My Insta

Instagram

Sunday, January 15

aku dan sengkuang

Terjumpa my favourite buah yg mengimbau kenangan. Dulu masa aku sekolah rendah, ada orang jual buah di   luar gate sekolah. Tiap kali balik sekolah, tempat tulah yang aku tuju dulu. Kekadang berebut-rebut. Aku makan buah sengkuang ni otw jalan kaki balik dari sekolah.

Kami terjumpa gerai jual sengkuang ni dekat Jalan Pasar, Pudu. Apa aku buat kat Jalan Pasar?! Apa lagi, cari  barang elektronik yang murah ler.  Anak2 tak pernah makan benda ni. So aku ajar mereka cara nak makan. Terkial-kial dorang. Yalah, sengkuang tu kan leper macam piring terbang. Susah jugaklah dorang nak pegang sambil makan. Qme reject terus, katanya pedas! Asal merah jer, pedas! Aduiii, Qme ni.

 My CM Punk belajar makan sengkuang! Kahkah!

Aku ajar anak2 makan macam ni, jadikan star. Dulu aku makan cam ginilar. Tapi zaman dulu, saiznya tak sebesar tapak tangan ni. Saiznya kecik jer tapi tebal, harga pula 10sen sekeping. Now lebar, nipis, harga RM1! Kaut untung betul makcik ni. Tapi memang sengkuang ni sedap. Aku siap tanya kat makcik tu mana nak beli kuahnya. One of these days, harus aku pergi mencarinya di tempat yang makcik tu bagitau. 

 Caranya begini....ratakan kuah merah tu atas sengkuang.

Then taburkan kacang bergula di atasnya.

Ratakan nipis2 atau pun tebal, ikut selera masing2. Aku suruh makcik ni letak tebal-tebal, sodap!! Sepanjang hari tu, anak2 sibuk suruh aku pergi ke Jalan Pasar tu semula semata2 nak makan sengkuang. Memang sedap, perghhh! Saper yg pernah akan, tentu tahu rasanya macam mana, kan? Nanti kalau aku dah dapat kuah sengkuang tu, aku hupdet kat sini, ek? Ciau cinchau!





2 comments:

Rihen said...

kak yanti,

bestnya.. dah lama x makan ..

dulu time skolah2 memang selalu makan sengkuang ni.. kami kat utara ni panggil sengkuang palit.. hahahaha

KC said...

heeee lamanya tak makan sengkuang gini...susah nak carik aaa kuah merah tu...slurpppp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...