My Insta

Instagram

Wednesday, April 25

Bagaikan Angelina Jolie

*entry ni rupanya ter overlook utk dipublishkan.* 

25th Feb was my burfday! Selalunya, celebration cuma dgn makan2 atau bersiar2 dgn keluarga. But this time kami memilih utk meraikannya dengan menyusuri Sungai Melaka menaiki Melaka River Cruise. Tentunya pengalaman waktu malam lebih istimewa buat birthday gurl! 


 Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa2 hidup dgn insan tersayang.


Jeti ni terletak di Dataran Dutch. Kalau korang nak tahu, boat ride di sini was featured in the film Entrapment year1998. Hebat kan Melaka nie. Pengunjung mempunyai dua pilihan untuk menaiki Melaka River Cruise sama ada siang atau malam. Walaupun laluan yang sama, kedua-dua sesi ada kelainan dan keunikan tersendiri. 


Seronok juga dapat menyusuri sungai sejauh 9km selama 45 minit pd waktu malam. An interesting & unique experience for us. Kelihatan Menara Taming Sari & replika bot at the other side. Deretan kedai yang ditukar menjadi kafe, kedai kraf dan cenderamata serta kafe berinternet untuk kemudahan pelancong ada di sini.


Hotel Casa del Rio

Teringat cabaran pantas dalam rancangan MasterChef. 4 peserta akhir kena masak 3 jenis telur kat sini. Hotel Casa del Rio. Berangan berada di Venice. Bagaikan Angelina Jolie dalam The Tourist. Ahaks!


 Dulunya rumah2 kedai baba nyonya, sekarang dah jadi hotel utk pelancong luar.


Kampung Morten ni terkenal, kan? Sebenarnya kampung biasa jer tapi kerajaan negeri memberikan penduduk di sini tanggungjawab utk memperindahkan lagi kawasan pinggir sungai. Mereka perlu sentiasa menyalakan lampu di kawasan rumah dan tentunya bil elektrik, kerajaan yang sponsor! 

Kampung Morten dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Tanah yang bertanggungjawab serta dihormati masyarakat dulu iaitu J F Morten. Kini, Kampung Morten dikenali Muzium Hidup apabila kerajaan negeri dan penduduk kampung berpakat untuk memelihara tradisi, cara hidup serta seni binanya yang memukau. 


Dulunya rumah kedai buruk, now dah jadi motel 5 bintang.


Penat menyusuri Sg. Melaka, ambil angin sekejap dgn ride yg ada kat sini. Time ni tak ramai pengunjung. So Affiq, Mukhriz & Daniel 'tawan' kapal ni habis-habisan. Mulanya tunjuk terrer, tapi bila dah naik tinggi, Mukhriz jerit "Ibu, 'bird' Mukhriz terbang!" Tanpa rasa segan! Hahaha!


Sementara mereka bertiga naik kapal, kami bertiga naik ferris wheel pulak. Aku yg sememangnya terkenal dengan gayat, cuba mengawal kegayatan depan kamera. Qme kata "Rileks lar, buuuu."  Huhuhu...

InsyaAllah, lain kali nak try naik monorel ni pulak. (macamlar tak pernah naik Pn Yanti oiii!). Dah biasa naik dah di KL tapi aura di Melaka lain macam pulak. Segala benda nak try. Bak kata Qme "Jakun tu maknanya tak pernah jumpa, bu." Hehe...


Rasa damai jer menyusuri sungai nie pada waktu malam. Maybe sebab ada driver kot? Cuba kena drive sendiri, mau kalut dibuatnya.


Masing2 melayan permandangan di kiri kanan sungai. Pemandangannya cukup mempesonakan.


Kelihatan perkampungan baba dan nyonya yang juga terdapat banyak kedai menjual pelbagai jenis cenderamata serta barangan antik unik.


Jambatan Old Bus Station. Nama yg sangat komersil.

Laluan ini menyusuri 7 buah jambatan iaitu Jambatan Kampung Morten, Jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng.



Jambatan Hang Tuah.

Di sebelah kiri jambatan ini adalah tapak rekreasi baru, dibangunkan dengan air pancuran berirama. Di sebelahnya pula terdapat tapak pasar terawal di Melaka dikenali sebagai Kampung Jawa. Ia beroperasi sejak 1940 hingga 1950. Ketika itu, sebanyak 50 bot nelayan berlabuh di sini setiap hari untuk membekalkan ikan untuk dijual di pasar ini. 



Lagi deretan motel2 yang kebanyakannya didiami oleh mat2 saleh dan minah2 omputih.


Inilah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.  Kincir air ini dibina mengikut reka bentuk asal sebuah kincir air yang terkenal di Belanda.

Bufday gurl dah penat tapi puas. Satu pengalaman yang berbeza pada kali ini. Aku sebenarnya lebih sukakan celebration begini especially when I get connected to nature, surrounded by love of my life dan diserikan pulak dengan purse yg "tebal". Pergh!  Lagilar best!!!




Monday, April 23

within 5 years

masih ingat lagi tak dengan entry aku 4 tahun lepas? click here ---> "next 5 years"  Alhamdulillah... segala yang aku impikan (target) dalam masa 5 tahun sudah tercapai. Hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku. 

