My Insta

Instagram

Friday, January 6

basuh telekung



Aku dah lama nak kongsi bab nie (rasanya sejak 5, 6 tahun dulu), tapi tak kesampaian. Hari ni aku tak lepaskan peluang sebab aku baru jer selesai basuh telekung aku. Frankly, ramai yang kurang mengambil berat bab ini. Dulu aku pun sama, bila time PMS, aku campakkan saja telekung dalam washing machine. Rupa-rupanya cara tu bukan salah, cuma kurang betul (cliche, kan?).

Sebenarnya, menggunakan mesin basuh untuk membasuh telekung yang tak kena najis, tak menimbulkan masalah. Yang jadi masalah ialah bila telekung turut dicuci bersama pakaian yang bernajis atau terkena najis di dalam satu mesin basuh. Selalunya kita tak perasan pakaian kita terkena najis atau tak. Contohnya kita masukkan telekung kita dengan tshirt atau seluar yang kita pakai tadi. Kekadang kita tak tahu samada tshirt atau seluar tersebut terkena atau tak, percikan semasa kita berhadas.

Maka hukum telekung yang dibasuh itu tak suci, kerana dibasuh oleh perhimpunan air yang tak sampai 2 kolah dalam takungan mesin basuh tadi. Jadi, cara terbaik ialah mencuci telekung tanpa mencampurkan dengan pakaian lain.

Dan langkah terakhir ialah, bilaskan telekung kita tadi tu dengan air yg mengalir. Maknanya, sebelum telekung di spin dlm washing machine, bilas telekung tadi di bawah pancuran air, kemudian barulah di spinkan untuk perahan. Tapi tetap juga dispin tanpa mencampurkan dengan pakaian lain.

BTW, kaedah ini juga boleh digunakan untuk basuh baju melayu solat suami, jubah, kain pelekat solat suami & anak2, sejadah serta kelengkapan solat yang lain juga.





1 comment:

working mom... said...

owh...thnx for sharing kak....all this time mmg basuh telekung xpernah campur ngan pakaian lain, but never la nak bilas ngan air mengalir...tp bj melayu hubby mcm biasa lah campur2... :(...nampak nye lps ni kene rajin lah skit...hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...