My Insta

Instagram

Tuesday, January 31

doa kitakah yang makbul?


Cerita ini telah menyentuh hati aku dan membuat aku berfikir panjang. 




Kisah seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin.
Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.
Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.
Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan
isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. 
Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. 
Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya
 menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu 
sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang
cantik lagi kaya dengannya.
Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin.
Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan
kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari
rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.
 Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah,
 jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk
 meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam 
bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong 
doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta.
Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, 
dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, 
dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga
 rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. 
Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, 
hidup adiknya tidak berubah-ubah. 
Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,
 Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka,  dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, Si Adik meninggal dunia. 
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. 
Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH!!!

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya.
 Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan 
urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia
 kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. 
Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan.
 Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. 
Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, 
lantas segala doanya menjadi makbul.

Kadang-kadang kita ni, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”

“Doa aku makbul taw!”

“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Cerita itu sangat menyentuh hati aku . Membuatkan setiap kali aku berdoa, aku tidak lupa mendoakan ibu bapa aku, guru-guru aku, keluarga aku, anak2 aku serta teman2 yang aku kenali.  Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.


Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.


Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.





Sunday, January 15

aku dan sengkuang

Terjumpa my favourite buah yg mengimbau kenangan. Dulu masa aku sekolah rendah, ada orang jual buah di   luar gate sekolah. Tiap kali balik sekolah, tempat tulah yang aku tuju dulu. Kekadang berebut-rebut. Aku makan buah sengkuang ni otw jalan kaki balik dari sekolah.

Kami terjumpa gerai jual sengkuang ni dekat Jalan Pasar, Pudu. Apa aku buat kat Jalan Pasar?! Apa lagi, cari  barang elektronik yang murah ler.  Anak2 tak pernah makan benda ni. So aku ajar mereka cara nak makan. Terkial-kial dorang. Yalah, sengkuang tu kan leper macam piring terbang. Susah jugaklah dorang nak pegang sambil makan. Qme reject terus, katanya pedas! Asal merah jer, pedas! Aduiii, Qme ni.

 My CM Punk belajar makan sengkuang! Kahkah!

Aku ajar anak2 makan macam ni, jadikan star. Dulu aku makan cam ginilar. Tapi zaman dulu, saiznya tak sebesar tapak tangan ni. Saiznya kecik jer tapi tebal, harga pula 10sen sekeping. Now lebar, nipis, harga RM1! Kaut untung betul makcik ni. Tapi memang sengkuang ni sedap. Aku siap tanya kat makcik tu mana nak beli kuahnya. One of these days, harus aku pergi mencarinya di tempat yang makcik tu bagitau. 

 Caranya begini....ratakan kuah merah tu atas sengkuang.

Then taburkan kacang bergula di atasnya.

Ratakan nipis2 atau pun tebal, ikut selera masing2. Aku suruh makcik ni letak tebal-tebal, sodap!! Sepanjang hari tu, anak2 sibuk suruh aku pergi ke Jalan Pasar tu semula semata2 nak makan sengkuang. Memang sedap, perghhh! Saper yg pernah akan, tentu tahu rasanya macam mana, kan? Nanti kalau aku dah dapat kuah sengkuang tu, aku hupdet kat sini, ek? Ciau cinchau!





Friday, January 6

basuh telekung



Aku dah lama nak kongsi bab nie (rasanya sejak 5, 6 tahun dulu), tapi tak kesampaian. Hari ni aku tak lepaskan peluang sebab aku baru jer selesai basuh telekung aku. Frankly, ramai yang kurang mengambil berat bab ini. Dulu aku pun sama, bila time PMS, aku campakkan saja telekung dalam washing machine. Rupa-rupanya cara tu bukan salah, cuma kurang betul (cliche, kan?).

Sebenarnya, menggunakan mesin basuh untuk membasuh telekung yang tak kena najis, tak menimbulkan masalah. Yang jadi masalah ialah bila telekung turut dicuci bersama pakaian yang bernajis atau terkena najis di dalam satu mesin basuh. Selalunya kita tak perasan pakaian kita terkena najis atau tak. Contohnya kita masukkan telekung kita dengan tshirt atau seluar yang kita pakai tadi. Kekadang kita tak tahu samada tshirt atau seluar tersebut terkena atau tak, percikan semasa kita berhadas.

Maka hukum telekung yang dibasuh itu tak suci, kerana dibasuh oleh perhimpunan air yang tak sampai 2 kolah dalam takungan mesin basuh tadi. Jadi, cara terbaik ialah mencuci telekung tanpa mencampurkan dengan pakaian lain.

Dan langkah terakhir ialah, bilaskan telekung kita tadi tu dengan air yg mengalir. Maknanya, sebelum telekung di spin dlm washing machine, bilas telekung tadi di bawah pancuran air, kemudian barulah di spinkan untuk perahan. Tapi tetap juga dispin tanpa mencampurkan dengan pakaian lain.

