten, Jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng.



Jambatan Hang Tuah.

Di sebelah kiri jambatan ini adalah tapak rekreasi baru, dibangunkan dengan air pancuran berirama. Di sebelahnya pula terdapat tapak pasar terawal di Melaka dikenali sebagai Kampung Jawa. Ia beroperasi sejak 1940 hingga 1950. Ketika itu, sebanyak 50 bot nelayan berlabuh di sini setiap hari untuk membekalkan ikan untuk dijual di pasar ini. 



Lagi deretan motel2 yang kebanyakannya didiami oleh mat2 saleh dan minah2 omputih.


Inilah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.  Kincir air ini dibina mengikut reka bentuk asal sebuah kincir air yang terkenal di Belanda.

Bufday gurl dah penat tapi puas. Satu pengalaman yang berbeza pada kali ini. Aku sebenarnya lebih sukakan celebration begini especially when I get connected to nature, surrounded by love of my life dan diserikan pulak dengan purse yg "tebal". Pergh!  Lagilar best!!!




2 comments:

Rihen said...

Kak yanti,

A nice celebration indeed :)

Teratak Hami said...

Jabatan/owner kepada sungai ni MASYUK jer. Manyak untung!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...