My Insta

Instagram

Monday, March 5

micasa baru

Sudah tiga minggu,... alhamdulillah, segala perancangan mengikut jadual. Officially, sy sudah berhijrah ke rumah baru saya. Tak jauh pun, dlm half km dari rumah lama... dari cemara ke seroja. Sy nak share story skit pasal rumah nie sebab ramai kwn2 yg bertanyakan soalan yg sama.

Ekceli, sy beli rumah ni pd tahun 2008. Ramai yg tanya sama ada sy beli rumah secondhand ke? Nope! Sy beli dari pemaju, Glomac. Only now sy berkesempatan berpindah disebabkan pelbagai kekangan pada ketika itu terutamanya dari segi "ongkos". Lagipun dari tahun 2008-2010, ketiga2 anak sy menduduki big exam..... PMR & UPSR pada ketika itu. Apa kaitan big exam dgn pindah rumah? Rumah lama sy betul2 dekat dgn sekolah, jalan kaki tak sampai 5 minit. So senang utk mereka berulang-alik ke kelas tambahan atau kelas adhoc yg cikgu adakan. Sedangkan rumah baru sy nie atas bukit, so it takes time utk menghantar mereka dan sy tak nak mereka penat berulang-alik dan sy juga tak nak penat melihat mereka penat... :-D.

So the only year yg kami available ialah 2011. Perancangan awal ialah nak pindah Mac last year, tapi tiba2 Allah mengurniakan rezeki kepada anak kami Awin utk melanjutkan pelajarannya ke Mesir. So banyak duit nak pakai... paham2 jer lar, kan? So plan nak pindah terpaksa ditunda lagi selagi Awin tak fly. Dlm pada sibuk membuat persiapan utk Awin, kami juga sibuk mencari kontraktor utk renovate rumah, hampir 10 kontraktor kami panggil utk dapatkan best quotation. 

Then sehari selepas Awin fly, kami pun call the chosen contractor dan renovation pun bermula. Renovation completed on our anniversarry day which was on 7 Dec 2011. Alhamdulillah... segala yg dirancang berjalan dgn lancar di atas keizinanNYa. Sejak dari situ, sikit demi sikit kerja2 pindah kami lakukan... Now, let the picture speaks...

Kerja2 mengalih kitchen cabinet nyatoh kesayangan saya, from cemara to seroja... it took about 1 day to dismantle and 2 days to re-install.

Ada suara2 sumbang yg berbunyi "rosak taw kabinet kalau u tanggalkan, baik u beli baru jer. Rumah baru, kabinet baru". Tapi alhamdulillah... tak ada satu pun kabinet yg rosak, calar sikit tu adatlah, tapi bukan calar major. Pada sy, its ok. Leave it to the expert, they know what to do...sediakan duit, semuanya bereh!  


BEFORE
Insan yg paling sy nak berterima kasih ialah my soulmate. Without his support, tulang empat keratnya serta ideanya, i'm LOST! Kalau nak tahu, semua railing langsir, my soulmate yg pasang! Dan dialah org yg paling sabar melayan karenah saya. Luv u, my dear...


AFTER
Langsir ni belum complete lagi... "sanggul" serta tali pengikat belum siap.. BTW, thanx to my lil' sis, Hanim sebab jahitkan langsir for the whole house. It's not FOC tapi dapat banyak discount! Harga adik-beradik maaaa.... nanti bila dah siap sepenuhnya, sy hupdet. :-D 


BEFORE
Kitchen cabinet nyatoh saya yang berjaya dipindahkan. Tima kasih utk Amin & the team kerana berjaya merealisasikan kedudukan kitchen cabinet mengikut kehendak saya. 


AFTER
Dining area.


Pergola kesayangan soulmate saya ni pun berjaya dipindahkan sekali. This was a very very last minute decision sebab pada awalnya, nak tinggalkan saja pergola nie di rumah lama. Tiba2 abang Zambri (driver lori) kata "Muat, ini lori 5 tan. Tapi bumbung kena bukak sebab tak lepas nak masuk bahagian atasnya." Jadi, dgn kudrat 7 lelaki sasa (sasa ker?? hehehe... ), pergola ini akhirnya diangkut. Syukur...


BEFORE
Time nie, kepala saya cukup berserabut dgn kotak2 yg bersepah atas lantai. 


AFTER
Semua kotak sudah dilupuskan! Yeay!!!

BEFORE
Sementara menunggu barang baru, guna dulu barang lama. TV lama, langsir lama, cabinet tv lama, carpet lama.