A doctor-to-be in front of Giza Pyramid, Egypt.

Impian pertama aku sejak 5 tahun lepas ialah agar kami sekeluarga dimurahkan rezeki2 yg halal dgn melimpah ruah. Alhamdulillah, aku menikmatinya melalui rezeki anak2. Salah satu rezeki anak2 yg paling aku bersyukur ialah segala persiapan utk Awin belajar ke luar negara setahun lalu berjalan dengan cukup lancar. Walaupun ada bumps here and there, tapi itu tak menjadi kudis buat aku dan suami. Aku sendiri tidak menyangka dan tidak pernah terfikir begitu ketentuan Allah, namun Allah Maha Mengetahui. Syukur...


Destinasiku...

Impian kedua... berhasrat mengerjakan umrah dan haji. Alhamdulillah, hajat kami untuk menunaikan umrah akan termakbul pada 8 Jun ini, InsyaAllah. Setelah berkali2 menunda tarikh penerbangan kerana kekangan masa serta masalah2 lain, akhirnya tarikh 8 Jun dipilih sempena cuti sekolah serta untuk memberi laluan kepada adik ipar melangsungkan majlis walimatulurusnya pada 2 Jun. Didoakan segalanya dipermudahkan buat aku dan suami, Amin.



My Casa

Impian ketiga. Syukur kerana akhirnya dapat mendiami casa yang diidamkan selama ini. Casa yg sederhana ini bakal mencatat sejarah baru buat kami sekeluarga. Casa yg lama insyaAllah akan mendapat pemilik baru tak lama lagi, aku bersyukur kerana proses penjualan rumah juga berjalan dgn lancar. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Pemurah. Aku bersyukur di atas limpah kurnia yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Segala kenikmatan, kesihatan yang baik, anak-anak yang mendengar kata, jiran-jiran yang baik, ketenangan jiwa, keharmonian rumahtangga serta kemudahan untuk kami bergerak ke sana sini. Namun aku sedar semua itu hanyalah pinjaman semata-mata. Ya Allah, rezeki yang kau curahkan tidak terbanding dengan amalan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin...

Impian keempat. Aku dan suami berhasrat utk membuat rayuan untuk mengerjakan haji pada tahun depan. Rasanya sudah tiba masa utk kami menunaikan rukun islam yang kelima itu memandangkan kami bukan lagi muda remaja. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar atas izin-NYA. InsyaAllah.



Thursday, April 12

blood is thicker than water

11 April, sinonim dgn Hari Pertabalan Agong, aku ajak adik2, ipar-duai datang ke rumah kami utk makan tengah hari. Tema, santai-santai keluarga. Hanim make a statement... "Tak apa ker buat gathering time Agong ditabalkan?" What the heck! So kami ni punyalah havoc like nobody business. Ini first visit dorang ke rumah baru kami, dikira official visit lar jugak since dorang tak pernah mai lagi. Hehehe...

First to arrive... adik my soulmate, Ismi & family. Last jumpa dorang masa cuti sekolah hari tu kat rumah my PIL di Alor Setar. Dorang ni stay kat Puncak Alam, tapi cuma jumpa bila balik Alor Setar jer. Sibuk lar katakan. Saiful tak dapat attend bcoz he's in Penang. 

 Then, my youngest sister, Iqah & family. Adik aku sorang ni pun dah lama tak jumpa sebab asyik fly ke Oman. But she told me that she's coming back for good this time. Bye-bye, Oman. Alhamdulillah!  

My brother yang stay kat Putrajaya, Iwan dan family. Last bertembung dengan Wahida ialah kat HKL. Dia otw nak pergi kerja, aku otw nak balik rumah. Sebelah Wahida, adik lelaki aku, Jiji. 

Ini si kembar kepada Jiji, adik lelaki aku yang duduk di Klang. Jiji ni paling payah nak jumpa, kerja memanjang. Apa2 pun, "You rock, bro!".


 Iqah cuba mententeramkan Johan yg naik angin sekejap. Hahaha....

 Rayyan.... kat baju tulis Little Rock but you are no longer little, maaaa...


Our latest addition to the family. Raid. Sebutannya bukan raid = serbuan, tapi Ra-Id. Betul ke aku eja nie? "Sowi yer Raid, maklong tak reti lar"  Huhuhu...


 Seronok bila semua dapat berkumpul cam nie! "Wahida, you are on my GRASS! Oh tidakkkkkk!!!!" Hehehe...


 Qme & Adam enjoy main futsal.


"Okey, ashu nak balik dah. Salam-salam".


 Makan time! 



Except for Iqah dan her family yg balik awal, here's my brothers & sisters. Macam2 aksi! Okey, last but not least, memang seronok bila gather2 macam nie. Bukan senang nak kumpulkan semua orang serentak sebab masing2 busy. Yang jauh didekatkan, yang dekat, dimesra-mesrakan. Cewahhh! Seperti tajuk entry ni... "blood is thicker than water" = air dicencang takkan putus.