BTW, kaedah ini juga boleh digunakan untuk basuh baju melayu solat suami, jubah, kain pelekat solat suami & anak2, sejadah serta kelengkapan solat yang lain juga.





lahabau betul!

sejak cina lahabau nie take over, ada saja yang tak kena. aku try jugak ikut rentak angin dia tapi dia belum tahu lagi puting beliung aku macam mana. Asyik nak bagi bad feedback jer, never give a good one walaupun dah buat habis baik.

tapi aku tahu, sejak cina lahabau nie take over, ramai geng freelancer yg cabut lari. Ada yg tak tahan... PR dia sangat teruk. Kalau nak suruh buat urgent job, sms nya macam 'dalamhatiadataman'. tapi bila angin dia sampai, layan kita macam kita nie hard-up sangat. Pernah sekali, aku perang sms dgn dia, baru dia tahu aku nie siapa! Baru setahun jagung dalam broadcasting, nak tunjuk pandai. Aku nie dah 18 tahun buat translation. Bukan nak berlagak tapi kekadang orang baru nie, ikut kepala dia jer.

Aku bukan translator tepi jalan. I learn how to be a professional translator, I'm a walking dictionary, okey! I went through hardship of translation world to be what i am now. Do not underestimate me or you will be in deep trouble. I repeat, you'll be in deep trouble!

Dont mess up with my life bcoz i dont mess up yours! I'm trying to do a decent job here, so please, please, please, dont make my blood go upstairs!!!! Becoz you wont like me when i'm angry!!!!














change is good

Aku mulakan tahun 2012 dgn penghijrahan anak2 ke sekolah baru. Hijrah ke arah kebaikan tak ada salahnya. Selepas ini, banyak lagi penghijrahan akan berlaku dalam hidup aku. Alhamdulillah, so far semuanya   +ve, syukur kepadaNYA. 


Mengapa tukar sekolah? Ramai yg tanya aku soalan cepumas tu. Haha! Ya, ramai yg pelik kenapa anak2 aku tukar sekolah sedangkan sekolah lama dorang cuma depan rumah saja dan sekolah baru nie melibatkan pemanasan enjin kereta (hopeyouknowwhatimeanhere). The main reason is we'll be moving soon just around the corner, tak jauh pun. Kalau nak ikutkan, tak perlu tukar sekolah pun tak apa, tapi kami memilih untuk tukarkan juga memandangkan sekolah lama tu dah sarat bangat. 


Aku suka dengan keadaan kantin yg cukup selesa, teratur & bersih. Pelajar2 di sini tak payah nak bertolak2, berebut2. Kalau di sekolah lama dulu, meja dan bangku kantin pun tak nampak bila time recess. Nampak kepala budak jer... bukan nak mengata, tapi itulah hakikatnya.


My CM Punk (nickname baru Mukhriz, his fav wrestler) tengah makan nasi goreng + sup ayam + milo ais. Terpancar keseronokan di wajah dia bila ditemani kawan2 baru. Katanya seronok! He seems to be in high spirits. Alhamdulillah...


Aku suka dengan konsep booth di sini. Booth buah, digantungnya replika buah tembikai. Booth kuih-muih, digantungnya replika donat, pisang. Opps! Terlupa nak snap booth Cendol Sedap & Jagung Manis.


Now, here comes my John Cena! Hari ni John Cena kena pegi sekolah, pakai tie! Kahkahkah....


'The Manager' (left) has been warned by John Cena not to visit him during recess or any school time. He said, he is The Champ, he can handle himself now. He needs her when he's in the ring only, that's an order! In his own words, "Kenapa ibu datang? Qme boleh rehat dgn kawan2 Qme. Qme dah besar. Lain kali ibu tak payahlah datang. Qme tahu jaga diri." What can i say....

p/s: alar, kat sekolah jer tunjuk macho. bila kat rumah, menyelit bawah ketiak ibu time tengok tv. hehehe...


I felt obliged to leave my John Cena. Though I know he doesnt want me to be here, I watched him from far. The Standard 3 pupils were queueing up to recite doa selepas makan (after recess) before entering the class. Satu amalan murni, I like!


Sebelum balik, aku sempat jenguk tandas kat sini. Bersih! Pelajar kena tanggalkan kasut dan berselipar utk masuk ke tandas. Kerusi disediakan di depan tandas supaya senang pelajar nak duduk semasa memakai semula kasut. Aku harap amalan ini berterusan sampai bila2. 


Not a sound broke the silence. Sememangnya beginilah keadaan sekolah. Tak ada haruk-pikuk, hingar-bingar dan kelam-kabut. I really hope this new enviroment and ambience, new friends and teachers could motivate both my lil' wrestler to carry out their duties as a student here.


One of few things I learned that day.


 Signage kata2 perangsang yg mesti ada di kawasan sekolah.


From now on, aku akan mengadap tembok ni setiap hari. Tengah hari dan petang, during weekdays without fail! Penghijrahan ini bukan saja baik untuk anak2 tapi juga buat diri aku sendiri. At least I'll meet new people, make new friends. Hijrah ke arah kebaikan itu, digalakkan. Change is good!



Sunday, January 1

12 Kenangan Terindah 2011

1: Aku mulakan dgn entry ini. He's Leaving. 


2:  Diikuti dgn sebuah lagu pilu yang meruntun kalbuku.


3: Disusuli pula dengan surat cinta dari PLKN. 


4: Then our happy moments together.


5. Bersama hero pujaan Malaya!


6. Mendapat gadjet idaman...


7. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan.


8. Short-trip to an island.


9. Aku ditinggalkan sahabat yang aku sayangi.


10. Perpisahan yang tak tertanggung.


11. Aku mencari kekuatan untuk menulis entri ini.


12. Glamor sekejap. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...