My Insta

Instagram

Sunday, February 5

Baucer Buku 1M

Soulmate dapat bantuan buku RM200. (en. soulmate sambung studies kat uitm). Alhamdulillah kepadaNYA dan terima kasih kerajaan Barisan Nasional (pilihanku dari dulu dan selamanya). Seronok yer jadi pelajar nie. Belajar, dapat duit. Belajar, dapat duit. Kalau cam tu, aku pun nak sambung belajar. Hehe...

Apa lagi, kami pun bergondoh-gondoh ke MPH, One Utama. En. soulmate beli buku dia, priced RM145, aku pulak dapat beli buku yang aku idamkan sejak 2 minggu lepas.... The Rules Of Life by Richard Templar. Actually buku nie, anakanda Fitri Danial yang perkenalkan kat aku, dia pinjam kat library Mrsm masa cuti ari tu. Tempted dgn isi kandungnya, aku pun beli. Lagipun tak mahal RM70 jer. 

Rupa-rupanya, baucer ni tak boleh dipindahmilik atau digunakan oleh orang lain sebab nama dah tertulis pada baucer tu. Pembelian hanya boleh dibuat oleh pemilik baucer sahaja. Baguih lar cam tu. No tipu-tipu. 




Thursday, February 2

dacing vs bulan & mata satu

just nak share something yang dah lama aku terfikirkan.

Aku nie ramai kawan dari background yang berbeza. Aku ni jenis yang suka berkawan tanpa memilih bulu. "Bulu" yang aku maksudkan di sini ialah aku tak pilih orang tu kaya ke, miskin ke, berduit ke, sengkek ke, cantik ke, hodoh ke, pandai ke, biul ke. Pendek citer, aku berkawan dengan semua orang. Tapi yang menyedihkan aku ialah dalam ramai2 kawan aku tu, ada jugak yang masih bersikap memilih bulu. Especially bab fahaman politik yang berbeza. 

Frankly, aku tak pilih bulu. Kalau nak sentuh bab politik, aku berkawan dengan orang "bulan" dan juga orang "mata satu". Aku tak kisah. Aku tak ada masalah tentang itu sebab pada aku, negara kita negara bebas dan kita ada pendirian serta favourite masing2. Ada kawan aku, yang "bulan" terutamanya, agak dingin terhadap aku. Dingin tu sebab aku nie orang  "dacing" agaknya. Kekadang aku perasan, kalau dalam status FB aku tu, segelintir "bulan" ni boleh dikatakan once in a blue moon (moon = bulan) atau lebih tepat lagi, susah utk memberikan komen. Aku tak terasa hati pun, cuma aku pelik. Orang-orang "bulan" nie boleh dikatakan educated lar jugak, tapi masih berfikiran kolot bila tiba bab2 macam nie. Walhal, kita seagama. Aku pulak, si "dacing" yang tak sedar diri nie, rajin pulak nak mengomen kat status si "bulan" nie walaupun aku sedar yang "bulan" tu takkan jawab komen aku tu pun.

Tapi tak semua kawan "bulan" aku berperangai macam tu, ada yg sporting. Sporting maksudnya kami boleh bertepuk-bertampar, bergelak ketawa, serius berdiskas, usik-mengusik TANPA menyentuh hal2 politik demi menjaga keharmonian silaturrahim. Tak ada segelintir "bulan" yang bila berselisih bahu pun, tak reti nak menegur atau melemparkan senyuman. Malah, muka macam nak telan aku pun ada. Eeee... scaring!

So moral of the story is...

Walaupun kita ni lain fahaman, tapi kita nie sebangsa, seagama. Lagipun kita ni sama saja di sisi-NYA. Siapa kita untuk menilai seseorang itu baik atau buruk. As for me, aku berkawan dengan semua orang sebab  I LUV YOU LIKE A LOVE SONG, BABY.... hahaha...






Fikir-fikirkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...