My Insta

Instagram

Thursday, February 2

dacing vs bulan & mata satu

just nak share something yang dah lama aku terfikirkan.

Aku nie ramai kawan dari background yang berbeza. Aku ni jenis yang suka berkawan tanpa memilih bulu. "Bulu" yang aku maksudkan di sini ialah aku tak pilih orang tu kaya ke, miskin ke, berduit ke, sengkek ke, cantik ke, hodoh ke, pandai ke, biul ke. Pendek citer, aku berkawan dengan semua orang. Tapi yang menyedihkan aku ialah dalam ramai2 kawan aku tu, ada jugak yang masih bersikap memilih bulu. Especially bab fahaman politik yang berbeza. 

Frankly, aku tak pilih bulu. Kalau nak sentuh bab politik, aku berkawan dengan orang "bulan" dan juga orang "mata satu". Aku tak kisah. Aku tak ada masalah tentang itu sebab pada aku, negara kita negara bebas dan kita ada pendirian serta favourite masing2. Ada kawan aku, yang "bulan" terutamanya, agak dingin terhadap aku. Dingin tu sebab aku nie orang  "dacing" agaknya. Kekadang aku perasan, kalau dalam status FB aku tu, segelintir "bulan" ni boleh dikatakan once in a blue moon (moon = bulan) atau lebih tepat lagi, susah utk memberikan komen. Aku tak terasa hati pun, cuma aku pelik. Orang-orang "bulan" nie boleh dikatakan educated lar jugak, tapi masih berfikiran kolot bila tiba bab2 macam nie. Walhal, kita seagama. Aku pulak, si "dacing" yang tak sedar diri nie, rajin pulak nak mengomen kat status si "bulan" nie walaupun aku sedar yang "bulan" tu takkan jawab komen aku tu pun.

Tapi tak semua kawan "bulan" aku berperangai macam tu, ada yg sporting. Sporting maksudnya kami boleh bertepuk-bertampar, bergelak ketawa, serius berdiskas, usik-mengusik TANPA menyentuh hal2 politik demi menjaga keharmonian silaturrahim. Tak ada segelintir "bulan" yang bila berselisih bahu pun, tak reti nak menegur atau melemparkan senyuman. Malah, muka macam nak telan aku pun ada. Eeee... scaring!

So moral of the story is...

Walaupun kita ni lain fahaman, tapi kita nie sebangsa, seagama. Lagipun kita ni sama saja di sisi-NYA. Siapa kita untuk menilai seseorang itu baik atau buruk. As for me, aku berkawan dengan semua orang sebab  I LUV YOU LIKE A LOVE SONG, BABY.... hahaha...






Fikir-fikirkan!

4 comments:

Rihen said...

kak yanti,

apa boleh buat, bukan semua orang boleh terima pendapat or fahaman orang lain.. :)

KC said...

hehe sapakah orang ittew? aku kenalkah? ekcelikan its a bit immature la kalau smpi tak bertegur sapa atau hostile ngan org yg berfahaman lain ni kan...which is why la aku tak brape gemor borak psl politik ni...btw am a neutral so aku masuk kategori apa ek? :P

Runiza said...

Sungguh x paham... kenapa perlu bermasam muka just because berlainan fahaman politik?? Hmmmm... tak mau komen lebey2.... huhu!

Ida Zaini said...

hahaha....dacing oh dacing...memang kan...kat FB saya pun saya ada perasan...hehe biarlah diorang...yg penting ramai lagi kawan lain yg tak macam tu kan...say tetap dacing dulu kini dan selamanya...hehehe :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...