Monday, April 9

lanskap saya!

Alhamdulillah... akhirnya penantian saya berakhir. Cari punya cari, akhirnya bertemu dgn pembuat lanskap yg memenuhi kriteria saya. Macam mana saya jumpa? Time tu sy baru balik dr rumah kawan, time nak tutup gate, Khan tiba2 terpacul dpn gate rumah saya. Mulanya cuak juga. Tapi bila dia tunjukkan katalog, hasil kerjanya, saya pun ajak dia berborak di pergola saya. Harga yg ditawarkan reasoanable (sebab sebelum ni, saya dah survey, kebanyakannya 'potong kepala').  Sy bgtau apa konsep yg sy nak, dia pun bg idea dia dan sy pun setuju. Ini first project Khan di sekitar Saujana Utama & SBCR. Sy ialah customer pertama dia di SBCR. 

Konsep idaman saya ialah simple tapi menarik dan luas. Sy tak nak serabut dgn bunga sana, bunga sini. Saya nak luas supaya anak2 sy bebas bergerak utk main bola ke, main badminton ke. Malah saya ada buatkan mini court basketball utk mereka, nanti sy tunjukkan.


Di sini sy minta Khan tanamkan exora jenis baru. Exora tu sy pergi beli sendiri tp kedudukan exora tu, sy yg tentukan. Di sini pun sengaja saya biarkan lapang, sy suka begitu. 


Manila Palm ni last minute decision. Suggestion daripada Khan. Katanya tak nak nampak togel sangat, so better ada pokok besar. Pokok puding tu sengaja sy pilih merah supaya kontra dgn rumput mutiara saya.  Ayu (kawan saya) kata, pokok puding tu pokok kubur. Biarkan! Pokok tu akan sentiasa mengingatkan saya kepada mati. Huhuhuhu....



Inilah mini court kami. Di sinilah anak2 sy main basketball (tapi guna tiang netball sebab tiang basketball mahallll!!!) Di sini pun boleh main futsal half-court, dalam 3, 4 pemain. Kenapa tiang tu di tengah? Mulanya sy letakkan di tepi dinding, lepas tu bola asyik tersasar ke rumah neber sebelah, sy rasa tak syok. So saya alihkan kedudukan tiang. Rasanya dah strategik dah tiang tu. Hehehe..


View dari porch sy. Pokok feveret sy ialah red palm. Sy suka red palm sebab warnanya yg merah menyala dan tahan lasak (macam saya... cewahhh!). Sy sedang mencari pokok yg sesuai utk dimuatkan dlm bakul gantung saya tu. Stepping stone tu ialah dari rumah lama saya, ada 20 keping semuanya.


View dari pergola. Khan kata, "tunggu 4, 5 hari baru boleh pijat rumput nie, kak. Sebab akarnya belum kuat. Takut bila pijak awal2, akarnya koyak dan tak cantik."

Kepada yang mencari-cari tukang lanskap, sy rekomenkan Khan. Pekerjanya sangat teliti dan neat. Kekemasan kerjanya yg buat sy sangat puas hati. Sebelum ini, saya dah survey beberapa orang, kebanyakannya mahal dan mereka tak guna top soil, mereka guna pasir. Sy x nak pasir sebab sy guna pearl grass, pasir hanya sesuai utk rumput carpet. Kenapa pearl grass kena guna tanah? Sebab akarnya pendek dan ia perlukan tanah utk mencengkam. Sedangkan pasir agak 'loose'. Ada yg nak charge sy 3K kalau sy nak guna top soil. Gila ke ape??? Tapi Khan tidak, terpulang pada saya nak guna pasir atau tanah, no extra charge. Dan charge yg dia kenakan tak sampai rm2500.

Kalau tanya sy, mana better, mutiara atau carpet? Sy sgt mencadangkan mutiara. Sebab sy dah pernah guna rumput carpet. Maintenancenya mahal dan susah nak jaga. Rumput carpet akan cepat panjang dan kena dimesin selalu. Bila dimesin, ia akan meninggalkan spot2 kuning. Memang tak cantik. Lepas tu, 'rumput jahat' sgt suka naik dicelah2 rumput carpet.

Kemudian sy pernah guna rumput mutiara nie. Rumput mutiara ni sangat senang jaga. Tak perlu dimesin sebab takkan naik panjang, tapi ia akan merebak, merayap. Jadi 'rumput jahat' tak ada chan nak menyelit. Tapi ia kena disiram at least 2 kali sehari, pagi & petang. 

nite view.

Last but not least, terima kasih banyak kepada sahabat saya, Ayu & Su yang sudi temankan sy pergi beli pokok bunga hari tu. Gurlz, jasamu dikenang! Lepas ni kita shopping bunga indoor pulak, yer. Hehehehe...

footnote:
project in progress: wrought iron autogate, to be completed b4 end april.
next project: tiles for porch and affected area.


"Ya Allah, kau murahkan rezeki kami sekeluarga dgn rezeki-rezeki yang halal lagi  kau redhai. Kau luaskanlah rezeki kami sebagaimana luasnya langit-MU. Amin..."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...