My Insta

Instagram

Friday, January 6

change is good

Aku mulakan tahun 2012 dgn penghijrahan anak2 ke sekolah baru. Hijrah ke arah kebaikan tak ada salahnya. Selepas ini, banyak lagi penghijrahan akan berlaku dalam hidup aku. Alhamdulillah, so far semuanya   +ve, syukur kepadaNYA. 


Mengapa tukar sekolah? Ramai yg tanya aku soalan cepumas tu. Haha! Ya, ramai yg pelik kenapa anak2 aku tukar sekolah sedangkan sekolah lama dorang cuma depan rumah saja dan sekolah baru nie melibatkan pemanasan enjin kereta (hopeyouknowwhatimeanhere). The main reason is we'll be moving soon just around the corner, tak jauh pun. Kalau nak ikutkan, tak perlu tukar sekolah pun tak apa, tapi kami memilih untuk tukarkan juga memandangkan sekolah lama tu dah sarat bangat. 


Aku suka dengan keadaan kantin yg cukup selesa, teratur & bersih. Pelajar2 di sini tak payah nak bertolak2, berebut2. Kalau di sekolah lama dulu, meja dan bangku kantin pun tak nampak bila time recess. Nampak kepala budak jer... bukan nak mengata, tapi itulah hakikatnya.


My CM Punk (nickname baru Mukhriz, his fav wrestler) tengah makan nasi goreng + sup ayam + milo ais. Terpancar keseronokan di wajah dia bila ditemani kawan2 baru. Katanya seronok! He seems to be in high spirits. Alhamdulillah...


Aku suka dengan konsep booth di sini. Booth buah, digantungnya replika buah tembikai. Booth kuih-muih, digantungnya replika donat, pisang. Opps! Terlupa nak snap booth Cendol Sedap & Jagung Manis.


Now, here comes my John Cena! Hari ni John Cena kena pegi sekolah, pakai tie! Kahkahkah....


'The Manager' (left) has been warned by John Cena not to visit him during recess or any school time. He said, he is The Champ, he can handle himself now. He needs her when he's in the ring only, that's an order! In his own words, "Kenapa ibu datang? Qme boleh rehat dgn kawan2 Qme. Qme dah besar. Lain kali ibu tak payahlah datang. Qme tahu jaga diri." What can i say....

p/s: alar, kat sekolah jer tunjuk macho. bila kat rumah, menyelit bawah ketiak ibu time tengok tv. hehehe...


I felt obliged to leave my John Cena. Though I know he doesnt want me to be here, I watched him from far. The Standard 3 pupils were queueing up to recite doa selepas makan (after recess) before entering the class. Satu amalan murni, I like!


Sebelum balik, aku sempat jenguk tandas kat sini. Bersih! Pelajar kena tanggalkan kasut dan berselipar utk masuk ke tandas. Kerusi disediakan di depan tandas supaya senang pelajar nak duduk semasa memakai semula kasut. Aku harap amalan ini berterusan sampai bila2. 


Not a sound broke the silence. Sememangnya beginilah keadaan sekolah. Tak ada haruk-pikuk, hingar-bingar dan kelam-kabut. I really hope this new enviroment and ambience, new friends and teachers could motivate both my lil' wrestler to carry out their duties as a student here.


One of few things I learned that day.


 Signage kata2 perangsang yg mesti ada di kawasan sekolah.


From now on, aku akan mengadap tembok ni setiap hari. Tengah hari dan petang, during weekdays without fail! Penghijrahan ini bukan saja baik untuk anak2 tapi juga buat diri aku sendiri. At least I'll meet new people, make new friends. Hijrah ke arah kebaikan itu, digalakkan. Change is good!



2 comments:

Ida Zaini said...

perubahan ke arah kebaikan memang perlu... tambahan lagi kalau sekolah tu sarat and i dgr memang banyak class kan...banyak class if cikgu2 bagus tak per tapi kalau cikgu dah tak kuasa and dah tak dpt kawal murid2 tindakkan perlu diambil lah...sebab akan timbul cikgu yang akan berkata "awak nak dgr saya ajar okay tak nak takper"

Yanti Arshad said...

betul tu.

tapi alhamdulillah, kebanyakan cikgu2 di sksp ialah cikgu2 baru yang ditransferkan dari sek lain sekalian dari sksu.

meaning, cikgu2 nie pun dgn environment baru juga dan nak mengajar dgn semangat yang baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...