AFTER
Alhamdulilah, family hall utama. Semua serba baru cuma langsir jer yg tak fully-completed lagi sebab cangkuk utk kain pengikat nya belum ada. Thanx again to Amin & the team sebab buatkan kabinet tv baru utk sy. TV tu dibeli atas permintaan anak2... "Ibu, kita beli lar tv LCD yg melekat kat dindingt tu." Setelah congak-mencongak, akhirnya Samsung LCD 40" latest series, Series 5, berjaya dirembat! Total price RM1800 termasuk pemasangan.

BEFORE
Ini kawasan kedua jajahan saya. Ofis saya! 

AFTER
Completed!


Inilah kawasan utama jajahan saya. DAPUR! Semasa rumah ini direno, sy cakap kat soulmate sy, "sy tak nak benda lain, sy cuma nak kitchen sy luas & ofis saya luas." Dan alhamdulillah... permintaan sy ditunaikan. 


Inilah dapur island saya... di sinilah tempat sy memasak. Di bahagian hujung sana ialah ruang washing machine serta big freezer saya. Langsir dapur saya, simple jer... memang saja nak begitu. Di belakang rumah saya ialah bukit, so sy tak perlukan night curtain utk dapur. Saya guna combination langsir berbunga kecil & roller blind.


Family hall kedua... sengaja sy biarkan LAPANG begini supaya senang anak2 sy nak bergerak. Lagipun sy jenis yg tak suka saratkan rumah dgn perabot. Sy jenis yg simple but practical. Sebelah sliding door tu ialah pintu ke ofis sy. Asalnya ofis tu tak ada. Ofis tu merangkap bilik solat.

Tangga untuk naik ke family hall ketiga serta ke kamar-kamar tidur. Asalnya, family hall ada dua saja, satu di bawah dan satu lagi di atas, tapi semasa reno, sy transform kan dining area kepada family area kedua. Pintu di sebelahnya tu ialah pintu utk bilik kasut (kasut pun nak bilik jugak.... alahai)

I really miss these cute faces... 


Ini satu-satunya area yg belum siap. Plan kami ialah buatkan tapak pergola kemudian the rest of the area ialah tanam rumput pearl dan tanam yellow or red palm tree. 

Pandangan dari balcony family area atas. In the making ialah tapak simen utk pergola dan ruang untuk menyidai kain di tepi rumah. The only area yg sy tak dpt tunjukkan ialah family area di atas dan kamar2 tidur.. kawasan tu agak privacy sikit... maap yer. :-D

Semalam, my soulmate dah settlekan segala yuran komuniti utk setahun. Security fees RM300, yuran sumbangan pembinaan surau SBCR RM200 dan sumbangan utiliti surau SBCR RM60. Bereh!!! Alhamdulillah... 


Last but not least, insyaAllah sy akan mengadakan kenduri...  kepada semua yg mengenali sy, sama ada kenal personally atau pun kenal thru FB, dijemput dtng. Jangan segan2. Bukan selalu sy buat kenduri. Hehehe...



14 comments:

IEKAN78 said...

Nice hse kak yanti.....bila la nk site visit!!!

Yanti Arshad said...

nanti akak buat kenduri, mai taw!

Rihen said...

kak yanti,

cantik rumah baru akak.. suka saya tengok.. :)

Yanti Arshad said...

rihen,

tima kacih. nanti kalau turun kl, singgah taw.

Runiza said...

Tahniah yanti! A very nice house indeed :)

Yanti Arshad said...

niza,

tqvm. tapi rumah simple jer.. i bet yours lagi gorges. :-D

IEKAN78 said...

Harap2 masa kenduri tu saya dh sihat n tk mabuk2 lg.....masa tu buleh le menyibuk sama kt kenduri kak yanti.....

Ida Zaini said...

Nice, luas! :) heheh share sikit grill rumah tu sapa buat...heeh share boleh?

Yanti Arshad said...

ie, get well soon yer...

zaida, cek FB.

Kherun said...

Cantik rumah Yanti... Tahniah!

Teratak Hami said...

Yanti,
Nice house. Bestnya dapat masuk rumah baru. Saya suka kabinet TV tu and tgh carik idea jugak utk langsir dapur utk rumah 2nd hand kami di Melaka ni. Langsir dapur tu simple tapi saya ni jenis penakut, takut org menjengah jek malam2.

Yanti Arshad said...

fizah,

try guna roller blind atau roman blind. tapi sy tak suka roman blind, leceh nak basuh. roller blind lebih practical. lagipun sure org luar tak nmpk ke dalam time malam2.

Yanti Arshad said...

kherun,

tq, kenduri nanti datang ek?

KC said...

very good planning and execution...aku ni plak tak tau bila nak pindah ke tmpt baru tu...ni tgh nak tunggu bajet gak...haihhh mmg pening arr nak buat planning ni huhu...err btw if u dont mind boleh bagi tak no tel contractor yg buat rumah you tu...i nak mintak quotation laa huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...